Jumaat, Oktober 30, 2020

Sahih muslim kitab iman sesi 28(067-070)

Sahih muslim kitab iman sesi 28(067-070)

بَابُ النُّصِحِ مِنْ الْإِيْمَانٍ
Bab Sikap Tulus lkhlas Adalah Sebahagian Dan pada Iman²⁰⁵.

٤٣-عَنْ تَمِيمٍ الدَّارِيِّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ


43- Tamim ad-Daari meriwayatkan, katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Agama itu ialah tulus ikhlas.²⁰⁷  Tanya kami: "Tulus ikhlas terhadap siapa, wahai Rasulallah?" Jawab
Beliau, "Terhadap Allah,²⁰⁸  terhadap KitabNya.²⁰⁹  terhadap RasulNya,²¹⁰ terhadap para pemimpin kaum muslimin²¹¹ dan terhadap orang ramai.²¹²
___________________________________________________________

²⁰⁵  Beginilah tajuk yang dibuat oleh al-Itsyubi. Imam Nawawi, Qadhi 'Iyaadh dan kebanyakan penyusun kitab matan Sahih Muslim membuat tajuk begini: باب بييان أن  الدين  النصيحة(Bab Menerangkan Bahawasanya Agama Itu Ialah Nasihah). Inilah juga tajuk yang telah dipilih oleh al-
Ubbi dan al-Sanusi. Di dalam sesetengah nuskhah, tidak terdapat sebarang tajuk di sini dan ia adalah satu kesilapan kerana hadits ini tidak sesuai dimasukkan di bawah tajuk bab yang sebelumnya. Al-Qurthubi pula memasukkan hadits ini di bawah tajuk bab sebelumnya yang
berbunyi: باب المحبة في الله تعالى والنصح من الإيمان (Bab Berkasih Sayang Kerana Allah Ta'la Dan
Nasihat Itu Ialah Sebahagian daripada Iman).

²⁰⁶ Nama dan salasilah beliau selengkapnya ialah Tamim bin Aus bin Khaarijah bin Musaddad bin Judzaimah bin Dzira' bin 'Adi bin al-Daar bin Haani' bin Numarah bin Lakham. Kuniah beliau ialah Abu Ruqayyah al-Syaami. Ad-Daari adalah nisbah kepada ad-Daar bin Haani' iaitu
salah seorang moyangnya sebelum memeluk agama Islam, Tamim terkenal sebagai seorang pendita dan juga ahli 'ibadat di Palestin. Tamim ad-Daari ialah seorang sahabat yang terkenal. Beliau memeluk agama lslam pada tahun ke-9H dan menetap di Baitul Maqdis selepas peristiwa
pembunuhan Sayyidina 'Utsman. Beliau meninggal dunia pada tahun 40H. Tami  ad-Daari meriwayatkan sebanyak 18 buah hadits. Tidak ada satu pun hadits Tamim ad-Daari diriwayatkan oleh Imam Bukhari. Imam Muslim hanya meriwayatkan satu hadits sahaja daripada beliau.

 ²⁰⁷ terhadap orang-orang yang bakal disebutkan di dalam hadits nanti. 'Agama' di sini perlulahdipakai dengan erti 'iman' supaya ia sesuai dengan tajuk Kitab al-Iman. Tulus ikhlas dan mahukan kebaikan untuk orang-orang lain dengan cara menasihati, menolong dan membelanya
adalah salah satu cabang besar iman. Iman seseorang sama sekali tidak akan sempurna tanpanya.Tulus ikhlas adalah terjemahan yang diberikan untuk perkataan النصحة Kebanyakan penterjemah dalam bahasa Melayu menterjemahkan الدين النصحة dengan 'Agama itu nasihat'. Bagi penulis terjemahan ini lebih sempit daripada makna sebenarnya yang agak luas. Erti sebenarnya
ialah ikhlas, tulus ikhlas, ikhlas hati, betul hati, bersih hati atau jujur. Termasuklah dalam makna yang luas itu nasihat, memberi nasihat atau menasihati. Perkataan النصحةsama seperti perkataan  النصح adalah mashdar bagi perkataan نَصِحِ. Apabila ia muta'addi dengan haraf jar Laam, maka
ertinya ialah berlaku ikhlas dan jujur kepada/terhadap, mahukan kebaikan untuk, tulus ikhlas terhadap dan sebagainya. Sebagai contoh lihatlah penggunaannya di dalam firman Allah berikut.
Perhatikan juga apa erti sepatutnya:


At-Taubah 9:91

لَّيْسَ عَلَى ٱلضُّعَفَآءِ وَلَا عَلَى ٱلْمَرْضَىٰ وَلَا عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يَجِدُونَ مَا يُنفِقُونَ حَرَجٌ إِذَا نَصَحُوا۟ لِلَّهِ وَرَسُولِهِۦۚ مَا عَلَى ٱلْمُحْسِنِينَ مِن سَبِيلٍۚ وَٱللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 
Bermaksud: orang-orang yang lemah dan orang-orang yang sakit dan juga orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu yang akan dibelanjakan" tidaklah menanggung dosa (kerana tidak turut berperang) apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan RasulNya. Tidak ada jalan sedikitpun bagi menyalahkan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya; dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (at-Taubah:91). 

