Tafsir asas quran nota 7(111).
(7) Menghibur dan menenangkan hati Nabi s.a.w. yang sentiasa dicemuh dan dituduh oleh orang-orang kafir' di zaman baginda.Di samping menyatakan baginda adalah kekasih Allah dan manusia pilihanNya. Sumpah tertentu juga bermaksud menolak cemuhan dan tuduhan mereka itu. Inilah yang nyata daripada sumpah Allah di permulaan Surah ad- Dhuha.
(8) Menyatakan muqsam bihi mempunyai kesinambungan dan perkaitan yang rapat dengan muqsam 'alaih. Ia merupakan wadah bagi muqsam'alaih untuk sama ada meraih keuntungan atau mendapat kerugian semasa hidupnya di dunia yang fana ini.
(9) Menunjukkan kehebatan dan keistimewaan kedudukan muqsam bihi di sisi Allah. Muqsam bihi juga bersifat dengan sifat-sifat mulia, bertanggungjawab, sentiasa melaksanakan perintah-perintah Allah yang diberikan kepada mereka dengan penuh ta'at setia.
( l0) Membuktikan kepentigan, khasiat atau keistimewaan muqsam bihi. Muqsam bihi merupakan sesuatu yang perlu sekali direnungi untuk mendapat sebanyak mungkin faedah daripadanya.Ia juga merupakan penanda aras tamadun kemanusiaan.
(11) Membuktikan kebenaran al-Quran sebagai kalam Tuhan yang diturunkan untuk membimbing dan memandu manusia dalam kehidupanya di dunia. Al-Qur'an juga
diberikan sebagai mukjizat kepada Rasulullah s.a.w. Ia dijanjikan terpelihara daripada segala bentuk penyelewengan dan tokok tambah.
(12) Mengingatkan manusia kepada sekian banyak ni'mat yang telah dikurniakan Allah kepada mereka. Manusia sepatutnya bersyukur atas ni'mat kurniaan Allah kepadanya itu. Manusia sepatutnya membandingkan nikmat-nikmat yang diperolehinya dengan nikmat-nikmat yang diperolehi makhluk-makhluk Tuhan yang lain. Jika makhluk-makhluk lain tidak henti-henti bertasbih memuji Tuhan, ta'at kepada segala perintah tuannya, padahal mereka tidak mendapat walaupun hanya 1/1000 nikmat yang dikurniakan kepada manusia , maka sewajarnyalah manusia bersyukur kepada Allah dan hidup dengan penuh keta'atan kepadaNya. Maksud ini dapat dilihat umpamanya pada sumpah Allah di dalam Surah al- Aadiyaat.
111
Tiada ulasan:
Catat Ulasan