Sabtu, Oktober 24, 2020

Mishkat al-masabih kitab iman 5 ms104

Mishkat al-masabih kitab iman 5 ms104

Misykatul masabiih -syarah hadis-
kitab iman-sesi 20- 25 mei 14


Misykatul masabiih 104

 
untuk (menjamu) Nabi s.a.w. Setelah makanan Itu dihidangkan, ada seorang lelaki berrkata: "Saya puasa". Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Saudaramu telah menjemput mnu makan. Dia telah bersusah payah membuat makanan untukmu. Kamu pula berkata: 'Saya puasa". Berbukalah dan berpuasalah pada hari yang lain sebagai gantinya jika mahu." 
(Hadits riwayat at-Thabaraani di dalarn al-Mu'jamu al-Ausathnya, Abu Daud at-Thayaalisi di dalam Musnadnya dan al-Baihaqi di dalam Sunannya. Hadits ini bertaraf hasan). 

Dalam bab hukum apa yang diambil kira ialah adalah bagi sesuatu dalil, bukan tsubutnya semata-mata. Menjadikan ayat tersebut sebagai dalil tentang wajibnya menyempurnakan sesuatu amalan sunat yang telah dimulakan bererti mentarjihkan dalil yang bersifat zanni dalalahnya daripada dalil yang qath'i dalalahnya. Tidak syak lagi ia bererti mentarjihkan dalil yang marjuh (tidak kuat).

Kedua: Ayat tersebut terlalu umum, sedangkan hadits-hadits Ummu Haani', Aaisyah dan Abu Sa'id yang dikemukakan tadi adalah lebih khusus. 

Ketiga: Larangan Allah di dalam ayat tersebut adalah berkaitan dengan membatalkan pahala amalan di akhirat apabila ia dilakukan dengan maksud menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dan sebagainya. Ia langsung tiada kena mengena dengan membatalkan amalan sunat yang telah dimulakan menurut sudut pandang fiqh. Ayat lain yang Iebih kurang serupa dengan ayat di atas ialah ayat berikut:
 
Al-Baqarah 2:264

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُبْطِلُوا۟ صَدَقَٰتِكُم بِٱلْمَنِّ وَٱلْأَذَىٰ كَٱلَّذِى يُنفِقُ مَالَهُۥ رِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْءَاخِرِۖ فَمَثَلُهُۥ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُۥ وَابِلٌ فَتَرَكَهُۥ صَلْدًاۖ لَّا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَىْءٍ مِّمَّا كَسَبُوا۟ۗ وَٱللَّهُ لَا يَهْدِى ٱلْقَوْمَ ٱلْكَٰفِرِينَ 

Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (ria'), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan ria' itu) Mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan; dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al-Baqarah: 264). 

Ayat 264 dari Surah al-Baqarah ini kiranya dapat menjelaskan erti membatalkan amalan yang dilarang Allah di dalam ayat 33 Surah Muhammad yang dijadikan sebagai dalil itu. 

Muhammad 47:33
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَطِيعُوا۟ ٱللَّهَ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوٓا۟ أَعْمَٰلَكُمْ 
Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan janganlah kamu merusakkan segala amalmu.

Kesimpulan daripada kedua-dua ayat itu ialah Allah melarang kita melakukan sesuatu amalan tanpa ikhlas kepadaNya. 

Dalil kedua dan ketiga golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah dalam perkara ini ialah hadits 'Aaisyah. Hadits  Aaisyah dianggap mereka sebagai qarinah kepada istitsna' di dalam hadits yang sedang kita bicarakan sekarang sebagai istitsnaa' muttshil. Dalil ini juga dipertikaikan. 
Antara alasan golongan yang mempertikaikannya ialah: 
(a) Ia adalah hadits mursal. Mengikut pendapat yang sahih hadits mursal bukan hujah. Kata al-Khallaal: "Para tsiqaat bersepakat tentang mursalnya. Orang yang memaushulkannya adalah syaz. Para huffaz sekata dalam menghukum dha'if hadits Aaisyah itu. 
(b) Ia juga dha'if kerana terdapat di dalam isnadnya Ja'far bin Burqaan. Dia dhaîif dalam riwayatnya daripada Zuhri. 
(c) Imam Ahmad, Bukhari dan Nasaa'i pula menghukum hadits itu dha'if kerana majhulnya seorang perawinya yang bernama Zumail. Riwayatnya dikemukakan oleh Abu Daud. (d) Jika diandaikan hadits 'Aaisyah itu sahih sekalipun, ia masih tidak jelas menunjukkan sesuatu amalan sunat yang dibatalkan wajlb diqadha'. Perintah Nabi s.a.w. itu mungkin juga memberi erti sunat atau elok diqadha' sahaja. Dalil keempat mereka pula ialah hadits Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh ad-Daaraquthni. Isnadnya adalah seperti berikut: 
حَدثنَا الدّاَقُطْنِيّ الحَسَيْن الحُسَيٌن الْأَنْطَاكِي حَدثنَا يُوسُف بن حدثنَا يزيد بن عبد حدثنا مُحَمَّد بن حميد عن الضَّحَّاك بن حَمْزَة عَن مَنْصُور بن عن الحسن أمه عن أم سلمة
Didalamnya ada perawi yang dipertikaikan. Ibnu al-Jauzi di dalam kitabnya al-'llal al-Mutanahiyah dan at-Tahqiq fi Ahaadits al-Khilaaf mengisyaratkan kepada dua orang daripadanya. Pertamanya ialah ad-Dhahhaak bin Hamzah. Dia bertafarrud dalam meriwayatkan hadits Ummu Salamah itu. Sedangkan dia sendiri adalah seorang yang dha'if. Kata Yahya: (seorang perawi dha'if). Keduanya ialah Muhammad bin Humaid. Abu Zur'ah berkata: "Muhammad bin Humaid adalah seorang pendusta besar.” Tiga qaedah usul yang dikemukakan oleh Al-' Aini untuk mentarjihkan dalil-dalil pegangan Hanafiyyah daripada dalil-dalil yang dipegang oleh golongan yang tidak sehaluan dengan mereka, dipertikai kesemuanya. Pertamanya ijmaa

104

Tiada ulasan:

Catat Ulasan