Penulis berasa canggung dan tidak selesa menterjemahkan' agama itu nasihat bagi Allah atau kepada Allah atau terhadap Allah'. Begitu juga dengan nasihat bagi kitabNya atau RasulNya! Kerana apakah ertinya anda menasihati Allah. Apa perlunya Allah kepada nasihat anda. Apa ertinya anda menasihati al-Qur'an atau menasihati
Rasulullah??

²⁰⁹ 'Tulus ikhlas terhadap Allah' itu bererti mempercayai keesaanNya dan sifat-sifat ketuhananNya yang lain di samping mempercayai suciNya daripada segala cacat cela dan kekurangan. Tulus ikhlas terhadap Allah juga bererti sukakan apa yang disukaiNya dan bencikan apa dibenciNya serta melakukan amal ibadat untukNya dengan penuh ikhlas. Tulus ikhlas terhadap Allah juga bererti mensyukuri nikmatNya yang tidak terhitung banyaknya dengan menggunakannya dijalan yang baik dan diredhaiNya.
Tulus ikhlas terhadap Kitab Allah  bererti mempercayai al-Qur'an sebagai kalam Allah yang suci. Ia adalah sebuah kitab yang tiada tolok banding, penuh dengan hikrnat dan kebijaksanaan. Ia adalah satu-satunya kitab yang dijamin Allah keterpeliharaannya dan pada pengubahan.
permindaan dan tokok tambah oleh tangan-tangan yang kotor. Ia wajib diyakini sebagai sebuah kitab yang semestinya dijadikan sebagai pedoman oleh manusia buat selama-lamanya di setiap tempat dan zaman untuk mereka mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Tulus ikhlas
terhadap Kitab Allah juga bererti mengamalkan isi kandungannya, menyesuaikan diri dengan pengajarannya, mendaulatkan segala hukum-hakamnya, membacanya dengan bacaan yang betul,elok dan penuh khusyu', memahami makna-maknanya, memerhatikan hikmat-hikmat di sebalik ayat-ayatnya dan mendalami ilmu yang terkandung di dalamnya. Tulus ikhlas terhadap Kitab
Allah juga bererti menyeru manusia kepadanya, memeliharanya daripada ta'wilan-ta'wilan golongan pelampau, melindunginya daripada segala bentuk penyelewengan dan pemesongan tafsiran serta mempertahankannya daripada kritikan-kritikan dan serangan-serangan oleh orang-orang kafir di samping rnenghilangkan kekeliruan orang-orang yang keliru tentangnya dan merungkai segala permasalahan hidup manusia dengan berpandukannya.

²⁰³ Tulus ikhlas terhadap RasulNya bererti mempercayai kenabian dan kerasulannya, menta'ati segala perintah dan larangannya, menolong dan membelanya sama ada ketika rnasih hidup atau sesudah kewafatannya, memusuhi orang yang memusuhinya dan memerangi orang yang
memeranginya, bersedia mengorbankan jiwa raga dan harta benda demi mempertahankannya semasa hayatnya, menghidupkan sunnahnya dengan mengamal, menghayati dan membuat penyelidikan terhadapnya, menyebarkan ajarannya dan menyeru orang ramai kepadanya,
mencontohi akhlak-ahklak mulia dan adab sopannya yang indah, mengagungkannya melebihi sekalian manusia yang lain,mencintai Ahlul Baitnya dan para Sahabatnya serta menjauhi orang-orang yang melakukan bid'ah dan perosak-perosak sunnahnya.

²¹¹ Sama ada ia seorang khalifah, sultan, menteri, gabenor, panglima atau ketua di setiap peringkat dalam masyarakat Islam. Erti tulus ikhlas terhadap mereka ialah menta'ati mereka dalam kebenaran, membantu mereka untuk melakukannya dan mendorong mereka ke arahnya,
mengingatkan mereka kepada kebenaran dan keadilan dengan cara yang terbaik, menegur mereka secara sopan sekiranya mereka alpa, menyampaikan kepada mereka berita dan hal ehwal kaum muslimin yang mungkin tidak sampai ke pengetahuan mereka, tidak memberontak terhadap mereka dan memujuk orang ramai supaya menta'ati rnereka. Ini sekiranya yang dimaksudkan
dengan 'para pemimpin' itu ialah para khalifah, gabenor dan lain-lain ketua masyarakat dan negara. Dan itulah pendapat yang popular. Sekiranya yang dimaksudkan dengan mereka itu ialah para ahli ilmu agama, tulus ikhlas terhadap mereka bererti menerima baik riwayat, pendapat dan kajian mereka, mengikut mereka'  dalam hal-hal keagamaan dan bersangka baik terhadap mereka.
Menurut al-Khatthabi, antara ma'na 'tulus ikhlas terhadap para penguasa' itu ialah bersembahyang di belakang mereka, berjihad bersama mereka, membayar zakat kepada mereka, tidak mengangkat senjata untuk memberontak terhadap mereka sekiranya ada berlaku sebarang
ketidak adilan atau kesilapan daripada mereka, tidak mengampu mereka, malah mendoakan kebaikan untuk mereka.

²¹² Yang dimaksudkan dengan 'orang ramai' ialah mereka yang bukan merupakan para penguasa.
Maksud tulus ikhlas terhadap mereka ialah membimbing mereka ke arah kebaikan, membantu mereka dalam urusan duniawi sama ada dalam bentuk kata-kata atau perbuatan, memberi peringatan kepada yang alpa di kalangan mereka, mengajar yang jahil di kalangan mereka,memberikan kepada yang memerlukan di kalangan rnereka, menutup ke'aiban mereka, menghalang bahaya daripada menimpa mereka, mendatangkan manfa'at kepada agama dan dunia
mereka, menghormati yang tua, mengasihi yang kecil, menutup kekurangan mereka, tidak berhasad dengki dan melakukan tipu helah terhadap mereka. Pendek kata, segalanya adalah seperti sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "engkau berikan kepada mereka apa yang engkau suka kalau diberikan kepadamu. dan engkau tidak menyukai untuk mereka apa yang engkau tidak sukakan untuk dirimu." Antara pengajaran dan panduan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 
(1) Tidak salah meminta penjelasan yang lebih lanjut tentang sesuatu perkara yang
disebutkan secara ringkas oleh seseorang yang berilmu. 
(2) Bertanyakan tentang sesuatu, tidak semestinya mencerminkan kejahilan seseorang, adakalanya ia mencerminkan kepintaran seseorang . 
(2) Para sahabat tidak berasa malu untuk bertanya sesuatu kepada Rasulullah s.a.w. 
(3)Rasulullah s.a.w. ialah seorang yang merendah diri dan melayan pertanyaan-pertanyaan daripada orang-orang yang berada di sekelilingnya, walaupun kedudukan Baginda adalah cukup tinggi sekali kalau dibandingkan dengan manusia mana sekali pun. 
(4) Allah s.w.t. tidak memerlukan apa-apa daripada hamba, sebaliknya hambalah yang memerlukanNya. 
(5) Salah satu cara untuk menta'ati Rasulullah s.aw. ialah dengan tidak rnelakukan bid'ah. 
(6) Umat Islam perlu kepada pihak pemerintah. 
(7) Agama Islam bukanlah sekadar anutan dalam bab amal ibadat sahaja, ia juga mencakupi sistem pemerintahan, politik dan jihad. 
(8) Umat Islam wajib menta'ati khalifah dalam perkara-perkara yang benar dan baik. 
(9) Dilarang memberontak terhadap khalifah atau
pemerintah, apatah lagi mengangkat senjata untuk menentang mereka. Kecualilah kalau ia telah melakukan kezaliman yang nyata. 
(10) Sekiranya ada sesuatu yang tidak kena pada seorang
khalifah atau pemimpin, orang-orang lslam perlulah menasihatinya dan membimbingnya ke jalan
yang betul dengan penuh sopan. 
(11) Seorang khalifah haruslah mendengar nasihat orang-orang Islam. 
(12) Umat Islam haruslah tolong-menolong, saling membaiki dan saling melindungi satu sama lain. 
(13) Umat Islam juga tidak boleh meng'aibkan dan memburuk-burukkan saudara seagamanya. 

Imam Ahmad, Abu Daud, Nasaa'i. Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibbaan, Abu 'Awaanah, al-Baihaqi di dalam Syu'abu al-lmannya dan lain-lain juga turut meriwayatkan hadits Tamin ad-Daarini di dalam kitab mereka masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan