Tafsir asas quran nota 6(094).
menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.
(Aalii 'Imraan: 187).
Aal-e-Imran 3:187
وَإِذْ أَخَذَ ٱللَّهُ مِيثَٰقَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ لَتُبَيِّنُنَّهُۥ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُۥ فَنَبَذُوهُ وَرَآءَ ظُهُورِهِمْ وَٱشْتَرَوْا۟ بِهِۦ ثَمَنًا قَلِيلًاۖ فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ
Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi Kitab (yaitu), “Hendaklah kamu benar-benar menerangkannya (isi Kitab itu) kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya,” lalu mereka melemparkan (janji itu) ke belakang punggung mereka dan menjualnya dengan harga murah. Maka itu seburuk-buruk jual-beli yang mereka lakukan.
Abu al-Baqaa'al-'Ukburi (m.616H) di dalam at-Tibyaan Fi I'raabi al-Qur'an menulis,"Oleh kerana أَخَذَ مِيثَٰقَ menepati ma'na sumpah, f il jawabnya disertai Laam dan Nun
ta'kid (Laam dan Nun yang digunakan sebagai kata penguat).
(10) rangkaikata أَمْ لَكُمْ أَيْمَٰنٌ. Contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah berikut:
Al-Qalam 68:39
أَمْ لَكُمْ أَيْمَٰنٌ عَلَيْنَا بَٰلِغَةٌ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِۙ إِنَّ لَكُمْ لَمَا تَحْكُمُونَ
Bermaksud: Atau adakah kamu nendapqt akuan-akuan yang ditegaskan dengan sumpah dari Kami, yang tetap hingga hari kiamat, menentukan bahawa kamu dapat mencapai apa yang kamu putuskan? (al-Qalam:39).
Az-Zamakhsyari dan Abu Hayyaan al-Andalusi mengatakan, أَمْ لَكُمْ أَيْمَٰنٌ عَلَيْنَا itu bererti أَمْ أَقْسَمْنَا لَكُمْ
(adakah Kami telah bersumpah untuk kamu). Jumlah إن لكم لما تحكمون adalah jawab qasam"
(Muqsam Bihi)مقسم به Di Dalam Al-Qur'an.
Muqsam bihi مقسم به atau perkataan yang digunakan buat bersumpah di dalam al-Qur'an itu ada banyak.
Tetapi secara kasar ia dapat dibahagikan kepada beberapa perkara berikut:
(1) Pada 8 tempat Allah telah menjadikan perkataan رب sebagai muqsam bihi.
MaksudNya ialah menarik perhatian manusia kepada sifat rububiyyahNya.
(2) Pada 17 tempat, ilmuNya dijadikan sebagai muqsam bihi.
(3) KemuliaanNya dijadikan sebagai muqsam bihi pada 1 tempat.
(4) Kitab suci al-Qur'an dengan lafaz al-Qur'an sendiri dijadikan sebagai muqsam bihipada 3 tempat.
(5) Pada 3 tempat yang lain pula al-Qur'an dengan lafaz al-Kitab dijadikan sebagai
muqsam bihi.
(6) Diri Rasulullah s.a.w. dijadikan sebagai muqsam bihi pada 2 tempat"
(7) Pena atau القلم pada I tempat.
(8) Para malaikat pada 2 tempat.
(9) Pada 13 tempat, kejadian-kejadianNya yang hebat di alam semesta dijadikan sebagai muqsam bihi.
(10) Hari kiamat dijadikan sebagai muqsam bihi pada beberapa tempat.
94
Tiada ulasan:
Catat Ulasan