Khamis, November 12, 2020

Sahih Al Bukhari (Bahagian pertama 001)

Sahih Al Bukhari (Bahagian pertama 001)

بسم الله الرحمن الرحيم
 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.¹
___________________________________________________________
 
¹ Kenapa Bukhari memulakan kitabnya hanya dengan Basmalah (membaca/menulis  بسم الله الرحمن الرحيم)? Teknik penulisan imam Bukhari sangat berbeza daripada teknik penulis-penulis lain yang semasa dengan beliau atau yang mendahului beliau. Kerana setiap kali memulakan sesebuah penulisan biasanya mereka akan menjelaskan terlebih dahulu tujuan dan objektif kitab-kitab mereka di dalam muqaddimah atau prakata kitab masing-masing. Paling tidak mereka akan mendahului isi kandungan kitab masing-masing dengan Basmalah (menulis بسم الله الرحمن الرحيم,Hamdalah (الحمدلله), Selawat dan Tasyahhud (ucapan أن شهد لا إله الله dan seterusnya). Tindakan imam Bukhari yang hanya memulakan kitabnya dengan Basmalah (menulis atau membaca   seolah-olahnya menunjukkan beliau tidak mahu terikat dengan teknik penulis-penulis lain. İni sebenarnya menyerlahkan lagi perbezaan dan keunikan kitab beliau berbanding kitab-kitab yang lain. Bagaimanapun tindakan beliau tersebut telah menimbulkan kontroversi, kerana ia kelihatan menyimpang darİpada kehendak hadits. Memang terdapat beberapa hadits yang menyebutkan kepentingan memulakan sesuatu ucapan atau perbuatan yang penting dengan memuji Allah s.w.t. terlebih dahulu, antaranya ialah: 
(1) كُلُّ أَمْرٍ ذِي بَالٍ لَا يُبْدَأُ فِيهِ بِالْحَمْدِ أَقْطَعُ
 Bermaksud:”Segala perkara penting yang tidak dimulakan dengan pujian kepada Allah adalah terputus (daripada mendapat keberkatan).” 
(Hadits riwayat Abu Daud, Nasaa'i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Baihaqi). Nawawi dan Munawi mengatakan hadits ini hasan. 
(2)  كُلُّ كَلَامٍ لَا يُبْدَأُ فِيهِ بِالْحَمْدُ لِلَّهِ فَهُوَ أَجْذَمُ
 Bermaksud: "Setiap ucapan yang tidak dimulakan dengan pujian kepada Allah adalah terputus (daripada mendapat keberkatan).” 
(Hadits riwayat Abu Daud [dan ini adalah lafaznya], Ibnu Majah, Nasaa'i di dalam kitabnya   Abu 'Awanah di awal Mustakhrajnya ke atas Sahih Muslim, Ibnu Hibban, Daraquthni dan lain-lain). 
Ibnu as-Shalah, Nawawi, 'Iraqi dan Hafiz İbnu Hajar mengatakan hadits ini hasan. 

Berkenaan dengan kepentingan Tasyahhud pula, pernah pada suatu ketika Nabi s.a.w. menegur seorang sahabat yang memulakan ucapan khutbahnya tanpa bertasyahhud terlebih dahulu dengan kata Baginda s.a.w.: 
كُلُّ خُطْبَةٍ لَيْسَ فِيهَا تَشَهُّدٌ فَهِيَ كَالْيَدِ الْجَذْمَاءِ
Bermaksud: "Setiap khutbah yang tidak ada Tasyahhud di dalamnya adalah seperti tangan yang berpenyakit kuşta.”
 (Hadits riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ahmad dan Baihaqi). Tirmizi mengatakan hadits ini hasan, sahih, gharib.

Demikanlah keputusan Tirmizi mengikut nuskhah yang ditahqiq oleh Syeikh Ahmad Muhammad Syakir dan Syeikh Muhammad Fu'ad Abdul Baqi. Adapun mengikut nuskhah yang dicetak bersama Tuhfatu al-Ahwazi, maka di dalamnya hanya tersebut hadits ini hasan, gharib.

Tentang kepentingan dan peri mustahaknya bershalawat pada ketika memulakan sesuatu perkara penting juga dianjurkan oleh Nabi s.a.w. di dalam beberapa sabdanya seperti berikut:  
كلُّ أمْرٍ ذي بالٍ لا يُبدَأُ فيهِ بحمْدِ اللهِ، والصَّلاةِ عليَّ؛ فهو أقطَعُ، أبتَرُ، مَمحوقٌ مِن كلِّ بَرَكةٍ.

Bermaksud: "Semua perkara penting yang tidak dimulakan dengan pujian kepada Allah dan shalawat kepadaku adalah terputus, kudung dan terhapus daripada segala keberkatan.” 
(Hadits riwayat Ad-Dailami di dalam Musnad al-Firdausnya dan 'Abdul Qadir Ar-Ruhawi di dalam Arba'innya daripada Abi Hurairah. Demikian tersebut di dalam al-Jami'u al-Kabir karangan as-Suyuthi).
Ibnu Mandah menukilkan hadits ini di dalam Fadha'ilnya dengan lafaz berikut:   :  
 كل كلامٍ لا يُذكرُ اللهُ تعالى فيهِ فيُبْدأُ بهِ ويصلى عليّ فهو أقطعُ ممحوقٌ من كل بركةٍ
Bermaksud: Setiap

1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan