Mishkat al-masabih kitab iman 5 ms096
Misykatul masabih-syarah hadis kitab iman-
sesi 17- 13-apr-14.
Misykatul masabiih 96
bahagian kedua tidak dimaksudkan makna zahir .Gabungan dua bahagian klausa itu merupakan )(bahasa kiasan) kepada larangan Baginda s.a.w. daripada mengubah dan apa cara sekalipun perjanjian yang telah dibuat( كناية عن عدم التغيير), kecuali dengan persetujuan kedua-dua pihak. Kalau anda tidak menerima penggunaan bahasa kiasan sini, anda akan pening kepala dalam menghadapi larangan Nabi s.a.w. daripada mengukuhkan perjanjian. Kerana bukankah yang dikehendaki Nabi s.a.w. ialah mengukuhkannya?
(8) Orang Arab dusun itu untuk datang terus kepada Rasulullah tanpa perantaraan sesiapa . Tujuannya ialah untuk mendapat kemudahan dan kelonggaran dalam beragama. Maka Nabi s.a.w. mengecualikannya daripada mengerjakan amalan-amalan sunat dan nawaafil sebagai rukhshah (kemudahan dan kelonggaran)kepadanya. Bukan sekadar itu, malah Baginda saw. juga menyampaikan berita gembira tentangnya, bahawa dia adalah ahli syurga. Ini adalah kes yang khusus u tuk nya sahaja. Kes-kes seperti ini tidak boleh dijadikan sebagai qaedah umum untuk semua orang. Memang ada ketikanya Allah memberikan kuasa kepada RasulNya s.a.w. untuk mengecualikan seseorang daripada peraturan dan hukum biasa. Apa yang berlaku ini adalah salah satu contohnya. Antara contoh lain yang juga terdapat di dalam hadits ialah dalam bab qurban, di mana Rasulullah s.a.w. telah mengecualikan seorang sahabatnya yang dikenali dengan Abu Burdah bin Niyaar daripada peraturan dan hukum biasa. Imam Bukhari dengan sanadnya meriwayatkan daripada Baraa', katanya:
خَطَبَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ النَّحْرِ قَالَ إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا أَنْ نُصَلِّيَ ثُمَّ نَرْجِعَ فَنَنْحَرَ فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا وَمَنْ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ عَجَّلَهُ لِأَهْلِهِ لَيْسَ مِنْ النُّسُكِ فِي شَيْءٍ فَقَامَ خَالِي أَبُو بُرْدَةَ بْنُ نِيَارٍ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَا ذَبَحْتُ قَبْلَ أَنْ أُصَلِّيَ وَعِنْدِي جَذَعَةٌ خَيْرٌ مِنْ مُسِنَّةٍ قَالَ اجْعَلْهَا مَكَانَهَا أَوْ قَالَ اذْبَحْهَا وَلَنْ تَجْزِيَ جَذَعَةٌ عَنْ أَحَدٍ بَعْدَكَ
Bermaksud: Pernah pada suatu hari raya qurban Nabi s.a.w. berucap di hadapan kami. Kata Baginda s.a.w.: ”Sesungguhnya perkara yang mula-mula sekali kita lakukan pada hari ini ialah bersernbahyang (hari raya). Setelah pulang (dari bersembahyang) baru kita berqurban. Sesiapa yang melakukan begitu, ia menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih (binatang qurban) sebelum bersembahyang, sembelihannya itu hanya merupakan daging yang disegerakannya untuk ahli keluarganya. Ia tidak menjadi qurban.” Maka berdirilah pak cik saya Abu Burdah bin Niyaar. Katanya: ”Wahai Rasulallah! Saya telah menyembelih (binatang qurban saya) sebelum bersembahyang. (Bagaimanapun) Saya ada biri-biri yang baru berumur lapan bulan (جذعة), tetapi ia lebih baik daripada biri-biri yang sudah berumur setahun lebih (مسنة)." Kata Nabi s.a.w.: ”Gantikan dengannya atau kata Baginda: ”Sembelihlah yang itu. Namun begitu, biri-biri yang baru berumur lapan bulan tidak boleh (tidak sah) diqurbankan oleh sesiapapun sesudahmu.”
Selain Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Nasaa'i juga tumt meriwayatkan hadits ini.
(9) Maksud kata-kata orang Arab dusun itu ialah saya tidak akan menambahkan ibadat-ibadat yang fardhu itu dengan ibadat-ibadat yang sunat, namun begitu saya juga tidak akan mengurangkan ibadat-ibadat fardhu yang telah disebut oleh Rasulullah s.a.w. kepada saya. Walaupun tidak melakukan langsung ibadat-ibadat sunat juga tercela dan tidak mengerjakan langsung amalan-amalan nawaafil menyebabkan seseorang tidak mendapat banyak kelebihan, namun orang yang hanya melakukan apa-apa yang difardhukan sahaja tetap selamat daripada kemurkaan Allah dan tetap terhindar dari api neraka. Dengan itu ia tentunya akan menjadi ahli syurga.
(10) Maulana Muhammad Idris alKandhlawi di dalam Syarah Misykaatnya at-Ta'liq as-Shabih berpendapat, maksud kata-kata orang Hulu Arab itu ialah aku tidak akan memandai-mandai menambahkan apa yang telali dikatakan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku dan tidak juga akan memandai-mandai mengurangkannya. Aku tidak akan mengganti, mengubah dan meminda sedikit pun daripadanya. Apa yang akan aku lakukan hanyalah mengamalkan betul-betul seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku. Sikap yang diambilnya itu betul-betul seperti Sikap Rasulullah s.a.w. terhadap wahyu yang diterimanya. Allah berfirman:
Yunus 10:15
وَإِذَا تُتْلَىٰ عَلَيْهِمْ ءَايَاتُنَا بَيِّنَٰتٍۙ قَالَ ٱلَّذِينَ لَا يَرْجُونَ لِقَآءَنَا ٱئْتِ بِقُرْءَانٍ غَيْرِ هَٰذَآ أَوْ بَدِّلْهُۚ قُلْ مَا يَكُونُ لِىٓ أَنْ أُبَدِّلَهُۥ مِن تِلْقَآئِ نَفْسِىٓۖ إِنْ أَتَّبِعُ إِلَّا مَا يُوحَىٰٓ إِلَىَّۖ إِنِّىٓ أَخَافُ إِنْ عَصَيْتُ رَبِّى عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ
Bermaksud: dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang nyata, orang-orang yang tidak percaya akan bertemu dengan Kami berkata: "Datangkanlah Al-Quran yang lain ini gantilah dia.” Katakanlah: ”Aku tidak berhak menggantikannya dengan
96
Tiada ulasan:
Catat Ulasan