Sabtu, Oktober 24, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 5 ms105

Mishkat al-masabih kitab iman 5 ms105

Misykatul masabiih -syarah hadis-
kitab iman-sesi 20- 25 mei 14


Misykatul masabiih 105

Ramadhan", Țanyn lelnki itu: ”Adakah puasa Iain yang wajib atas saya?” Jawab Nabi:
"Țidak ada, kecuali puasa sunat", Nabi s.a.w, menyebutkan juga kepadanya tentang (kewajipan membayar) zakat. Tanya lelaki itu: "Adakah saya perlu membayar apa-apa lagi selain zakat itu?” Jawab Nabi: Tidak, kecuali dalam bentuk sedekah-sedekah yang sunat". Kata perawi: Lelaki itu pergi  sambil berkata: ”Demi Allah, aku tidak akan menambah dan menguranginya”. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w.: 'Beruntunglah Ielaki itu kalau dia menepati apa yang diucapkannya.” (Bukhari, Muslim).
___________________________________________________________
 
sahabat. Kata Syeikhul hadits Maulana 'Ubaidullah al-Mubaarakfuri: ”Da' waan ijma' sahabat hanyalah dakwaan kosong semata-mata. Tiada langsung sanadnya. Kerana itu ia tidak harus diterima.” Kemudian beliau berkata: ”Tidak ada satu pun nas yang menunjukkan mana-mana sahabat ada berpendapat, wajib disempurnakan amalan sunat setelah ia dimulakan. Apa lagi hendak dikatakan mereka telah ijmak berpendapat begitu. Dakwaan ijmak semata-mata tanpa bukti tidak layak diberi perhatian, setelah adanya nas-nas yang terang tentang tidak wajlb.

Qaedah kedua yang dikemukakan oleh al-' Aini juga tidak dapat bertahan, kerana qaedah مقدم علي النافى (dalil yang menyabitkan sesuatu lebih diutamakan daripada dalil yang menafikannya) itu hanya terpakai apabila kedua-dua dalil mutsbit dan naafi sama kuat. Adapun dalam masalah ini dalil yang menafikan kewajipan itu lebih kuat, lebih banyak dan lebih sahih daripada dalil yang menyabitkannya. Maka dalil naafilah yang patut diutamakan. 

Qaedah ketiga yang dikemukakan beliau juga lemah sebenarnya. Bukan sifat cermat (ihtiyath) namanya menjadikan sesuatu sebagai wajib tanpa dalil yang kukuh. Sifat cermat terletak pada beramal dengan sunnah yang sahih, sama ada ia menyabitkan kewajipan dan menafikannya. Qaedah usul juga menyebutkan  الأصل براءة الذمة (pada asalnya kita bebas daripada tanggungan dan bebanan), sehinggalah datang syari'at menentukan sesuatu perkara dengan dalil-dalil yang kukuh.
105


Tiada ulasan:

Catat Ulasan