Tafsir asas quran nota 6(098).
Az-Zarkasyt di dalam al-Burhan Fi 'Ulum al-Qur'annya menulis bahawa di permulaan 15 Surah-Surah al-Qur'an Allah tidak bersumpah dengan namaNya, malah sebaliknya telah bersumpah dengan makhluk-makhluk kejadianNya. Surah-surah berkenaan adalah seperti berikut:
(a) as-Shaffaat
(b) az-Zaariyaat
(c) at-Thur
(d) an-Najm
(e) al-Mursalaat
(f) an-Naazi'aat
(g) al-Buruj
(h) at-Thaariq
(i) al-Fajr
(j)as-Syams
(k) al-Lail
(l) ad-Dhuha
(m) at-Tiin
(n)al-Aadiyaat
(o) al-'Ashr.
Kenapa Allah Bersumpah Dengan Femomena Alam Dan Makhluk-Makhluk;Ciptaannya? Sesetengah ahli Tafsir dan ahli ilmu al-Kalam menimbulkan persoalan bahawa kenapa
Allah dengan segala keagungan dan kebesaran yang ada padaNya perlu bersumpah apabila hendak menyatakan perkara-perkara tertentu? Dan kenapa pula pada sekian
banyak tempat di dalam al-Qur'an Allah tidak bersumpah dengan namaNya atau ZatNya sendiri, sebaliknya bersumpah dengan femomena alam dan maklrluk-makhluk
ciptaannya? Padahal bukankah nabi s.a.w. telah melarang umatnya daripada bersumpah dengan sesuatu selain Allah?
Beberapa jawapan telah diberikan kepada tiga persolan yang ditimbulkan itu. Antara lainnya adalah seperti berikut:
(1) Sumpah Allah dengan fenomena alam atau makhluk- makhluknya hanya pada zahir sahaja kelihatan sebagai muqsam bihi. Sedangkan muqsam bihi sebenarnya adalah
sesuatu yang mahzuf (dibuang). Sesuatu yang mahzuf itu adalah رب yang juga merupakan nama sifat Allah.
Pada والتين واليتون demi Tuhan Tiin dan Zaitun) misalnya,
haruslah ditaqdirkan ورب التين والزيتون . Pada والشمس وضحاها pula misalnya, haruslah
ditaqdirkan ورب الشمس وضحاها (Demi matahari dan waktu dhuhanya) dan begitulah seterusnya.
Ibnu Abi Haatim meriwayatkan bahawa Hasan al-Bashri berkata, Allah s.w"t. boleh bersumpah dengan siapa atau apa saja dari makhluk-makhlukNya, sedangkan tiada siapa
pun dari makhlukNya boleh berbuat begitu. Mereka hanya dibenarkan bersumpah dengan nama Allah sahaja.
Apabila Allah bersumpah dengan kataNya: لعمرك (Demi hidupmu) kepada Nabi s.a.w., maka itu bererti Dia hendak menyatakan kebesaran dan kedudukan yang tinggi
98
Tiada ulasan:
Catat Ulasan