Isnin, November 23, 2020

Tafsir asas quran nota 9(170)11

Tafsir asas quran nota 9(170)11



Ad-Dhuhaa 93:1
وَٱلضُّحَىٰ 
Ad-Dhuhaa 93:2
وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ 
Ad-Dhuhaa 93:3
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ 



(Hadits riwayat at-Thabaraani di dalam al-Mu'jam al-Kabir j.24 m/s 249, Abu Nu'airn di dalam Ma'rifatu as-Sahabah, j.23 m/s 97,?Ibnu Abi 'Aashim - al-Aahaad Wa al-Matsaani
j.6 m/s 211).

Di dalam sanad hadits ini terdapat perawi majhul iaitu ibu Hafsh bin Sa'id al-Qurasyi.Kata al-Haitsami,Di dalam sanadnya ada orang yang aku tak kenal." Selain itu ia juga
bercanggah dengan hadits sahih. Kata Hafiz lbnu Hajar, "Ia terdapat di dalam at-Thabaraani dengan isnad daripada perawi yang tidak dikenali (majhul), bahawa sebab
nuzulnya ialah adanya anak anjing di bawah katil beliau tanpa disedari beliau. Kerana itulah Jibril tidak datang selama beberapa hari. Kisah lambat datangnya Jibril kepadaNabi s.a.w" kerana adanya anak anjing (yang mati) di bawah katil Nabi s.a.w. adalah suatu kisah yang masyhur, tetapi ia yang menjadi sebab kepada turunnya ayat-ayat itu (3 ayat di permulaan Surah ad-Dhuha) adalah ganjil (غريب, bahkan ia syadz dan tertolak dengan hadits sahih (yang tersebut tadi). (Lihat Fathul Baari j.8 m/s 710)"

Bentuk Keempat: Dalam keadaan kedua-dua hadits yang menyatakan sebab turun sesuatu ayat sama-sama sahih, perlulah dicari sebab yang mentarjihkan salah satu
daripada dua sebab tersebut dari luar, seperti 
(a) Mempastikan salah satu daripada dua riwayat itu lebih sahih daripada yang satu lagi. 
(b) Perawi salah satu daripada dua riwayat berkenaan terlibat secara langsung dalam peristiwa yang dikatakan sebagai sebab turun ayat. 
(c) Atau lain-lain sebab dan alasan yang boleh mentarjihkan salah satu daripada dua riwayat. Contohnya ialah hadits yang dikemukakan oleh Ibnu Mas'ud, kata beliau:
"Pernah aku brjalan bersama Nabi s.a.w. di Madinah. Baginda bertongkat dengan pelepah kurma (yang tidak berdaun). Ketika kami lalu di hadapan sekumpulan orang-
orang Yahudi, sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang lain, "Bagus juga kalau kamu bertanya dia (tentang sesuatu perkara yang agak sulit dan mencabarnya ). Lalu mereka bertanya (Nabi s.a.w.) "Ceritakanlah kepada kami tentang roh." Nabi s.a.w.
berdiri sejenak sambil mendongakkan kepalanya. Maka fahamlah aku bahawa Baginda sedang mendapat wahyu. Setelah selesai menerima wahyu Baginda membacakan:

Al-Isra' 17:85
وَيَسْـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلرُّوحِۖ قُلِ ٱلرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّى وَمَآ أُوتِيتُم مِّنَ ٱلْعِلْمِ إِلَّا قَلِيلًا 


170

Tiada ulasan:

Catat Ulasan