Daurah tafsir 2019 sesi 13(29)nota10( 220)
Zaman Diturunkan
1. Surah al-'Ankabut diturunkan selepas Surah Luqman sebelum berlaku hijrah ke Habsyah pada bulan Rejab tahun ke-5 Kenabian, ia diturunkan pada permulaan tahun ke-5 Kenabian ketika mana orang-orang Islam menjadi mangsa kezaliman dan kekejaman orang-orang musyrikin Mekah yang tidak percayakan hari kemudian. Orang-orang Islam diuji dengan hijrah dan berbagai-bagai ujian yang lain.
2. Melalui firman Allah إِنَّ أَرْضِى وَٰسِعَةٌ diperintahkan berhijrah ke Habsyah (Ayat 56).
Al-'Ankabut 29:56
يَٰعِبَادِىَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِنَّ أَرْضِى وَٰسِعَةٌ فَإِيَّٰىَ فَٱعْبُدُونِ
Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman! Sungguh, bumi-Ku luas, maka sembahlah Aku (saja).
3. Orang-orang Islam yang lemah dan orang-orang munafiqin di Mekah yang teragak-agak untuk berhijrah ke Habsyah diberi peringatan (Ayat: 10-11).
Perkaitan Surah al-'Ankabut Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-Qashash sebelum ini telah disebutkan kisah Bani Israil yang dizalimi oleh kerajaan tentera Fir'aun, di dalam Surah al-'Ankabut ini disebutkan kisah orang-orang yang baru memeluk Islam yang dizalimi di Mekah, mereka diuji dan terpaksa berhijrah.
2. Di dalam surah ini diberikan satu perbandingan yang sangat cantik iaitu sarang labah-labah untuk
membuktikan tauhid walaayah (kekuasaan).
3. Di dalam Surah ar-Rum akan datang dikemukakan pula dalil-dalil yang membuktikan adanya hari akhirat dan hari kiamat.
Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Melalui perkataan يُفْتَنُونَ orang-orang Islam didedahkan dengan beberapa prinsip ujian.
(a) Orang-orang Islam dididik dengan hakikat bahawa selepas seseorang menerima tauhid, dia akan diuji
dengan berbagai ujian (Ayat: 2).
Al-'Ankabut 29:2
أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتْرَكُوٓا۟ أَن يَقُولُوٓا۟ ءَامَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ
Apakah manusia mengira bahwa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?
(b) Sejarah seruan ke arah tauhid penuh dengan bermacam-macam ujian (Ayat: 3).وَلَقَدْ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْۖ
(c) Tujuan ujian ialah untuk menapis dan memilih orang-orang Islam yang tulen Islamnya (Ayat: 3).
Al-'Ankabut 29:3
وَلَقَدْ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْۖ فَلَيَعْلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُوا۟ وَلَيَعْلَمَنَّ ٱلْكَٰذِبِينَ
Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.
2. Tema pertemuan dengan tuhan ( لِقَآءَ ٱللَّهِ ) tiga kali terdapat di dalam surah ini.
(a) Orang-orang yang percaya akan pertemuannya dengan Allah diyakinkan bahawa tempoh yangditentukan Allah pasti akan datang (Ayat: 5).
Al-'Ankabut 29:5
مَن كَانَ يَرْجُوا۟ لِقَآءَ ٱللَّهِ فَإِنَّ أَجَلَ ٱللَّهِ لَءَاتٍۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ
Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. Dan Dia Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui.
220
Tiada ulasan:
Catat Ulasan