Ahad, November 22, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 14(32)nota 11(233)

Daurah tafsir 2019 sesi 14(32)nota 11(233)

Zaman Diturunkan
Surah as-Sajdah diturunkan di permulaan peringkat kedua kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah sekitar tahun ke-4 hingga ke-5 Kenabian. Ia diturunkan selepas Rasulullah s.a.w. menyampaikan da'wahnya secara terbuka, pada ketika itu Raslulullah s.a.w. dituduh sebagai مُفْتَرِي (pendusta), orang-orang Islam pada ketika itu belum lagi menjadi mangsa kezaliman dan kekejaman orang-orang kafrr Quraisy. Cerdik pandai di kalangan orang-orang kafir Quraisy diminta memerhatikan peribadi orang-orang mu'min yang dianggap mereka sebagai musuh itu.

Kelebihan Surah As-Sajdah
Terdapat satu riwayat 'Abdullah bin 'Abbaas berkenaan kelebihan surah ini, iaitu Rasulullah s.a.w. selalu membaca dalam sembahyang subuh pada hari Jumaat Surah as-Sajdah dan Surah ad-Dahr 
(Shahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab apa yang dibaca pada hari Jumaat, hadits 2,068).

Perkaitan Surah As-Sajdah Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Antara kesalahan pemimpin-pemimpin Quraisy yang tersebut di dalam Surah Luqman ialah mereka
telah mempopularkan لَهْوَ الْحِدِيث (hiburan-hiburan yang melalaikan) untuk menghalang da'wah Islam, mereka juga sombong, tidak mahu mendengar dengan baik seruan Islam, tidak menerima مَا أَنْزَلَ اللهُ apa yang diturunkan oleh Allah) sebaliknya tetap dengan pendirian dan pegangan مَا وَجَدْنَا  عَلَيْهِ آبَاءَنَا(apa yang kami dapati daripada nenek moyang), tidak percaya kepada hari akhirat dan juga melakukan syirik yang merupakan kezaliman yang sangat besar. Di dalam Surah as-Sajdah ini pula sebaliknya dikemukakan sifat-sifat dan peribadi orang-orang Islam yang baik dan shaleh bahawa mereka tidak sombong, sentiasa bertasbih dan bertahmid, bertahajjud, takut kepada tuhan, selalu berdoa kepada tuhan dan mereka juga adalah pemurah (Ayat:15-16).

As-Sajdah 32:15
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِـَٔايَٰتِنَا ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا۟ بِهَا [خَرُّوا۟ سُجَّدًا] وَسَبَّحُوا۟ بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ۩ 
Orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, hanyalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengannya (ayat-ayat Kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, dan mereka tidak menyombongkan diri.

As-Sajdah 32:16
تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ ٱلْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَٰهُمْ يُنفِقُونَ 
Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya, mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan penuh harap, dan mereka menginfakkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.



2. Di dalam Surah as-Sajdah dibuat perbandingan di antara orang-orang mu'min yang berperibadi mulia dan orang-orang yang buruk peribadinya (فاسقين )mereka tidak sama, hasil yang akan diperolehi mereka juga tidak akan sama.

3. Di dalam Surah al-Ahzaab yang akan datang pula dibuat perbandingan di antara para sahabat yang ikhlas dan orang-orang munafiq, betapa berbezanya peribadi kedua golongan itu.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Kepada orang-orang kafir disebutkan dengan terang dan terbuka bahawa tempat tinggal mereka nanti

233

Tiada ulasan:

Catat Ulasan