Tafsir asas quran nota 7(104).
Perbedaan Pendapat Ulama Ada Dibuang Atau Tidak Muqsam Alaih
Menurut segologan ulamak, muqsam'alaih atau jawab qasam di dalam al-Qur'an ada yang dibuang. Kedudukannya sama seperti muqsambihi daripada segi adakalanya
disebutkan dan adakalanya dibuang. Bagaimanapun mereka hanya menerima pembuangann muqsamalaih ada 7 tempat sahaja. Menurut segologan yang lain pula, muqsamalaih ada yang dibuang sama sekali didalam al-Quran .Cuma ia mungkin tidak ketara dan perlu direnung sedikit.
Pada pandangan golongan ulama yang mengatakan muqsam'alaih ada dibuang di dalam al-Qur'an. Mereka mengatakan pembuangannya berlaku pada beberapa tempat berikut:
(1) Apabila muqsam'alaih atau-jawab qasam tidak diperlukan, sumpah Allah di tempat itu semata-mata untuk
menarik perhatian manusia kelada muqsam bihi yang dengan jelas menunjukkan kekuasaan dan keajaibanNya. Muqsam bihi sendiri sebenarnya sudah menunjukkan kepada muqsam'alaih. Dalam keadaan ini membuang muqsam 'alaih lebih meringkaskan ayat dan lebih memberi makna yang mendalam. Contohnya ialah firman
Allah di bawah ini:
Sad 38:1
صٓۚ وَٱلْقُرْءَانِ ذِى ٱلذِّكْرِ
Sad, demi Al-Qur'an yang mengandung peringatan.
Bermaksud: Saad: Demi al quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.
Muqsam bihi dengan sifatnya di dalam ayat ini jelas menunjukkan kepada muqsamalaih . Oleh kerana itu muqsam 'alaih atau jawab qasamnya tidak perlu lagi
disebutkan. Sememangnya al-Qur'an itu mulia dan mengandungi peringatan. Makantidak diperlukan lagi kepada muqsam'alaih. Tidak perlu lagi dikatakan misalnya .انه لذكر لهم ونصح (Sesungguhnya ia rnerupakan peringatan dan pengajaran kepada mereka), atau قد شهد القران انه لذكر و نصح.
(2) Apabila ada dalil yang menunjukkannya. Keadaan seperti itu boleh berlaku apabila muqsam'alaih atau jawab qasam diandaikan sepatutnya dimulai dengan لن(haraf nafi)
Lihat contohnya pada firman Allah berikut.
Ta Ha 20:72
قَالُوا۟ لَن نُّؤْثِرَكَ عَلَىٰ مَا جَآءَنَا مِنَ ٱلْبَيِّنَٰتِ وَٱلَّذِى فَطَرَنَاۖ فَٱقْضِ مَآ أَنتَ قَاضٍۖ إِنَّمَا تَقْضِى هَٰذِهِ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَآ
104
Tiada ulasan:
Catat Ulasan