Khamis, November 12, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 13(30)nota10( 224)

Daurah tafsir 2019 sesi 13(30)nota10( 224)

Zaman Diturunkan
Surah ar-Rum diturunkan sebelum hijrah ke Habsyah sekitar permulaan tahun ke-5 Kenabian, di dalam
surah ini telah pun diramalkan bahawa penaklukan orang-orang Farsi yang berterusan itu akan terhenti
dan orang-orang Rum akan mengalahkan orang-orang Farsi. Pada tahun itu juga orang-orang Islam akan
mendapat kemenangan. Sekitar 8 atau 9 tahun kemudian, berita gembira yang tersebut di dalam Surah ar-Rum ini telah menjadi kenyataan dimana orang-orang Rum telah dapat mengalahkan orang-orang Parsi dan pada masa yang sama orang-orang Islam telah mendapat kemenangan dalam peperangan Badar yang berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-2 Hijrah.

Ciri Khusus Surah ar-Rum.
Di dalam Surah ar-Rum tersebut tujuh kali perkataan وَمِنْ آيَاتِهِ   , ia digunakan sebagai menyatakan dalil-dalil tauhid.

Perkaitan Surah ar-Rum Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah al-'Ankabut tersebut bermacam-macam ujian dihadapi oleh penganut-penganut Islam, di dalamnya juga tersebut tentang hijrah sementara di dalam Surah ar-Rum ini pula disebutkan dua perkara sebagai hasil daripada hijrah iaitu janji kemenangan dan pertolongan dari Allah yang mana telah menjadi kenyataan dalam bentuk kemenangan dalam perang Badar.

2. Mesej utama Surah ar-Rum ialah untuk membuktikan kebenaran hari kiamat dan hari akhirat dan
surah ini berakhir dengan kata  لَا يُوقِنُونَ (mereka tidak akan yakin dan percaya). Di dalam Surah Luqman selepas ini di dalam bahagian permulaan dan pendahuluannya lagi telah disebutkan sifat-sifat محسنين  dan mereka disifatkan  وَهُمْ بِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (mereka percaya dan yakin).

3. Di dalam Surah ar-Rum ini juga dikemukakan bermacam-macam dalil tauhid dan dalil-dalil tentang
wujudnya hari kemudian, di dalam Surah Luqman selepas ini pula dikemukakan dalil-dalil tauhid dan dalil-dalil untuk menolak kesyirikan.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah.
1. Salah satu tema terpenting Surah ar-Rum ialah akhirat dan pertemuan (لقاء) dengan Allah di akhirat.
(a) Di dalam surah ini dinyatakan bahawa masalah sebenar ramai manusia ialah mereka tidak mempercayai hari kemudian dan tidak mempercayai juga pertemuan dengan tuhan (Ayat: 8).وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ ٱلنَّاسِ بِلِقَآئِ رَبِّهِمْ لَكَٰفِرُونَ 

Ar-Rum 30:8
أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا۟ فِىٓ أَنفُسِهِمۗ مَّا خَلَقَ ٱللَّهُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَآ إِلَّا بِٱلْحَقِّ وَأَجَلٍ مُّسَمًّىۗ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ ٱلنَّاسِ بِلِقَآئِ رَبِّهِمْ لَكَٰفِرُونَ 
Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan dalam waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar mengingkari pertemuan dengan Tuhannya.


(b) Kepada orang-orang yang tidak percaya akan bertemu dengan Allah bahkan mendustakannya diberikan berita buruk akan mendapat azab seksaan (Ayat:16).

224

Tiada ulasan:

Catat Ulasan