Isnin, Oktober 26, 2020

Misykatul masabiih hadis 010syarahan.

Misykatul masabiih hadis 010syarahan.


١٠-وَعَنْ ابْنْ عُمَرَ   أَنَُ رَسُولَ اللهِ صَلًّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوِالَهُمْ إِلَّا بِحَق الإسلام وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ--متفق عليه. إلا أن مسلما لم يذكر " إلا بحقِّ الإِسْلامِ


10. Ibnu 'Umar meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku diiperintah supaya memerangi manusia¹⁰² sehingga mereka bersaksi bahawa sesunguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad iłu adalah utusan Allah,¹⁰³ mendirikan sembahyang¹⁰⁴  dan memberikan zakat. Apabila mereka melakukan semua yang tersebut itu, bererti terpeliharalah darah dan harta benda mereka¹⁰⁵ daripadaku kecuali dengan hak Islam. Soal hati mereka, itu terserah kepada Allah.
(Bukhari-Muslim).¹⁰⁶ Tetapi Muslim tidak ada menyebutkan "kecuali dengan hak Islam".
___________________________________________________________ ___________________________________________________________



¹⁰² Manusia yang diperintah supaya diperangi itu bukan sekalian manusia. tetapi orang-orang kafir dan musyrikin yang jelas sangat permusuhannya dengan orang-orang Islam atau dengan kata lain kafir harbi. Mereka sahaja sebenarnya yang diperintah oleh Allah akan rasulNya supaya diperangi. Antara buktinya ialah hadits Nasaa'i berikut 
أمرت أن أقاتل المشركين 
(aku diperintah supaya memerangi orang-orang musyrikin). Hadits Muslim berikut juga menunjukkan perkara yang sama,
 مَنْ وَحَّدَ الله وَكَفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مِنْ دُونِ اللَّهِ حَرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ وَحِسَابُهُ عَلَى اللَّهِ
(orang yang mengesakan Allah dan kufur terhadap apa-apa yang disembah selain Allah, haram harta benda dan darahnya. Soal hati mereka, itu terserah kepada Allah.


¹⁰³  Maksud aku diperintah ialah oleh Allah. Kerana tidak ada yang memerintah atau menyuruh Rasulullah s.a.w. melakukan sesuatu selain Allah. Kemusykilan timbul kerana perintah itu zahirnya terhenti setakat dua tiga perkara yang tersebut di dałam hadits ini sahaja, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, bersembahyang dan berzakat. Apabila tiga perkara ini dilaksanakan, seolah-olahnya tidak ada lagi perintah Allah itu. Walaupun dengan meninggalkan ajaran-ajaran dan tuntutan-tuntutan agama Islam yang lain. Darah dan harta benda seseorang yang melaksanakan tiga perkara itu sahaja sudah dijamin terpelihara daripada tindakan dan hukuman pihak pemerintah Islam. la tidak boleh diganggu-gugat Iagi selepas itu.

Jawapan kepada kemusykjlan ini ialah: 
(1) Di bawah kesaksian terhadap kerasulan Muhamad
s.a.w. sudah pun termasuk membenarkan segala apa (ajaran) yang dibawa baginda. Jadi tidak timbul soal menafikan ajaran-ajaran Islam yang lain selain tiga perkara yang tersebut di dalam hadits ini. Justeru Islam seseorang itu baru dikira sah apabila ia secara umumnya menerima dan membenarkan kesemua perintah Allah dan RasulNya.

Maksud hadits kesepuluh ini sebenarnya ialah -Aku diperintah supaya memerangi manusia sehingga mereka memeluk agama Islam sepenuhnya. Setelah memeluk agama Islam sepenuhnya, terpeliharalah darah dan harta benda mereka". 

(2) Rangkai kata إلا بحق الإسلام mengecualikan keterpeliharaan darah dan harta benda mereka jika hak-hak atau tuntutan-tuntutan Islam yang lain dicerobohi. Setelah melaksanakan tiga perkara yang tersebut di dalam hadits di atas, jika seseorang membunuh, dia akan diqisas. Jika mencuri. tangannya akan dipotong, jika menuduh seseorang berzina tanpa mengemukakan saksi, dia akan disebat lapan puluh sebatan dan jika harta orang dirosakkan, dia mestilah membayar ganti ruginya.

Pemerintah Islam akan melaksanakan semua hukuman tersebut atas dasar hak yang diterima Islam dicerobohi. Hak-hak yang diakui dan diterima Islam untuk dini'mati penganut-penganutnya dan orang-orang kafir yang bernaung di bawah pemerintahan Islam dalam contoh- contoh yang penulis kemukakan itu ialah hak untuk hidup, hak memiliki harta dan hak untuk hidup dalam masyarakat secara terhormat dan bermaruah.

