Isnin, Oktober 19, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 5 ms099

Mishkat al-masabih kitab iman 5 ms099


Misykatul masabiih -syarah hadis-
kitab iman-sesi 20- 25 mei 14

Misykatul masabiih 99

Antara Ajaran Islam Yang Mesti Dilaksanakan

١٤-وَعَنْ طَلْحَةَ بْنَ عُبَيْدِ اللَّهِ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَهْلِ نَجْدٍ ثَائِرَ الرَّأْسِ نَسْمَعُ دَوِيُّ صَوْتِهِ وَلَا نَفْقَهُ مَا يَقُولُ حَتَّى دَنَا 
مِنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
 فَإِذَا هُوَ يَسْأَلُ عَنْ الْإِسْلَامِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ فَقَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا قَالَ لَا إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصِيَامُ رَمَضَانَ قَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهُ قَالَ لَا إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ قَالَ وَذَكَرَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الزَّكَاةَ قَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا قَالَ لَا إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ قَالَ فَأَدْبَرَ الرَّجُلُ وَهُوَ يَقُولُ وَاللَّهِ لَا أَزِيدُ عَلَى هَذَا وَلَا أَنْقُصُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْلَحَ الجل إِنْ صَدَقَ-متفق عليه

14- Thalhah bin Ubaidillah r.a¹²⁵ meriwayatkan, katanya: "Pernah ada seorang lelaki¹²⁶ dari kalangan penduduk Najd datang kepada rasulullah s.a.w. dengan rambut
___________________________________________________________
 وَاعْلَمُوا أَنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَعْمَالِكُمْ الصَّلَاةَ وَلَا يُحَافِظُ عَلَى الْوُضُوءِ إِلَّا مُؤْمِنٌ
Bermaksud :Cubalah istiqamah (dengan melakukan keta'atan secara tetap dan berterusan) sedapat mungkin, meskipun kamu tidak akan mampu melakukannya dengan sempurna. Ketahuilah sesungguhnya antara amalan kamu yang paling utama ialah sembahyang. Dan tidak dapat menjaga wudhu' dengan sebaik mungkin kecuali orang mu'min (yang sempurna imannya)." 
(Hadits riwayat Malik, İbnu Majah, Abu Daud at-Thayaalisi, Ahmad, ibnu Hibbaan, at-Thabaraani, Sat id bin Manshur, Baihaqi dan lain-lain). 

Antara pengajaran, pedoman dan panduan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 
(1) Keprihatinan para sahabat secara amnya dan Sufyan bin Abdillah AtsTsaqafi secara khususnya terhadap agama. 
(2) Sifat prihatin itulah yang mendorong mereka mengajukan berbagai-bagai bentuk soalan kepada Rasulullah s.a.w. dalam usaha meningkatkan taraf kehidupan beragama mereka. 
(3) Kepandaian Sufyan bin Abdillah dalam mengemukakan soalan jelas menunjukkan kebijaksanaan beliau dan kesungguhannya dalam mendapatkan suatu tip atau formula beragama demi menghadapi kehidupan yang mendatang. 
(4) Kepentingan beriman kepada Allah berpandukan Kitab suci yang diturunkanNya dan Sunnah NabiNya secara istiqamah. 
(5) Kepentingan beristiqamah atas agama İslam hingga ke akhir hayat. 
(6) Sesetengah hadits jelas sekali berpunca darİpada al-Qur'an. 
(7) Sesetengah hadits merupakan jawaamîul kalim (hadits yang sedikit lafaznya, tetapi ertinya sangat luas dan mendalam). Hadits Sufyan di atas adalah salah satu daripadanya yang pernah diungkapkan oleh Rasulullah s.a.w. 
(8) Salah satu tanda hadits sahih ialah mas nanya selari dengan masna al-Qur'an dan bertepatan dengannya. 
(9) Meskipun maqam istiqaamah agak sukar dicapai dengan sempurna, Nabi s.a.w. tetap menganjurkan umatnya agar berusaha mencapainya sedapat mungkin. (10) Hakikat istiqaamah ialah menjunjung segala titah perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya secara berterusan dengan penuh rasa taat setia.

¹²⁴ Selain Muslim, Ahmad, Nasaa'i, Tirmizi, İbnu Majah, İbnu Hibbaan dan al-Haakim juga turut meriwayatkannya.

¹²⁵ At-Taimi al-Qurasyi. Kuniahnya ialah Abu Muhammad. Salasilah nasab Thalhah bertemu dengan salasilah nasab Rasulullah s.a.w. pada datuk ketujuh sama seperti Saiyyidina Abu Bakar. Beliau adalah salah seorang sahabat sepuluh Rasulullah s.a.w. Salah seorang daripada lapan orang sahabat yang memeluk agama İslam di peringkat awal. Salah seorang daripada lima orang sahabat yang memeluk agama Islam atas usaha Abu Bakar. Salah seorang daripada enam orang sahabat yang terbukti disenangi Baginda sampai ke akhir hayat dan kenıudiannya dilantik oleh 'Umar sebagai ahli syura untuk memilih dan melantik khalifah sesudahnya.

99

Tiada ulasan:

Catat Ulasan