Misykatul masabiih hadis 011syarahan.
١١-وَعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكِ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ صَلَّى صَلَاتَنَا وَاسْتَقْبَلَ قِبْلَتَنَا وَأَكَلَ ذَبِيحَتَنَا فَذَلِكَ الْمُسْلِمُ الَّذِي لَهُ ذِمَّةُ اللهِ وَذِمَّةُ رَسُولِهِ فَلَا تُخْفِرُوا اللهَ فِي ذِمَّتِهِ " . رواه البخاري
11- Anas bin Malik meriwayatkan, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa bersembahyang seperti kita,¹⁰⁷ menghadap ke arah qiblat kita (ketika bersembahyang dll)¹⁰⁸ dan memakan sembelihan kita,¹⁰⁹ itulah dia muslim (orang Islam) yang mendapat jaminan perlindungan (daripada) Allah dan RasulNya.¹¹⁰ Oleh itu, janganlah
kamu mencerobohi orang yang dijamin Allah (berada) dalam perlindunganNya.¹¹¹ (Bukhari)¹¹²
0
___________________________________________________________
¹⁰⁷ Orang yang bersembahyang seperti kita tentunya orang Yang menerima ketauhidan Allah dan kenabian Muhammad s.a.w. Apabila seseorang itu menerima kenabian Muhammad, bererti dia menerima segala apa yang dibawa Baginda s.a.w. daripada Allah s.w.t. Kerana itulah sembahyang dijadikan tanda keislamannya. Ucapan dua kalimah syahadah tidak disebut Oleh Nabi s.a.w. di dalam hadits ini kerana ia sudahpun ada di dalam sembahyang. Kalimah ini juga tidak sentiasa disebut seseorang dengan suara yang keras. Pendek kata ia suatu yang tidak ketara kepada umum. Berbeda dengan sembahyang kerana pada hari pertama pertemuan anda dengan seseorang lagi dapat anda menyaksikan sama ada ia bersembahyang atau tidak.
Sebabnya disebut secara khusus "menghadap ke arah qiblat kita (ketika bersembahyang dan Iain-Iain)", padahal menghadap qiblat itu merupakan syarat untuk sahnya sembahyang ialah kerana dua perkara berikut:
(1) Qiblat lebih diketahui orang berbanding sembahyang. Boleh dikatakan semua orang tahu qiblatnya, tetapi tidak semua tahu sembahyangnya.
(2) Sebahagian daripada amalan yang terdapat di dalam sembahyang kita, terdapat juga di dalam sembahyang orang-orang bukan Islam. Seperti qiam (berdiri), membaca bacaan-bacaan tertentu dan Iain-Iain. Tetapi menjadikan
Kaabah (Baitillah / al-Masjidil Haram) sebagai qiblat ketika bersembahyang, itu khusus dengan orang-orang Islam sahaja. Setelah menyebutkan ibadat yang membezakan orang Islam daripada bukan Islam, Nabi s.a.w. menyebutkan pula perkara adat dan juga ibadat yang membezakan orang Islam daripada bukan Islam dengan sabdanya: "dan memakan sembelihan kita". Tidak memakan sembelihan orang yang berbeza fahaman dan 'aqidah merupakan suatu realiti yang diterima semua masyarakat dan semua penganut agama di dunia ini. Apabila seseorang dengan selesa memakan sembelihan orang Islam, ia secara tidak langsung menunjukkan keislamannya. Sesetengah 'ulama' berpendapat, sebabnya Nabi s.a.w. menyebutkan secara khusus tiga perkara ini di dalam hadits di atas, padahal terdapat banyak lagi rukun-rukun dan ajaran-ajaran agama Islam yang Iain ialah kerana ia paling nyata, besar dan mudah dikesan. Pada hari pertama pertemuan anda dengan seseorang lagi dapat anda ketahui sama ada dia bershalat atau tidak dan apakah pula yang dimakannya. Berbeza dengan puasa misalnya, kerana tidak ada perbezaan di antara orang Islam dan bukan Islam ketika kedua-dua mereka tidak makan atau minum sesuatu. Demikian juga dengan haji. Mungkin selepas beberapa bulan, malah beberapa tahun anda bersama seseorang, baru anda dapat melihatnya pergi mengerjakan haji. Dalam keadaan tidak cukup syarat pula, anda mungkin tidak dapat menyaksikan dia pergi mengerjakan haji sampai mati.
