Khamis, November 26, 2020

Sahih muslim kitab iman sesi 33(077-080)s

Sahih muslim kitab iman sesi 33(077-080)s

باب بَيَانِ حَالِ إِيمَانِ مَنْ قَالَ لأَخِيهِ الْمُسْلِمِ يَا كَافِرُ: 
Bab Perihal Iman Seseorang Yang Mengatakan kepada Saudara SeIslamnya, Wahai Si Kafir²²⁸

٤٩-عُمَرَ يَقُولُ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّمَا امْرِئٍ قَالَ لأَخِيهِ يَا كَافِرُ. فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا إِنْ كَانَ كَمَا قَالَ وَإِلاَّ رَجَعَتْ عَلَيْهِ.
49- Ibnu'Umar r.a. meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa berkata kepada saudaranya: "Wahai Si Kafir!", kata-katanya itu akan mengenai salah seorang
daripada mereka berdua. Jika apa yang dikatanya itu benar, maka ia mengenai orang yang dipanggil. Jika tidak (benar), maka ia²²⁹ akan mengenai pemanggil.²³⁰

باب بَيَانِ حَالِ إِيمَانِ مَنْ رَغِبَ عَنْ أَبِيهِ وَهُوَ يَعْلَمُ:
Bab Menerangkan Keadaan Iman Orang Yang Bencikan Bapanya Dalam Keadaan Dia Tahu.²³¹

٥٠-عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَيْسَ مِنْ رَجُلٍ ادَّعَى لِغَيْرِ أَبِيهِ وَهُوَ يَعْلَمُهُ إِلَّا كَفَرَ وَمَنْ ادَّعَى مَا لَيْسَ لَهُ فَلَيْسَ مِنَّا وَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ أَوْ قَالَ عَدُوَّ اللَّهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ
50- Abu Dzar²³² r.a. meriwayatkan, katanya: Dia mendengar Rasulullah s.a.r,v. bersabda: Sesiapa saja yang mendakwa orang lain (bukan bapanya sebagai bapanya, padahal dia
tahu bahawa itu bukan bapanya, maka dia jadi kafir.²³³ Dan sesiapa mendakwa sesuatu yang bukan miliknya,²³⁴ maka bukanlah dia dari kalangan kita (orang-orang Islam yang
sebenar).²³⁵ Tempatnya ialah di neraka.²³⁶  Dan sesiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan ''kafir" atau "musuh Allah", padahal orang yang dipanggilnya itu bukan demikian, maka ucapannya itu kembali kepada dirinya sendiri.²¹⁷

باب حكم إيمان من اتنسب لغير أبيه وهو وإيمان من ادعى لنفسه ماليس له
Bab Berkenaan Status Iman Orang Yang Menisbahkan Diri Kepada Bukan Bapanya Dalam  Keadaan Dia Mengetahui, Juga Iman Orang Yang Mendakwa Miliknya Apa Yang Bukan Miliknya.²³⁸

٥١- عَنْ  أَبِي هُرَيْرَةَ يَقُولُا إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَرْغَبُوا عَنْ آبَائِكُمْ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ أَبِيهِ فَهُوَ كُفْرٌ
51- Abu Hurairah meriwayatkan, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu membenci bapamu. Sesiapa yang benci kepada bapanya,²³⁹ maka itu adalah
kekufuran.²⁴⁰

٥٢-عن سَعْدَ بْنَ أَبِي وَقَّاصٍ يَقُولُا سَمِعَ أُذُنَايَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ مَنْ ادَّعَى أَبًا فِي الْإِسْلَامِ غَيْرَ أَبِيهِ يَعْلَمُ أَنَّهُ غَيْرُ أَبِيهِ فَالْجَنَّةُ عَلَيْهِ حَرَامٌ فَقَالَ أَبُو بَكْرَةَ وَأَنَا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ



52- Sa'ad bin Abi Waqqaash r.a.²⁴¹ meriwayatkan, katanya: Dua telingaku ini telahmmendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "sesiapa yang menda'wa seseorang sebagai
bapanya setelah dia memeluk agama Islam, padahal dia tahu orang itu bukan bapanya,²⁴² haramlah kepadanya syurga.²⁴³ Kata Abu Bakrah r.a.. "Aku juga mendengar Rasulullah berkata demikian.


___________________________________________________________
²²⁸ Ini ialah tajuk yang dibuat oleh Qadhi 'Iyaadh, Imam Nawawi dan kebanyakan penyusun matan Sahih Muslim. Tajuk ini dipersetujui al-Itsyubi. Al-Ubbi membuat tajuk begini di sini: 
باب تكفير الرجل أخاه 
(Bab Berkenaan dengan Seseorang Yang Mengkafirkan Saudaranya), 
as-Sanusi pula membuat tajuk begini: 
باب من قال لأخيه كافر 
(Bab Berkenaan Sesiapa Yang Mengatakan Kepada
Saudaranya (Si)Kafir. 

Begini pula tajuk yang dibuat Al-Qurthubi:
باب إثم من كفر مسلما أو كفر حقه 
(Bab Dosa Orang Yang Mengkafirkan Seorang Islarn Atau Mengkufuri Haknya).

²²⁹Ya'ni lafaz kafir itu berserta dosanya sekali.

²³⁰Jika orang yang dikafirkannya itu sebenarnya tidak kafir, maka dia berdosa kerana berdusta dan memfitnah. Dan jika ia menganggap perbuatannya itu halal, maka dia benar-benar menjadi kafir. 

Antara pengajaran dan panduan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 
(1)Seseorang Muslim hendaklah menjaga keharmonian masyarakat Islam. 
(2) Orang Islam hendaklah berhati-hati jangan sampai menuduh seseorang dengan tuduhan yang bukan-bukan. (3)Tuduhan kafir ialah suatu pertuduhan yang sangat berat terhadap seseorang. Ia bole mendatangkan dosa sekiranya tersilap. 
(4) Kesilapan dalam  membuat pertuduhan akan menjejaskan kredibiliti seseorang. 
(5) Seorang muslim tidak boleh terburu-buru. Ia tidak boleh
bercakap sesuka hatinya dan dengan mudah membuat tuduhan sewenang-wenangnya.

²³¹Beginilah tajuk bab yang dibuat oleh Qadhi 
'lyaadh, Imam Nawawi dan kebanyakan 'ulama'.
Al-ltsyubi membuat tajuk begini'
 باب حكم إيمان انتسب لغير أبيه وإيمان من ادعى لنفسه ما ليس منه
(Bab Hukum Iman Orang Yang Mengaku Bapa Orang Yang Bukan Bapanya Dalam Keadaan Dia Tahu, Dan Hukum Iman Orang Yang Mendakwa Miliknya Apa Yang Bukan Miliknya).

Al-Ubbi dan al-Sanusi tidak membuat sebarang tajuk untuk hadits-hadits berikut kecuali pada hadits.سباب المسلم فسوق
(Memaki Orang Islam Itu adalah Kefasikan) sahaja. Kedua-dua mereka memasukkan hadits-hadits berikut di bawah tajuk bab sebelumnya. Demikian juga dilakukan oleh al-Qurthubi.

²³²Beliau ialah Abu Dzar al-Ghifaari al-Madani, namanya ialah Jundub bin Junaadah bin Sufyan bin 'Ubaid bin Haraam bin Ghifaar. Beliau ialah seorang sahabat yang terkenal. Memeluk Islam di peringkat awal, tetapi lewat berhijrah. Kerana itu beliau tidak ikut serta dalam peperangan Badar. Abu Dzar meninggal dunia di Rabazah pada tahun 32H di zaman pemerintahan Saiyyidina
'Utsman r.a. Di sana juga beliau dikebumikan.