Hukuman-hukuman terhadap pencerobohan ke atas hak-hak itu tersebut dengan jelas di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah.

¹⁰⁴ Antara makna mendirikan sembahyang yang disebut oleh para ulama' ialah: 
(1)Menunaikan sembahyang dengan cukup rukun dan syaratnya. 
(2) Menunaikan sembahyang dengan cukup rukun dan syaratnya secara berkekalan dan berterusan. 
(3) Menunaikan sembahyans tanpa rasa jemu dan malas di samping sentiasa berusaha menyempurnakannya. 
(4) Mengerjakan sembahyang yang difardhukan dengan sebaik mungkin. Perkataan "mendirikan sembahyang" yang tersebut di dalam hadits ini tidak bererti sembahyang itu hanya harus di kerjakan dalam keadaan berdiri sahaja atau perbuatan sembahyang itu hanya dalam bentuk berdiri sahaja. Penggunaan perkataan ini sebenarnya adalah berdasarkan satu qaedah Majaaz Mursal dalam ilmu Balaghah. Qaedah itu berbunyi, إطلاق الجزء وإرادة الكل
(Menyebutkan satu bahagian sahaja daripada sesuatu benda atau perkara, padahal yang dimaksudkan ialah kesemua sekali benda atau perkara itu). 

Sesetengah ulama' menyimpulkan hukum bunuh terhadap orang-orang yang meninggalkan sembahyang daripada hadits ini. Sama ada kerana mereka telah menjadi murtad dengan sebab meninggalkan sembahyang atau kerana adanya hukuman had iaitu dibunuh, jika tetap tidak mahu bersembahyang setelah dinasihati atau didera. 

Walaupun mereka tidaklah menjadi kafir atau murtad dengan sebab meninggalkan sembahyang itu. Ibnu Daqiq al-'lid membantah kesimpulan yang dibuat oleh sesetengah  ulama' itu dengan alasan di dalam hadits ini tidak tersebut perkataan قتل (bunuh) untuk disimpulkan hukum bunuh daripadanya. Yang ada ialah perkataan أقاتل . la berpunca daripada perkataan قتال dan مقاتلة (memerangi, melawan, menghalang, menyekat dan sebagainya).
Kata beliau
لا يلزم من إباحة المقاتلة عليها إباحةالقتل عليها لأن مقاعلة تستلزم وقوع القال من الجاتبين ولا كذا القتل
Tidak semestinya  ada keharusan muqatalah (memerangi) kerana meninggalkan sembahyang ada juga keharusan membunuh . 

Ini kerana di dalam perkataan    قتال dan مقاتلة terkandung makna perlawanan di antara dua pihak .Tidak begitu keadaannya dengan perkataan القتل. 

Imam Baihaqi pula menukilkan pendapat asy-Syafie bahawa beliau ada berkata,   
ليس القال من القتل سبيل فقد يحل قتال الرجل ولا يحل قتله 
(Qital tiada kena mengena langsung dengan qatl (pembunuhan). Kadang-kadang kita harus memerangi seseorang, tetapi tidak harus pula kita membunuhnya).

Perkataan qital telah digunakan oleh Rasulullah s.a.w. sendiri di dalam sekian banyak haditsnya. Tetapi tidak pula ia memberi erti membunuh sama sekali. 

Sebagai contoh lihat saja dua hadits berikut init 
(1) Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Saad: 
أَقِتَالًا أَيْ سَعْدُ إِنِّي لَأُعْطِي الرَّجُلَ
Maksudnya: Engkau hendak melawankah wahai Sa' ad?  hendak memberikan kepada orang itu. (Muslim). 

Perkataan qital di dałam hadits ini langsung tidak sesuai dipakai dengan masna membunuh. 

(2) Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan, katanya: 
سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَيْءٍ يَسْتُرُهُ مِنْ النَّاسِ فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ
Bermaksud: Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila seseorang daripada kamu bersembahyang dengan menjadikan sesuatu sebagai sutrahnya (penghadangnya) dari dilintasi orang, maka jika ada sesiapa yang mahu melintas di hadapannya, dia hendaklah menghalangnya.  Kalau dia mahu melintas juga maka hendaklah dihalangnya lagi dengan lebih keras, kerana orang yang hendak melintas juga itu (walaupun telah dihalang) sebenarnya adalah syaitan." 
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Nasaa'i. Abu Daud dan lain-lain). 

Di dalam hadits ini juga perkataan tidak harus dipakai dengan erti membunuh. Orang yang meninggalkan sembahyang pula tidak menjadi kafir dan murtad. la juga tidak dikenakan hukuman had bunuh seperti disimpulkan oleh sesetengah ulama' daripada hadits ini. Antara hadits yang membuktikan orang yang meninggalkan sembahyang itu tidak kafir dan murtad ialah hadits berikut ini: 

Ubaadah bin as-Shaamit meriwayatkan,
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ خَمْسُ صَلَوَاتٍ كَتَبَهُنَّ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى الْعِبَادِ فَمَنْ جَاءَ بِهِنَّ لَمْ يُضَيِّعْ مِنْهُنَّ شَيْئًا اسْتِخْفَافًا بِحَقِّهِنَّ كَانَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ أَنْ يُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ وَمَنْ لَمْ يَأْتِ بِهِنَّ فَلَيْسَ لَهُ عِنْدَ اللَّهِ عَهْدٌ إِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ وَإِنْ شَاءَ أَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ. 
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah mewajibkan lima sembahyang ke atas hamba-hambaNya. Sesiapa yang mengerjakannya, tidak mensia-siakannya dan tidak juga meremehkannya, Allah jamin akan memasukkannya ke dalam syurga. Sesiapa yang tidak mengerjakannya pula, tiada jaminan untuknya di sisi Allah. Keadaannya terpulang kepada Allah, sama ada akan menyiksanya atau memasukkannya ke dalam syurga. (Malik, Ibnu Abi Syaiball. 'Abdur Razzaaq, Sas id bin Manshur, Ahmad. Abu Daud, Nasaa'i, Daarimi, Ibnu Majah,
Ibnu Hibbaan dan lain-lain). 

Hadits ini menunjukkan kedudukan orang yang meninggalkan sembahyang itu bergantung kepada masyi'ah (kehendak) Allah. Apa ertinya Allah memasukannya ke dalam syurga jika ia telah menjadi kafir atau murtad kerana meninggalkan sembahyang?! Bukankah syurga itu diharamkan kepada orang kafir?

Antara dalil yang membuktikan orang yang meninggalkan sembahyang itu tidak dikenakan had bunuh pula ialah hadits berikut ini: 
Abdullah bin Massud meriwayatkan,
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ النَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالثَّيِّبُ الزَّانِي وَالْمَارِقُ مِنْ الدِّينِ التَّارِكُ لِلْجَمَاعَةِ
Maksudnya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim yang bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa aku adalah utusan Allah, melainkan dengan (ia melakukan) salah satu daripada tiga perkara ini
Pertama, Membunuh orang. 
Kedua, Berzina padahal telah Muhshan. 
Dan ketiga: Keluar agama dengan meninggalkan jamaah. (Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasaa'i, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain). 

Hadits ini menyebutkan hanya ada tiga keadaan di mana seseorang muslim itu halal dibunuh. Tidak  termasuk di dalamnya orang yang meninggalkan sembahyang.

¹⁰⁵ Maksudnya ialah kita diperintah berurusan dengan seseorang berdasarkan zahirnya. Jika zahirnya Islam, dia akan kita layan sebagai orang Islam dan jika zahirnya bukan Islam, maka kita akan melayaninya sebagai bukan Islam. Biar bagaimana sekalipun batin seseorang yang anda hadapi, itu tidak perlu diambil kisah. Soal batin dan hati, itu terserah kepada Allah jua. 
Antara pengajaran yang dapat diambil daripada hadits ini ialah: 
(1) Mengucap dua kalimah syahadah merupakan syarat untuk diterima seseorang sebagai muslim. 
(2) Orang-orang yang meninggalkan sembahyang dan zakat harus diperangi. 
(3) Islam melindungi nyawa, harta benda dan kehormatan penganut-penganutnya. 
(4) Segala hukum-hakam berlaku berdasarkan zahir. Soal hati terserah kepada Allah jua. 
(5) Orang-orang yang telah mengucap dua kalimah syahadah, bersembahyang dan memberi zakat tetap terikat dengan hukum-hakam Islam yang lain. 
(6) Besarnya kedudukan sembahyang dan zakat dalam agama Islam. Sembahyang merupakan ibadat badaniyyah (yang berkaitan dengan badan) dan zakat merupakan ibadat maliyyah (yang berkaitan dengan harta). 
(7) Mengucap dua kalimah syahadah dengan penuh yakin sudah memadai untuk seseorang itu masuk ke dalam agama Islam. Tidak wajib atasnya menupelajari dalil-dalil mutakallimin untuk mengenal Allah.

¹⁰⁶ Selain Bukhari dan Muslim, hadits ini turut diriwayatkan juga oleh Ahmad, Nasaa'i, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan