Isnin, Oktober 12, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 5 ms093

Mishkat al-masabih kitab iman 5 ms093

Misykatul masabih-syarah hadis kitab iman-
sesi 17- 13-apr-14.

Misykatul masabiih 93

أَزِيدُ عَلَى هَذَا فَلَمَّا وَلَّى قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى هَذَا -متفق عليه

 
12. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, katanya: "Ada seorang Arab dusun¹¹³ kepada Nabi s.a.w., lain dia berkata: "Tunjukkan (beritahulah) kepadaku suatu amalan yang jika aku kerjakan, aku dapat masuk syurga." Jawab Nabi s.a.w.: "Engkau menyembah Allah¹¹⁴ dan tidak menyengutukanNya dengan apapun,¹¹⁵ mendirikan
___________________________________________________________
¹¹³ Seorang Arab dusun yang tersebut di sini menurut sesetengah adalah daripada qabilah Qais. Namanya ialah Ibnu al-Muntafiq berdasarkan riwayat yang dikemukakan oleh al-Baghawi, Ibnu as-Sakan, at-Tabaraani di dalam Mu'jam Kabirnya dan Abu Muslim al-Kaji di dalam Sunannya. As-Shairafi menda'wa nama sebenar Ibnu al-Muntafiq it-u ialah laqith bin Shabrah. Beliau adalah salah seorang pengunjung Nabi s.a.w. dari kalangan Bani al-Muntafiq. Tetapi Syeikhul Hadits Maulana 'Ubaidullah al-Mubaarakfun di dalam Mir atau al-Mafaatih Syarah Misykaat al-Mashaabih mempertikaikannya. Kata beliau kisah soalan Ibnu al-Muntafiq itu lebih sesuai dengan riwayat Abu Ayyub yang dikemukakan oleh Muslim dan lain-lain. la tidak sesuai dengan riwayat Abu Hurairah ini. Hakikat ini tidak kepada orang-orang yang mempunyai maklumat tentang riwayat-riwayat hadits. Hafiz al- Aini pula mengatakan, nama orang Arab dusun itu ialah Saad bin al-Akhram. Pendapat al-'Aini itu juga dipertikaikan oleh Maulana Ubaidullah .

¹¹⁴ Engkau menyembah Allah atau engkau beribadat kepada Allah hanyalah terjemahan harfiah (literal) bagi sabda Baginda s.a.w.:   تَعْبُدُ الله. Menurut sesetengah ulama' ia seharusnya dipakai dengan erti تُوَحِّدُ الله dan seharusnya diterjemahkan dengan: Engkau mengesakan Allah atau mentauhidkanNya. Alasan mereka ialah jika ia dipakai dengan erti engkau menyembah Allah atau engkau beribadat kepada Allah, niscaya akan berlaku pengulangan dalam sabda Baginda s.a.w. Kerana telahpun termasuk di dalamnya sembahyang, zakat dan puasa yang disebutkan selepas itu. Bukankah semua yang tersebut itu juga merupakan Ibadat? Selain itu,
وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ الْمَكْتُوبَةَ وَتُؤَدِّي الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ وَتَصُومُ رَمَضَانَ 
semuanya di'athafkan kepada  تَعْبُدُ الله sebagai haraf 'athafnya. Sedia dima'lumi para pelajar Nahu bahasa Arab bahawa  athaf dengan   wau (و) sebagai haraf athaf, menghendaki ma'thuf dan ma'thuf alaihnya dua perkara atau dua benda yang berbeza (العطف بالواو يقتضي المغايرة). Adapun berkenaan dengan kepercayaan kepada kenabian Muhammad s.a.w., kenapa ia tidak disebutkan bersama-sama dengan kepercayaan tauhid di dalam hadits ini, maka jawapannya ialah oleh kerana ia memang merupakan syarat untuk diterima kepercayaan tauhid dan orang Arab dusun itu pula pada zahirnya sudah mempercayainya, Nabi s.a.w. merasakan ia tidak perlu lagi disebut. Menyebutkan kepercayaan tauhid sahaja juga bertuyuan menartk perhatian semua orang kepada asas sebenar 'aqidah Islam dan kemuliaan aqidah tauhid itu sendiri. Itulah sebabnya orang yang hampir mati dianjurkan supaya diajar kalimah tauhid sahaja. Nabi s.a.w. juga ada bersabda:  
مَن كان آخِرُ كلامِهِ لا إلهَ إلَّا اللهُ دخَل الجَنَّةَ.

Bermaksud: "Orang yang ucapan terakhirnya ialah لا إلهَ إلَّا اللهُ  pasti akan masuk syurga." 
(Hadits riwayat Ahmad, Abu Daud, Baihaqi, Ibnu Khuzaimah, Haakim, at-ntabaraani dan lain-lain).

 Boleh juga itu diterjemahkan densan: "Engkau mengabdikan diri kepada Allah." Kerana keseluruhan kehidupan jin dan manusia, khususnya yang muslim pada hakikatnya untuk menyatakan pengabdian diri kepada Allah semata-mata, sesuai dengan firman Allah berikut:
 
Adh-Dhariyat 51:56
وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Bermaksud: dan aku tidak menciptakan jin dan ntanusia melainkan supaya mereka mengabdi diri kepadaKu. (az-Zaariyaat:56). 

Oleh kerana bersembahyang, berzakat dan berpuasa adalah antara bentuk pengabdian diri yang paling ketara dan paling istimewa, maka la disebutkan pula secara khusus untuk menarik perhatian terhadapnya setelah menyebutkan "Engkau mengabdkan diri kepada Allah" secara unum. Ini bererti sabda Nabi s.a.w.وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ

93

Tiada ulasan:

Catat Ulasan