Sabtu, November 07, 2020

Tafsir asas quran nota 9(154)10

Tafsir asas quran nota 9(154)10

kemanusiaan daripada cengkaman kezaliman, penindasan dan pemusnahan yang bermaharajalela di mana-mana.
Adanya penyelewengan dan eksploitasi ekonomi dalam masyarakat merupakan sebab bagi turunnya ayat-ayat berhubung dengan perekonomian dan tatacara kewangan. Wujudnya kehidupan tidak bermoral, kebiadaban dan pelbagai kerosakan dalam masyarakat merupakan sebab bagi penurunan ayat-ayat tentang akhlaq yang mulia, sivik
dan adab-adab pergaulan yang luhur. Adanya kerajaan yang zalim dan pemerintahan kuku besi merupakan sebab bagi penurunan ayat-ayat hukum dan ayat-ayat tentang
keadilan.
Jika tidak ada kegelapan, cahaya tentu tidak diperlukan. Rawatan dan ubat-ubatan tentu sekali tidak diperlukan jika tidak ada penyakit dan pesakit. Pembersihan dan penyucian baru diperlukan apabila ada kekotoran dan kecemaran. Memasang lampu diwaktu siang yang terang-benderang, menghulur ubat untuk dimakan atau diminum oleh orang yang sihat dan mengalirkan air di tempat yang memang sudah bersih adalah perbuatan yang
sia-sia dan tidak berfaedah. Seorang manusia biasa yang cerdik pun tidak akan melakukan perkara-perkara yang sia-sia seperti itu. Apatah lagi Tuhan yang Maha
Bijaksana. Tuhan yang telah mencipta manusia dan alam semesta dengan teguh ini, jauh sekali untuk diterima ada melakukan sesuatu dengan sia-sia, tanpa sebab dan tanpa
sebarang tujuan!

Sebab Turun Yang Khusus
Peristiwa khusus yang menyebabkan turun sesuatu ayat itu mungkin berupa:
(1)Perbalahan atau perselisihan yang berlaku di kalangan orang ramai. Sebagai contohnya pernah berlaku perselisihan dan ketegangan di antara dua kumpulan orang-orang Anshaar iaitu Aus dan Khazraj, akibat hasutan orang-orang Yahudi. Maka Allah menurunkan ayat-ayat berikut;

Aal-e-Imran 3:100
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن تُطِيعُوا۟ فَرِيقًا مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَٰبَ يَرُدُّوكُم بَعْدَ إِيمَٰنِكُمْ كَٰفِرِينَ 
Aal-e-Imran 3:101
وَكَيْفَ تَكْفُرُونَ وَأَنتُمْ تُتْلَىٰ عَلَيْكُمْ ءَايَٰتُ ٱللَّهِ وَفِيكُمْ رَسُولُهُۥۗ وَمَن يَعْتَصِم بِٱللَّهِ فَقَدْ هُدِىَ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ 
Aal-e-Imran 3:102
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ 


154

Tiada ulasan:

Catat Ulasan