¹¹⁰ Apa yang dimaksudkan dengan ذمة الله dan ذمة رسوله ialah jaminan perlindungan daripada Allah dan RasulNya untuk orang-orang Islam, menerusi ajaran agama Islam yang melarang setiap penganutnya menceroboh darah (diri), harta benda dan kehormatan sesama mereka. la juga bererti Janji Allah dan RasulNya dengan setiap muslim (orang Islam) agar mengaman damaikan kehidupan muslim yang lain. Dengan itu terselamatlah mereka daripada dibunuh,diperangi dan dicerobohi harta benda, nyawa serta maruahnya oleh muslim yang lain.
¹¹¹ larangan Rasulullah s.a.w. ini boleh juga diterjemahkan dengan:
Oleh itu janganlah kamu mengkhianati/membatalkan jaminan dan janji Allah itu.Maksudnya ialah apabila seseorang menyatakan dirinya sebagai orang Islam dengan mengamalkan syi'ar agama Islam, bererti ia telah pun berada dalam jaminan perlindungan Allah. Maka tidak harus lagi nyawa, harta benda dan kehormatannya dicerobohi. Mencerobohinya bererti mencerobohi jaminan perlindungan Allah. Mencerobohinya juga bererti mengkhianati dan membatalkan janji Allah. Hadits ini juga sama seperti hadits sebelumnya daripada segi menganjurkan umat Islam agar berurusan dengan seseorang berdasarkan zahirnya. Jika zahirnya Islam, dia harus dilayan sebagai orang Islam dan jika zahirnya bukan Islam, maka ia akan dilayani sebagai bukan Islam.
Antara pengajaran, pedoman dan panduan yang telah disimpulkan oleh para ulama' daripada hadits ini ialah:
(1) Kelebihan dan keistimewaan sembahyang. Ia merupakan salah satu syi'ar Islam yang paling utama.
(2) Kelebihan dan keistimewaan qiblat (Baitlllah/al-MasjidiI Haram). Menghadap ke arah qiblat ketika bersembahyang adalah salah satu syarat untuk sahnya sembahyang seseorang, kecuali dalam keadaan khauf (terancam oleh musuh dan lain-lain ancaman). Menghadap qiblat juga merupakan salah satu syi' ar agama Islam yang utama.
(3) Memakan sembelihan orang Islam juga merupakan salah satu tanda yang menunjukkan keislaman seseorang. Ini kerana terdapat ramai sekali bukan Islam, sama ada dan kalangan Ahlil Kitab atau penganut-penganut agama yang lam tidak memakan sembelihan orang-orang Islam.
(4) Umat Islam dianjurkan supaya melayani manusia berdasarkan zahirnya. Jika zahirnya Islam, ia akan dilayan sebagai Islam. Dan jika zahirnya bukan Islam, ia akan dilayan sebagai bukan Islam.
(5) Petunjuk-petunjuk zahir seperti yang tersebut di dalam hadits di atas itulah seharusnya dijadikan pedoman. Umat Islam tidak dibenarkan mengintip, menyelidik dan mencungkil rahsia seseorang untuk mengetahui keislamannya, kecuali terdapat petanda-petanda yang sangat meragukan dan boleh mengancam kewujudan dan kesejateraan ummah.
(6) Setiap orang Islam terikat dengan perjanjiannya dengan Allah dan RasulNya untuk tidak mengsanggu-gugat dan mencerobohi darah (diri), harta benda dan kehormatan sesama saudara muslim.
(7) Mencerobohi mana-mana satu daripadanya bererti mencerobohi jaminan perlindungan Allah dan membatalkan perjanjian yang sedia terjalin di antaranya dengan Allah dan Rasul.
(8) Membatalkan perjanjian yang sedia terjalin dengan Allah dan RasulNya adalah dosa besar. Menceroboh jaminan perlindungan Allah dan RasulNya dengan menumpahkan darah orang Islam, mengambil harta bendanya tanpa hak dan mencemarkan nama baiknya juga merupakan dosa besar.
(9) Ahlul Qiblah yang tersasul sedikit sebanyak 'aqidahnya daripada 'aqidah Ahlil Ilaq (Ahli as-Sunnah wa al-Jamaah) kerana tersalah dalam menta'wilkan maksud sebenar al-Qur'an dan al-Hadits, seperti sesetengah golongan Mu'tazilah, Khawarij dan lain-lain tidak boleh dihukum kafir, jika ia masih menerima ajaran dan hukum Islam secara keseluruhannya. Alasannya ialah kerana kesalahan mereka itu berpunca daripada salah faham dan salah ta'wiklan semata-mata, bukan kerana mereka rnenolak dan mengingkarinya.
¹¹² Selain Bukhari, hadits ini turut diriwayatkan oleh an-Nasaa'i, al-Baihaqi dan at Thabaraani, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain juga ada meriwayatkan hadlts-hadits yang sama makna dengan hadits ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan