Rabu, Oktober 14, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 5 ms095

Mishkat al-masabih kitab iman 5 ms095

Misykatul masabih-syarah hadis kitab iman-
sesi 17- 13-apr-14.

Misykatul masabiih 95

 
disebut oleh Baginda s.a.w. supaya dilakukannya itu. Yang menimbulkan kemusykilan ialah kenapa Rasulullah s.a.w. tidak menegurnya kerana telah berkata: ”Aku tidak akan menambah” sesuatu selain yang disebut oleh Baginda s.a.w. dalam peristiwa ini! Bukankah banyak lagi hukum dan perintah yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. selepas itu? Adakah orang berkenaan bebas daripada hukum dan perintah itu? Berikut dikemukakan 1O jawapan yang diberikan oleh para 'ulama' untuk merungkai kemusykilan yang timbul ini. 
(1) Tidak ada sesuatu yang menimbulkan kemusykilan sebenarnya di sini. Kerana orang berkenaan hanya bermaksud mengatakan bahawa dia tidak akan rnelakukan amalan-amalan sunat sahaja. Adapun amalan-amalan yang wajib, itu tetap akan dilakukannya. Andai kata dia hanya beriman sahaja tanpa melakukan apa-apa amalan, sama ada yang wajib atau yang sunat sekalipun, tidak ada halangan untuk dia menjadi ahli syurga semata-mata. Nabi s.a.w. hanya menyebut orang itu sebagai ahli syurga. Tidak ada Baginda s.a.w. menyebutkan tentang darjatnya yang tinggi di dalarn syurga atau dia mendahului orang-orang lain masuk ke syurga. Baginda s.a.w. hanya menyebut dia sebagai ahli syurga semata-mata, tidak lebih dari itu. 
(2) Menurut al-' Allaamah at-Thibi, kata-kata orang Arab dusun itu hanya untuk menyatakan kesungguhannya (مبالغة) dalam menerima dan membenarkan apa yang disampaikan  Rasulullah s.a.w. kepadanya. Makna tersirat di sebalik kata-katanya ialah  
قبلت كلامك قبولا لامزيد عليه من جهة السؤال ولا نقصان فيه من جهة
Bermaksud :Saya benar-benar menerima  kata-kata mu. 
Tidak ada apa-apa lagi untuk ditanya dan tidak ada lagi sedikit pun kekurangan di pihak saya dalam menerimanya.

(3) Kata Ibnu al-Munaiyyir, orang Arab dusun itu menurut as-Shairafi adalah wakil kaumnya. Maksud kata-kata beliau: ”Aku tidak akan menambah dan tidak akan menguranginya” ialah tidak akan menambah dan tidak akan mengurangi apa-apa yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. itu apabila menyampaikannya kepada kaumnya. 

(4) Maksud kata-katanya itu ialah aku tidak akan menambah dan mengurangi sifat, kaifiat, bilangan dan sebagainya apa-apa amalan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. Sebagai contohnya sembahyang Maghrib, ditentukan oleh Rasulullah s.a.w. sebanyak tiga rakaat, saya tidak akan menambah dan melebihkannya daripada tiga raka'at yang telah ditentukan itu. Sembahyang 'Ashar pula dalam keadaan tidak bermusafir ditentukan oleh Baginda s.a.w. sebanyak empat raka'at, saya tidak akan mengurangkan raka'at yang telah ditentukan itu. Begitulah seterusnya. 

(5) Kadang-kadang kata-kata seseorang hanya membabitkan sesuatu secara keseluruhan dan dikehendaki dengannya kejadian asal serta yang kebanyakan. Ia sama sekali tidak dimaksudkan untuk setiap satu daripadanya. Apabila ahli ilmu Manthiq (Aristotle misalnya) mengatakan manusia itu adalah haiwan yang beraqal, tidaklah beliau bermaksud setiap orang manusia itu beraqal. Apa yang dimaksudkannya ialah manusia secara keseluruhan (من حيث المجوع), menurut kejadian asalnya yang sempurna dan yang kebanyakannya adalah ber'aqal. Kalau tidak difahami begini, niscaya akan terkeluarlah daripada ta'rif (definisi) manusia itu orang gila, orang mabuk dan sebagainya. 

(6) Ucapan seseorang kadang-kadang mengandungi beberapa frasa dan klausa. Tetapi yang dimaksudkan oleh pengucapnya ialah satu saja daripada nya. Yang dimaksudkan oleh orang Arab dusun itu bukan kedua-dua bahagia  ucapannya, tetapi yang kedua daripadanya sahaja iaitu: "dan tidak akan menguranginya". Bahagian pertama tidak lebih daripada pelengkap ucapan semata-mata. 

(7) "Aku tidak akan menambah dan tidak akan menguranginya” tidak dipakai oleh orang Arab dusun itu dengan makna bahasa Arab biasa, bahkan ia dipakai dengan mâna bahasa kiasan (كناية). Ma' na bahasa kiasannya ialah aku tidak akan mengubah sama sekali apa-apa yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. itu. Penggunaan bahasa kiasan seperti ini sering digunakan dalam bahasa Arab dan hadits-hadits. Antara contohnya ialah hadits yang dikemukakan oleh Tirmizi di bawah بَاب مَا جَاءَ فِي الغَدْرِ berhubung dengan kisah Muaawiyah dan  Amar bin Abasah. Amar bin 'Abasah meriwayatkan, katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: 
مَنْ كَانَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ قَوْمٍ عَهْدٌ فَلَا يَحُلَّنَّ عَهْدًا وَلَا يَشُدَّنَّهُ حَتَّى يَمْضِيَ أَمَدُهُ
Bermaksud: ”Pemerintah yang telah membuat perjanjian damai dengan sesuatu kaum tidak boleh sama sekali membuka (ikatan) perjanjian dan tidak boleh juga sama sekali mengukuhkannya selagi tempohnya belum habis.” (Hadits riwayat Tirmizi). Cuba lihat bahagian hadits yang bergaris di bawahnya. Dua perkara telah dilarang oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadits ini. Pertamanya ialah ”tidak boleh sama sekali membuka (ikatan) perjanjian”. Dan keduanya ialah ”dan tidak boleh juga sama sekali mengukuhkannya”. Bahagian pertama memang dimaksudkan. Tetapi
95

Tiada ulasan:

Catat Ulasan