Tafsir asas quran nota 9(169)11
Yang harus diterima sebagai sebab sebenar bagi ayat itu ialah apa yang terkandung didalam riwayat Jabir. Apa yang tersebut di dalam atsar Ibnu Umar itu pula haruslah
diterima sebagai kesimpulan yang difahaminya daripada ayat berkenaan sahaja.
Bentuk Ketiga: Beberapa orang perawi menyebutkan sebab nuzul bagi sesuatu ayat atau ayat-ayat tertentu, tetapi masing-masing mereka menyebutkan sebab yang berbeza. Isnad salah satu daripadanya sahih, sedang yang lain tidak sahih, maka yang harus diterima ialah riwayat yang sahih.
Contohnya ialah satu riwayat yang dinukilkan daripada Jundabbin Sufyan, kata beliau: "Nabi s.a.w. jatuh sakit. Beliau s.a.w. tidak dapat bangun (beribadat) selama satu atau dua malam. Tiba-tiba datang seorang wanita, lantas dia berkata, "Wahai Muhammad! Aku rasa Syaitanmu memang telah meninggalkanmu. Maka Allah s.w.t. menurunkan firmanNya:
Ad-Dhuhaa 93:1
وَٱلضُّحَىٰ
Ad-Dhuhaa 93:2
وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ
Ad-Dhuhaa 93:3
مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ
Bermaksud: Demi waktu matahari sepenggalahan naik (1) dan demi malam apabila telah sunyi (gelap) (2)
Tuhanmu tiada meninggalkanmu dan tiada (pula) benci kepadamu (3)(ad-Dhuha:1-3).
(Atsar riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad).
Di sana terdapat satu lagi riwayat yang menyebut tentang sebab nuzul ayat-ayat itu. At-Thabaraani, Abu Nu"aim dan Ibnu Abi 'Aashim menukilkan satu riwayat daripada Hafsh
bin Sa'id al-Qurasyi, katanya: ibuku menceritakan kepadaku daripada ibunya, ibunyapernah berkhidmat kepada Nabi s.a"w., katanya: "seekor anak anjing masuk ke dalam
rumah Nabi s.a.w. Ia kemudiannya mati di bawah katil. Selama empat hari Nabi s.a.w berada dalam keadaan tidak menerima apa-apa wahyu. Maka Beliau s.a.w. bersabda,
"Wahai Khaulah! Apakah yang berlaku di dalam rumah Rasulullah (s.a.w.)? Jibril tidakdatang kepadaku"" Jawabnya, "Wahai Rasulallah, tidak ada hari sebaik hari ini." tr-alu beliau s.a.w. memakai selimut dan keluar dari rumah. Aku terus terfikir untuk menyapu dan membersihkan rumah. Apabila aku menghulurkan penyapu ke bawah katil, tiba-tiba aku berasa semacam ada sesuatu benda berat. Aku pun mengheretnya keluar, rupa-rupanya
ia seekor anak anjing yang mati di bawah katil. Aku membuangnya di belakang rumah. Apabila Nabi s.a.w. datang, terus janggut beliau rnenggeletar. Beliau s.a.w. biasanya akan menggeletar bila mendapat wahyu. Pada ketika itu Allah menurunkan firmanNya:
169
Tiada ulasan:
Catat Ulasan