Selasa, Oktober 06, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0058.

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0058.

Qawaid tafsir 2018 nota 8(0109)

Kaedah 58.

قاعدة ٥٨  النَّكِرةُ إِذَا تَكَرَّرَتْ دَلَّتْ عَلَى التَّعَدَّدِ بِخَلَافِ ابْمَعْرِفَةِ

(Isim)Nakirah apabila berulang, menunjukkan beberapa, berbeza dengan ma'rifah.

Keterangan: Mana-mana isim apabila disebut dua kali atau berulang kali, ia tidak
akan terlepas daripada empat keadaan berikut:
(1) Isim ma'rifah disebut dua kali atau berulang kali, pada kedua kalinya ia
disebutkan dalam bentuk ma'rifah.
(2) Isim nakirah disebut dua kali atau berulang kali, pada kedua kalinya ia disebutkan
dalam bentuk nakirah.
(3) Mula-mula disebut dalam bentuk ma'rifah, kernudian disebut dalam bentuk
nakirah.
(4) Mula-mula disebut dalam bentuk nakirah, kemudian disebut dalam bentuk
ma'rifah.

Jika sesuatu isim ma'rifah disebut dan diulangi dua kali dalam ayat, maka pada
kebiasaannya, isim ma'rifah kedua adalah isim ma'rifah yang pertama juga.

Jika sesuatu isim nakirah disebut dan diulangi dua kali dalam ayat, maka biasanya
isim nakirah kedua lain daripada nakirah pertama.

Jika sesuatu isim mula-mula disebut dalam bentuk nakirah, kemudian baru disebut
dalam bentuk ma'rifah, maka yang disebut kemudian dalam bentuk ma'rifah itu tidak
lain, isim nakirah pertama jua.

Dan jika sesuatu isim mula-mula disebut dalam bentuk ma'rifah, kemudian baru
disebut dalam bentuk nakirah, maka dalam keadaan ini penentuan hendaklah dibuat
berdasarkan qarinah (petunjuk yang ada dalam ayat).

Peringatan: Hukum-hukum yang diberikan untuk empat keadaan isim di atas adalah
berdasarkan kebiasaan atau kebanyakannya. Bukanlah ia suatu yang mesti dan tidak
dapat tidak. Kadang-kadang kerana adanya qarinah-qarinah tertentu, hukumnya lain
daripada apa yang diberikan tadi.

Contoh-contoh:
Contoh aplikasi isim dalam bentuk pertama iaitu isim ma'rifah disebut dua kali di
dalam ayat, dan pada kedua kalinya ia digunakan dalam bentuk ma'rifah, ialah firman
Allah berikut:

(1)
إِیَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِیَّاكَ نَسۡتَعِینُ(5)
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِیمَ( 6)

5. Tunjukilah kami jalan yang lurus. 
6. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah
kurniakan ni'mat kepada mereka, 
(al-Fatihah: 5-6).

Perkataan  ٱلصِّرَٰطَ   tersebut dua kali di situ. Pada kedua kalinya ia digunakan dalam
bentuk ma'rifah. Mula-mula ia ma'rifah dengan ال(Alif Laam), selepas itu ia ma'rifah
kerana diidhafatkan kepada isim ma'rifah yang lain. Dalam keadaan ini  ٱلصِّرَٰطَ  kedua
tidak lain adalah ٱلصِّرَٰطَ yang pertama jua. Pendek kata, yang dimaksudkan dengan
kedua-dua  ٱلصِّرَٰطَ ,itu ialah ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِیم

(2)
وَقِهِمُ ٱلسَّیِّـَٔاتِۚ وَمَن تَقِ ٱلسَّیِّـَٔاتِ یَوۡمَىِٕذٍ فَقَدۡ رَحِمۡتَهُۥۚ وَذَٰلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِیمُ

9. Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan- kejahatan (yang dilakukannya)
dan (sebenarnya) sesiapa yang Engkau pelihara pada hari itu dari terkena (balasan)
kejahatan-kejahatan (yang dilakukannya) maka sesungguhnya Engkau telah
mengurniakan rahmat kepadanya dan yang demikian itulah kemenangan yang besar
(nilainya). (Ghafir: 9).

(balasan kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh mereka)ٱلسَّیِّـَٔاتِۚ yang tersebut
dahulu di dalam ayat di atas, itulah juga.   ٱلسَّیِّـَٔاتِۚ   yang tersebut selepasnya.

Contoh aplikasi isim dalam bentuk kedua iaitu Isim nakirah disebut dua kali atau berulang kali, setiap kali disebut, ia disebutkan dalam bentuk nakirah adalah firman
Allah berikut:
(1)
۞ ٱللَّهُ ٱلَّذِی خَلَقَكُم مِّن ضَعۡفٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ ضَعۡفٍ قُوَّةً ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعۡدِ قُوَّةٍ ضَعۡفًا وَشَیۡبَةًۚ یَخۡلُقُ مَا یَشَاۤءُۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِیمُ ٱلۡقَدِیرُ
54. Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas
berkeadaan lemah itu Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui,lagi Maha Kuasa. 
(ar-Ruum: 54).

Di dalam ayat ini perkataan  ضَعۡفٍ   berulang sebanyak tiga kali. Pada ketiga-tiga
kalinya ia digunakan dalam bentuk nakirah. Kerana itu ma'nanya juga berbeza dan
ada beberapa. Yang dimaksudkan dengan kelemahan pertama ialah ketika manusia
sebagai nuthfah atau ketika ia merupakan tanah. Yang dimaksudkan dengan
kelemahan kedua ialah ketika manusia sebagai janin di dalam perut ibu. Dan yang
dimaksudkan dengan kelemahan ketiga pula ialah kelemahan manusia ketika baru
dilahirkan dan ketika masih kanak-kanak. Mungkin juga yang dimaksudkan dengan
kelemahan ketiga ialah kelemahan manusia semasa tuanya.

(2)
وَٱتَّقُوا۟ یَوۡمًا لَّا تَجۡزِی نَفۡسٌ عَن نَّفۡسٍ شَیۡـًٔا وَلَا یُقۡبَلُ مِنۡهَا شَفَـٰعَةٌ وَلَا یُؤۡخَذُ مِنۡهَا عَدۡلٌ وَلَا هُمۡ یُنصَرُونَ
48. Dan peliharalah diri kamu dari (azab sengsara) hari (akhirat), yang padanyaseseorang tidak dapat melepaskan orang lain (yang berdosa) sedikitpun (dari balasan azab) dan tidak diterima syafaat daripadanya dan tidak pula diambil daripadanya sebarang tebusan dan mereka (yang bersalah itu) tidak akan diberi sebarang pertolongan. 
(al-Baqarah: 48).

Perkataan نَفۡسٌ  diulang sebanyak dua kali di dalam ayat di atas. Pada kedua kalinya ia
disebutkan dalam bentuk nakirah. Dari itu difahami bahawa نَفۡسٌ ke-dua lain
hakikatnya daripada hakikat   نَفۡسٌ di pertama.

Contoh aplikasi isim dalam bentuk ketiga iaitu apabila sesuatu isim mula-mula
disebut dalam bentuk nakirah, kemudian baru disebut dalam bentuk ma'rifah ialah:

(1)
إِنَّاۤ أَرۡسَلۡنَاۤ إِلَیۡكُمۡ رَسُولًا شَـٰهِدًا عَلَیۡكُمۡ كَمَاۤ أَرۡسَلۡنَاۤ إِلَىٰ فِرۡعَوۡنَ رَسُولًا
15. Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau
menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang
Rasul.

فَعَصَىٰ فِرۡعَوۡنُ ٱلرَّسُولَ فَأَخَذۡنَـٰهُ أَخۡذًا وَبِیلًا
16. Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat- beratnya. (al-Mazzammil: 15-16)

Di dalam ayat ke-15 perkataan رَسُولًا telah digunakan dalam bentuk nakirah. Di dalam
ayat ke-16 pula perkataan    رَسُولًا digunakan dalam bentuk ma'rifah. Ini bererti
perkataan itu telah disebutkan dua kali. Pertama dalam bentuk nakirah dan kedua
dalam bentuk ma'rifah.
Dalam keadaan begini perkataan ٱلرَّسُولَyang disebut kemudian dalam bentuk ma'rifahitu tidak lain, ia sebenarnya adalah  رَسُولًا   pertama  yang  tersebut di akhir ayat ke-15
jua. Rasul pertama yang diutus Allah kepada Fir'aun dan rasul yang diderhakai Fir'aun adalah orang yang sama, dia adalah Nabi Musa a.s.

(2)
وَلَمَنِ ٱنتَصَرَ بَعۡدَ ظُلۡمِهِۦ فَأُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَا عَلَیۡهِم مِّن سَبِیلٍ
إِنَّمَا ٱلسَّبِیلُ عَلَى ٱلَّذِینَ یَظۡلِمُونَ ٱلنَّاسَ وَیَبۡغُونَ فِی ٱلۡأَرۡضِ بِغَیۡرِ ٱلۡحَقِّۚ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِیمٌ
41. Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah dia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.
42. Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan
tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa  yang tidak berperi sakitnya. (asy-Syura : 41-42).

Terdapat dua kali perkataan   سَبِیلٍ   dalam dua ayat di atas. 
Di dalam ayat ke-41 ia
digunakan dalam bentuk nakirah. Di dalam ayat ke-42 pula ia digunakan dalam bentuk ma'rifah   سَبِیلٍ. Pada hakikatnya perkataan   سَبِیلٍ  yang disebut di dalam ayat
ke-42 dalam bentuk ma'rifah itu tidak lain, ia sebenarnya adalah   سَبِیلٍ yang tersebut di
akhir ayat ke-41 jua. Ma'na kedua-duanya adalah sama.
Contoh aplikasi isim dalam bentuk ke-empat iaitu apabila sesuatu isim mula-mula disebut dalam bentuk ma'rifah, kemudian baru disebut dalam bentuk nakirah ialah:

(1)
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرًا (5)
إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ یُسۡرًا(6)

5. Bahawa sesungguhnya tiaptiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kernudahan. 
(as-Syarh: 5-6).

Di dalam dua ayat di atas perkataan  ٱلۡعُسۡرِ disebut dua kali. Pada ke-dua-dua kalinya ia disebut dalam bentuk ma'rifah. Begitu juga dengan perkataan   یُسۡرًا 
ia juga disebut
dua kali. Pada kedua-dua kalinya ia disebut dalam bentuk ma'rifah. Maka berdasarkan
qaedah ke-58 yang sedang dipelajari sekarang, ٱلۡعُسۡرِ (kesukaran) kedua yang tersebut
di dalam ayat ke-6 tidak lain adalah ,   ٱلۡعُسۡرِ (kesukaran) pertama yang tersebut di dalam
ayat ke-5 sebelumnya.      یُسۡرًا (kemudahan) kedua yang tersebut di dalam ayat ke-6 pula
adalah lain daripada   یُسۡرًا  kemudahan) pertama yang tersebut di dalam ayat ke-5
sebelumnya. Ini bererti ٱلۡعُسۡرِ (kesukaran) lebih sedikit jumlahnya berbanding
یُسۡرًا   kemudahan). Kalau ٱلۡعُسۡرِ   (kesukaran) anda terpaksa hadapi, maka یُسۡرًا   
(kemudahan) pula anda dapat dua. Ia mengisyaratkan kepada kesukaran yang dialami
manusia dalam kehidupannya lebih sedikit berbanding kemudahan yang dikurniakan
oleh Allah kepadanya.
Apa yang disebut di dalam dua ayat di atas diperincikan lagi oleh rasulullah s.a.w.
menerusi sabda Baginda berikut: 
لَنْ يَغْلِبَ عُسْرٌ يُسْريْنِ
Bermaksud: Satu kesukaran sekali-
kali tidak akan dapat mengalahkan dua kemudahan.
(Hadits mursal riwayat al-Haakim didalam Mustadrakj.2 m/s 575).

(2)
وَلَقَدۡ ءَاتَیۡنَا مُوسَى ٱلۡهُدَىٰ وَأَوۡرَثۡنَا بَنِیۤ إِسۡرَٰۤءِیلَ ٱلۡكِتَـٰبَ
هُدًى وَذِكۡرَىٰ لِأُو۟لِی ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
53. Dan demi sesungguhnya! Kami telah memberikan Nabi Musa hidayat petunjukdan Kami berikan kaum Bani Israil mewarisi Kitab Taurat,
54. Sebagai hidayat petunjuk dan peringatan bagi orang- orang yang berakal sempurna. 
(Al Mu'min: 53-54).

Perkataan  ٱلۡهُدَىٰ  dalam ayat 53 telah digunakan dalam bentuk ma'rifah. Di
permulaan ayat 54 pula ia disebut sekali lagi, tetapi dalam bentuk nakira   هُدًى. 
Perkataan  ٱلۡهُدَىٰ di dalam dua ayat ini merupkan dua entiti yang berbeza. Yang pertama
bererti muk jizat, shuhuf dan syariah. Dari segi i'rabnya, ia dii'rab sebagai maful bihi
bagi   ءَاتَیۡنَا .   Sementara yang kedua pula adalah هُدًى    . Ia bererti petunjuk. Dari segi
i'rabnya pula ia menjadi maful li ajlih bagi       َأَوۡرَثۡنَا     . Boleh juga ia dii'rab sebagai haal
.Telah pun disebutkan sebelum ini bahawa bentuk-keempat iaitu apabila sesuatu isim
mula-mula disebut dalam bentuk ma'rifah, kemudian baru disebut dalam bentuk
nakirah, bergantung kepada qarinah (petunjuk yang ada dalam ayat) untuk
menentukan sama ada hakikat yang kedua sama dengan hakikat yang pertama atau
tidak.
Contoh isim dalam bentuk ke-empat yang ada qarinah menunjukkan hakikat kedua-
duanya sama ialah firman Allah berikut:
وَلَقَدۡ ضَرَبۡنَا لِلنَّاسِ فِی هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانِ مِن كُلِّ مَثَلٍ لَّعَلَّهُمۡ یَتَذَكَّرُونَ
27. Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia
berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran.
قُرۡءَانًا عَرَبِیًّا غَیۡرَ ذِی عِوَجٍ لَّعَلَّهُمۡ یَتَّقُونَ
28. laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertakwa. (az-Zumar;27 -28).

Perkataan    ٱلۡقُرۡءَانِ  telah digunakan dua kali. Pada kali pertama di dalam ayat ke-27, ia
digunakan dalam bentuk ma'rifah. Kali kedua pula ia digunakan dalam bentuk
nakirah dalam ayatke-28. Adakah hakikat kedua-duanya atalu tidak? Jawabnya, sama.
Sebab qarinah menunjukkan hakikat kedua-duanya sama, lantaran tidak ada dua al-
Qur'an yang berbeza dalan dunia ini. Semuanya sama.
Contoh isim dalam bentuk ke-empat yang ada qarinah menunjukkan hakikat kedua-duanya tidak sama, bahkan berlainan sama sekali ialah firman Allah berikut:

وَیَوۡمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ یُقۡسِمُ ٱلۡمُجۡرِمُونَ مَا لَبِثُوا۟ غَیۡرَ سَاعَةٍۚ كَذَٰلِكَ كَانُوا۟ یُؤۡفَكُونَ
55. Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan bersumpah mengatakan bahawa mereka tidak tinggal (di dalam kubur) melainkan sekadar satu
sa'at sahaja; dernikianlah mereka sentiasa dipalingkan (oleh fahaman sesatnya dari memperkatakan yang benar). 
(ar-Rum: 55).

Perkataan   ٱلسَّاعَةُ  telah digunakan dua kali di dalam ayat di atas. Mula-mula ia
digunakan dalam bentuk ma'rifah(ٱلسَّاعَةٍُۚ )Kemudian ia digunakan dalam bentuk
nakirah    سَاعَةٍۚ .Kedua-duanya mempunyai hakikat yang berlainan. Kerana ma'na yang
pertamanya ialah hari kiamat. Sedangkan makna yang kedua pula ialah satu sa'at.
Kelainan ma'nanya kedua-duanya merupakan qarinah yang menunjukkan entiti kedua
berbeza, tidak sama.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan