Jumaat, Oktober 30, 2020

Sahih muslim kitab iman 001

Sahih muslim kitab iman 001
كتاب الإيمان
1. KITAB IMAN¹
١-بَِاب   بَيَانِ الإِيمَانِ وِالإِسْلَامِ وِالْإِحْسَانِ وَوُجُوبِ الإِيمَانِ بِإِثْبَاتِ قَدَرِ الله سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى وَبَيَانِ الدٍَلِيلِ عَلِى التِبَرٍِي مِمٍنْلَا يُؤْمِن؟ بِالْقَدِرِ وِإِغْلَاظِ الْقَوٌلِ فِي حَقٍِهِ 

1.Bab penerangan tentang Iman , Islam, Ihsan dan kewajipan beriman tentang adanya taqdir Allah swt dan keterangan dalil yang menunjukan kepada berlepas diri daripada orang yang tidak beriman  dengan taqdir dan bersikap tegas terhadapnya.

___________________________________________________________
¹ Al-Khaththabi berkata: "sesetengah ulama berpendapat Islam dan iman itu sama jua. Az-Zuhri pula berpendapat Islam adalah ucapan dan iman adalah amalan. Yang betulnya ialah ma'na Islam itu lebih umum daripada ma'na iman. Dengan erti setiap orang mukmin mesti muslim. Tetapi tidak mesti setiap muslim itu mu'min. Dari segi bahasa 'Arab iman bererti mempercayai,menyakini, menerima dan membenarkan dengan hati. Sedangkan Islam pula bererti penyerahan diri dan tunduk atau patuh. Terkadang sesaorang menjadi orang yang berserah diri secara zahir,tetapi tidak tunduk dan patuh secara batin dan terkadang dia menjadi orang yang mempercayai
secara batin, tetapi tidak tunduk dan patuh secara zahir.

Iman menurut istilah Syara' pula ialah membenarkan dengan hati, mengaku dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota badan. Itulah sebabnya ia boleh bertambah dan berkurang. Inilah pegangan kebanyakan muhadditsin dan para ulama dari pelbagai aliran di kalangan Ahli as-Sunnah wa al-Jama'ah. Banyak sekali dalil-dalil daripada al-Qur'an dan as-Sunnah yang menyokong pegangan rnereka ini. Tidak ada
perbedaan pendapat di antara para ulama tentang seseorang yang berikrar dan beramal tanpa ilmu
dan pengetahuan tentang Rabbnya, maka orang tersebut tidak berhak mendapatkan sebutan nama mukmin. Jika dia mengetahuiNya dan beramal, tetapi membangkang dengan hatinya dan mendustakan tauhid yang telah dia ketahui maka dia tidak berhak mendapatkan sebutan nama mukmin. Demikian juga jika dia yakin terhadap Alllah s.w.t. dan seluruh rasulNya a.s.. tetapi dia mengingkari dan tidak mengamalkan kewajiban-kewajiban yang sedia dima'lumi sebagai ajaran agama Islam, seperti sembahyang lima waktu dan berpuasa di bulan Ramadhan, maka dia juga
tidak dinamakan mu'min. Iman menurut golongan Murji'ah tidak lebih daripada nama kepada membenarkan agama Islam dengan hati (تصديق بالجنلن) semata-mata. Pengakuan dengan lidah  (بالسان اقرار dan عمل بالاركان (melakukan suruhan agama dengan anggota badan) bagi mereka bukan syarat dan dan bukan juga juzu' iman. Malah melakukan ma'shiat dan tidak melakukan keta'atan Iangsung tidak menjejaskan iman menurut mereka.

1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan