Isnin, November 23, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 14(32)nota 11(232-234)s

Daurah tafsir 2019 sesi 14(32)nota 11(232-234)s

Surah As Sajadah
Tertib surah 32
Bilangan ayatnya 30
Bilangan rukuk 3
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 75
Bilangan paragrafnya ada 5
Paragraf 1 
ayat 1-3 Pengenalan tentang alquran;
Quran bukan rekaan manusia dan untuk mengingatkan mereka.
ayat 4-8 Pengenalan tentang Allah;
Allah sebagai(Pencipta)خالق,(Pelindung)ولي، 
(Penolong)شافع،(Pengatur atau Pengurus alam ini)ُمُدَبِّر

Paragraf 2 Dalil2 akhirat
ayat 4-6 Dalil2 أنفسي(diri kita sendiri)
ayat 7-9 Dalil2 dari kekuasaan Allah
Paragraf 3 Kepercayaan kepada Al quran dan menolak Alquran
ayat 15-19 sifat2 orang mukmin dan balasan baik untuk mereka
ayat 20-22 sifat2 orang fasik dan balasan2 buruk untuk mereka
Paragraf 4 Dalil2 adanya balasan baik dan buruk.
ayat 23-26 Dalil2 sejarah 
Ayat 27 Dalil2 rububiyah
Paragraf 5 
ayat 28-30 Pesanan supaya bersabar kepada orang Islam yg tertindas.

Mesej utama.
1.Berimanlah kepada Allah dan hari akhirat setelah merenungi  dalil2 alquran 
2.Balasan kepada orang mukmin dan orang fasiq adalah berbeza.
3.Wahai orang2 Islam! Bersabar dan beristiqamahlah dlm menghadapi ujian2 nescaya kamu akan mendapat kemenangan.

Zaman Diturunkan
Surah as-Sajdah diturunkan di permulaan peringkat kedua kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah sekitar tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian. Ia diturunkan selepas Rasulullah s.a.w. menyampaikan da'wahnya secara terbuka, pada ketika itu Raslulullah s.a.w. dituduh sebagai مُفْتَرِي (pendusta), orang-orang Islam pada ketika itu belum lagi menjadi mangsa kezaliman dan kekejaman orang-orang kafrr Quraisy. Cerdik pandai di kalangan orang-orang kafir Quraisy diminta memerhatikan peribadi orang-orang mu'min yang dianggap mereka sebagai musuh itu.

Kelebihan Surah As-Sajdah
Terdapat satu riwayat 'Abdullah bin 'Abbaas berkenaan kelebihan surah ini, iaitu Rasulullah s.a.w. selalu membaca dalam sembahyang subuh pada hari Jumaat Surah as-Sajdah dan Surah ad-Dahr 
(Shahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab apa yang dibaca pada hari Jumaat, hadits 2,068).

Perkaitan Surah As-Sajdah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Antara kesalahan pemimpin-pemimpin Quraisy yang tersebut di dalam Surah Luqman ialah mereka telah mempopularkan لَهْوَ الْحِدِيث (hiburan-hiburan yang melalaikan) untuk menghalang da'wah Islam, mereka juga sombong, tidak mahu mendengar dengan baik seruan Islam, tidak menerima مَا أَنْزَلَ اللهُ apa yang diturunkan oleh Allah) sebaliknya tetap dengan pendirian dan pegangan مَا وَجَدْنَا  عَلَيْهِ آبَاءَنَا(apa yang kami dapati daripada nenek moyang), tidak percaya kepada hari akhirat dan juga melakukan syirik yang merupakan kezaliman yang sangat besar. Di dalam Surah as-Sajdah ini pula sebaliknya dikemukakan sifat-sifat dan peribadi orang-orang Islam yang baik dan shaleh bahawa mereka tidak sombong, sentiasa bertasbih dan bertahmid, bertahajjud, takut kepada tuhan, selalu berdoa kepada tuhan dan mereka juga adalah pemurah (Ayat:15-16).

As-Sajdah 32:15
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِـَٔايَٰتِنَا ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا۟ بِهَا [خَرُّوا۟ سُجَّدًا] وَسَبَّحُوا۟ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ۩ 
Orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, hanyalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengannya (ayat-ayat Kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, dan mereka tidak menyombongkan diri.

As-Sajdah 32:16
تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ ٱلْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ 
Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap, dan mereka menginfakkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.


2. Di dalam Surah as-Sajdah dibuat perbandingan di antara orang-orang mu'min yang berperibadi mulia dan orang-orang yang buruk peribadinya (فاسقين )mereka tidak sama, hasil yang akan diperolehi mereka juga tidak akan sama.

3. Di dalam Surah al-Ahzaab yang akan datang pula dibuat perbandingan di antara para sahabat yang ikhlas dan orang-orang munafiq, betapa berbezanya peribadi kedua golongan itu.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Kepada orang-orang kafir disebutkan dengan terang dan terbuka bahawa tempat tinggal mereka nanti adalah neraka (Ayat 20).وَأَمَّا ٱلَّذِينَ فَسَقُوا۟ فَمَأْوَىٰهُمُ ٱلنَّارُۖ

As-Sajdah 32:20
وَأَمَّا ٱلَّذِينَ فَسَقُوا۟ فَمَأْوَىٰهُمُ ٱلنَّارُۖ كُلَّمَآ أَرَادُوٓا۟ أَن يَخْرُجُوا۟ مِنْهَآ أُعِيدُوا۟ فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا۟ عَذَابَ ٱلنَّارِ ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تُكَذِّبُونَ 
Dan adapun orang-orang yang fasik (kafir), maka tempat kediaman mereka adalah neraka. Setiap kali mereka hendak keluar darinya, mereka dikembalikan (lagi) ke dalamnya dan dikatakan kepada mereka, “Rasakanlah azab neraka yang dahulu kamu dustakan.”


2. Di dalam Surah as-Sajdah, perkataan ,  لِقَآءِ pertemuan dengan Allah di akhirat kelak) disebutkan
sebanyak tiga kali (Ayat:10,14 dan 23).

As-Sajdah 32:10
وَقَالُوٓا۟ أَءِذَا ضَلَلْنَا فِى ٱلْأَرْضِ أَءِنَّا لَفِى خَلْقٍ جَدِيدٍۭۚ بَلْ هُم بِلِقَآءِ رَبِّهِمْ كَٰفِرُونَ 
Dan mereka berkata, “Apakah apabila kami telah lenyap (hancur) di dalam tanah, kami akan berada dalam ciptaan yang baru?” Bahkan mereka mengingkari pertemuan dengan Tuhannya.

As-Sajdah 32:14
فَذُوقُوا۟ بِمَا نَسِيتُمْ لِقَآءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَآ إِنَّا نَسِينَٰكُمْۖ وَذُوقُوا۟ عَذَابَ ٱلْخُلْدِ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ 
Maka rasakanlah olehmu (azab ini) disebabkan kamu melalaikan pertemuan dengan harimu ini (hari Kiamat), sesungguhnya Kami pun melalaikan kamu dan rasakanlah azab yang kekal, atas apa yang telah kamu kerjakan.”

As-Sajdah 32:23
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا مُوسَى ٱلْكِتَٰبَ فَلَا تَكُن فِى مِرْيَةٍ مِّن لِّقَآئِهِۦۖ وَجَعَلْنَٰهُ هُدًى لِّبَنِىٓ إِسْرَٰٓءِيلَ 
Dan sungguh, telah Kami anugerahkan Kitab (Taurat) kepada Musa, maka janganlah engkau (Muhammad) ragu-ragu dari menerimanya (Al-Qur'an) dan Kami jadikan Kitab (Taurat) itu petunjuk bagi Bani Israil.


(a) Orang-orang musyrikin Mekah sebenarnya tidak percaya akan adanya hari akhirat, mereka tidak menerima adanya لِقَآءَ atau pertemuan dengan Allah (Ayat 10).
أَءِنَّا لَفِى خَلْقٍ جَدِيدٍۭۚ بَلْ هُم بِلِقَآءِ رَبِّهِمْ كَٰفِرُونَ 

(b) Di dalam Taurat juga telah disebutkan dengan terang bahawa Musa berpesan supaya jangan ragu akan adanya hari pertemuan dengan tuhan itu (Ayat: 23).
فَلَا تَكُن فِى مِرْيَةٍ مِّن لِّقَآئِهِۦۖ

(c) Orang-orang yang tidak percaya kepada adanya hari akhirat, pada hari kiamat nanti akan terbiar sebagaimana mereka membiarkan dan tidak kisah tentang pertemuan dengan tuhan (Ayat 14).
فَذُوقُوا۟ بِمَا نَسِيتُمْ لِقَآءَ يَوْمِكُمْ هَٰذَآ إِنَّا نَسِينَٰكُمْۖ

3. Di dalam surah ini selain digunakan perkataan فاسقين kepada orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, perkataan مجرمين juga digunakan untuk mereka.
Kerana tidak berasa bertanggungiawab dan akan disoal di akhiratlah manusia menjadi jahat, buruk pekerti, fasiq dan penjenayah.
(a) Allah s.w.t. akan menghukum orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat(  فاسقين dan  مجرمين )(Ayat:22).
إِنَّا مِنَ ٱلْمُجْرِمِينَ مُنتَقِمُونَ 

As-Sajdah 32:22
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِـَٔايَٰتِ رَبِّهِۦ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَآۚ إِنَّا مِنَ ٱلْمُجْرِمِينَ مُنتَقِمُونَ 
Dan siapakah yang lebih zhalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian dia berpaling darinya? Sungguh, Kami akan memberikan balasan kepada orang-orang yang berdosa.


(b) Di hari kiamat nanti, golongan مجرمين dan فاسقين iaitu penjenayah dan penjahat yang tidak percaya akan adanya hari akhirat akan menundukkan kepalanya di hadapan Allah kerana malu (Ayat: 12). إِذِ ٱلْمُجْرِمُونَ نَاكِسُوا۟ رُءُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ

As-Sajdah 32:12
وَلَوْ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلْمُجْرِمُونَ نَاكِسُوا۟ رُءُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ رَبَّنَآ أَبْصَرْنَا وَسَمِعْنَا فَٱرْجِعْنَا نَعْمَلْ صَٰلِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ 
Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata), “Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami (ke dunia), niscaya kami akan mengerjakan kebajikan. Sungguh, kami adalah orang-orang yang yakin.”




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan