Ahad, Oktober 04, 2020

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0057

Qawaid tafsir 2018 kaedah 0057

Kaedah 57

قاعدة ٥٧ اَلْفِعْلُ فِي سِيَاقِ النَّفْيِ وَمَا فِي مَعْنَاهُ يُفِيْدُ الْعُمُوْمَ
Fiil yg terletak dihalaman nafi atau mulhaqaatnya memberi erti umum

Keterangan: Fi'il yang dimaksudkan dalam qaedah ini ialah ketiga-tiga bentuk fiil,fiil 'Amar, fiil madhi dan fiil mudhari'.

Yang dimaksudkan dengan mulhaqaat nafi pula ialah nahi, syarat dan istifham. Inilah perkataan-perkataan yg sama kerjanya dengan perkataan nafi. 

Menurut qaedah ini, mana-mana fiil yang terletak selepas
perkataan nafi dan mulhaqaatnya akan memberi erti umum.

Contoh fi'il di halaman nali atau fi'il yang terletak selepas perkataan nafi adalah
seperti berikut:

وَلَا يُفْلِحُ ٱلسَّاحِرُ حَيْثُ أَتَىٰ 
...Dan tidak akan beroleh kejayaan tukang sihir itu, dari mana saja ia datang."
(Thaha:69).

Tidak akan beroleh kejayaan yang tersebut di dalam ayat ini adalah umum. Ia merangkumi segala bentuk kejayaan. Ertinya ialah segala bentuk kejayaan dinafikan daripada mereka.

Contoh fi'il di halaman nahi (kata larang yang memberi erti jangan) adalah seperti berikut: '

Al-Baqarah 2:195
وَأَنفِقُوا۟ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلْقُوا۟ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى ٱلتَّهْلُكَةِۛ وَأَحْسِنُوٓا۟ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُحْسِنِينَ 
Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
(al-Baqarah: 195).

Larangan menjatuhkan diri sendiri ke dalam kebinasaan itu umum merangkumi segala cara dan bentuknya. Semuanya dilarang. Sama ada dengan terjun dari tempat tinggi
untuk membunuh diri atau menembak diri sendiri atau menghisap rokok sebagai contohnya. Kerana semua perbuatan itu membawa kepada kebinasaan diri sendiri.
Contoh fi'il di halaman syarat (kata yang memberi erti jika, kalau dan sebagainya) atau dengan kata lain, fi'il yang terletak selepas daripada perkataan yang memberi erti syarat dan ia merupakan f il syarat ialah:

Al-Mumtahanah 60:2
إِن يَثْقَفُوكُمْ يَكُونُوا۟ لَكُمْ أَعْدَآءً وَيَبْسُطُوٓا۟ إِلَيْكُمْ أَيْدِيَهُمْ وَأَلْسِنَتَهُم بِٱلسُّوٓءِ وَوَدُّوا۟ لَوْ تَكْفُرُونَ 
Jika mereka dapat menguasai kamu. nescaya mereka menjadi musuh yang membahayakan kamu dan mereka akan membebaskan tangan mereka dan lidah mereka terhadap kamu dengan kejahatan, serta mereka suka kalaulah kamu juga menjadi kafir (seperti mereka). (Al-Mumtahanah: 2).

Maksudnya ialah jika mereka dapat menguasai kamu dengan apa cara sekalipun, tidak khusus dengan cara tertentu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan