Tafsir asas quran nota 6(099).
Muhammad s.a.w. di sisiNya kepada makhluk-makhlukNya yang lain. Ibnu Mardawaih meriwayatkan daripada Ibnu 'Abbaas, katanya, Allah tidak menjadikan sesuatu apa pun
yang lebih mulia dan lebih tinggi kedudukannya di sisiNya daripada Muhammad. KeranamAllah tidak pernah bersumpah dengan kehidupan sesiapapun dari kalangan makhlukNya selain Beliau s.a.w.
(2) Oleh kerana al-Qur'an itu diturunkan dalam bahasa 'Arab, maka qaedah penggunaanmbahasa oleh orang-orang
'Arab juga diambil kira ketika Allah hendak menyampaikan
maksud-maksud tertentu. Orang-orang 'Arab apabila hendak menguatkan sesuatu cerita atau membuktikan kebenarannya selalu menggunakan sumpah, maka begitulah juga Allah, apabila hendak menguatkan sesuatu cerita atau membuktikan kebenarannya akan
menggunakan gaya bahasa sumpah. Hakikatnya anda baru akan dapat membuatkan seseorang manusia percaya kepada apa yang anda sampaikan kepadanya dan
menenangkan serta memuaskan hatinya apabila ia disokong dengan salah satu daripada dua perkara, iaitu dengan mengemukakan saksi atau bersumpah. Kedua-dua cara itu telah digunakan oleh Allah di dalam al-Qur'an. Itulah sebabnya Allah bersaksi atau bersumpah
apabila hendak menyatakan sesuatu perkara yang penting atau sangat-sangat mustahakmkepada manusia dalam menjalani kehidupannya di dunia.
(3) Apabila Allah bersumpah dengan fenomena alam dan makhluk-makhluk ciptaanNya, maka ia menunjukkan kelebihan, kepentingan, kegunaan dan khasiat-khasiat yang adampadanya. Oleh itu manusia tidak seharusnya mengabaikan dan tidak mempedulikannya, jika ia mahu berjaya dalam kehidupan di dunia ini.
(4) Kata Ibnu al-Qaiyyim, apabila Allah bersumpah dengan fenomena alam dan makhluk-makhluk ciptaanNya, maka ia mengisyaratkan kepada Zat Tuhan yang Maha Berkuasa
dan sifat-sifat Tuhan yang ada kaitan dengan kejadian dan penciptaannya. Ia juga merupakan dalil, bukti dan saksi bagi adanya Tuhan yang mempunyai sifat-sifat yang
sempurna. Pada hakikatnya ia sama seperti bersumpah dengan ZatNya sendiri"
(5) Makhluk-makhluk ciptaan Allah yang dijadikan sebagai muqsam bihi itu sebenarnya adalah dalil-dalil dan bukti-bukti yang menunjukkan kebenaran muqsam
'alaih yang dikemukakan selepasnya. Oleh itu manusia tidak seharus bersikap sambil lewa dan bermudah-mudah terhadap muqsam' alaihnya.
99
Tiada ulasan:
Catat Ulasan