²³³ Perkataan "kafir" di sini mungkin telah dipakai dengan ma'na kafir yang sebenar; yang mengeluarkan seseorang daripada agama Islam. Keadaan ini akan berlaku sekiranya dia mengangga perbuatan seperti itu halal, kerana pada hakikatnya dia telah menghalalkan apa yang jelas haramnya dalam agama Islam. Mungkin juga kafir di sini dipakai dengan ma'na kufur ni'mat atau tidak mengenang budi seseorang; di mana dia telah mengkufuri ni'mat seorang bapa, lantaran perbuatannya mengakui orang lain sebagai bapanya itu adalah satu bentuk pertuduhan,
pembohongan atau penderhakaan terhadap bapanya. Kufur jenis ini tidaklah mengeluarkan seseorang daripada agama Islam, meskipun ia adalah satu dosa besar.

²³⁴Sama ada yang berkait dengan hak milik orang lain atau tidak, seperti ilmu atau kedudukan yang tidak dimilikinya.

²³⁵ Maksudnya ialah orang itu berdosa dan tidak termasuk dalam golongan orang-orang Islam yang mendapat petunjuk. Mungkin juga ia bererti perbuatannya itu tidak mencerminkan peribadi seorang Islarn sebenar. Kata-kata Nabi s.a.w. ini sama seperti seorang bapa yang berkata kepada anaknya yang jahat. '"engkau bukan anakku". Begitulah keadaannya jika dia tidak menganggap
perbuatannya itu halal. Sekiranya dia menganggap perbuatannya itu halal, maka dia boleh menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam.

²³⁶ Kata-kata Nabi s.a.w. ini boleh jadi sebagai doa Rasulullah s.a.w. untuk orang yang bersifat begitu. Boleh jadi juga sebagai pemberitahuan, sekiranya dia menganggap perbuatannya itu halal. Walaupun begitu, Allah s.w.t. tetap boleh mengampunkan sesiapa jua yang dikehendakiNya.

²³⁷ Sekiranya dia menganggap perbuatan tersebut halal, maka betul-betul jadi kafirlah dia. Sekiranya tidak, maka ia adalah kufur ni'mat (ni'mat persaudaraan sesama Islam) dan dia berdosa kerananya. Antara pengajaran dan panduan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah:
(1) Kepentingan menjaga institusi kekeluargaan dalam Islam. 
(2) Islam hanya membenarkan seseorang itu dibinkan kepada bapanya yang sebenar. 
(3) Tidak boleh malu daripada mengucapkan yang benar. (4) Orang Islam perlu menjaga nama baiknya dan nama baik keluarganya. 
(5) Kesilapan tidak diambil kira dalam Islam. 
(6) Seorang Islam perlulah menghargai dan menghormati orang tuanya. 
(7) Tidak dibenarkan menda'wa memiliki sesuatu yang tidak dimiliki. 
(8) Seorang Islam perlu teliti dalam percakapannya. 
(9) Tidak dibenarkan membuat tuduhan sembarangan. 
(10) Lafaz kafir atau kufur yang disebutkan di dalam hadits tidak semestinya merujuk kepada kufur hakiki, begitu juga dengan rangkai kata 'bukan dari kalangan kita'.

²³⁸ Tajuk ini dibuat oleh al-ltsyubi. Qadhi 'Iyaadl-r, Imam Nawawi dan kebanyakan penyusun matan Sahih Muslim masih meletak hadits ini di bawah bab sebelum ini. Al-Ubbi. as-Sanusi dan al-Qurthubi juga tidak membuat apa-apa tajuk di sini.

²³⁹ dengan cara tidak suka dikaitkan atau dibinkan kepada bapanya yang sebenar. 

²⁴⁰ Perkataan kekufuran yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di sini adalah kekufuran hakiki, sekiranya ia menganggap perbuatan itu halal. Atau kufur ni'mat (kufur majazi), sekiranya ia tidak menganggapnya halal. Bagaimanapun ia tetap berdosa kerananya. Perbuatan itu dikatakan 'kekufuran' kerana ia hanya layak dengan orang-orang kafir.


²⁴¹ Nama sebenar bapa Sa'ad ialah Malik bin Wuhaib atau Uhaib bin 'Abdi Manaf bin Zuhrah binnKilab. Sa'ad telah meny'ertai peperangan Badar dan semua peperangan lain. Beliau ialah salah seorang daripada sepuluh orang sahabat yang  telah dijanjikan syurga kepada mereka oleh
Rasullah s.a.w. Beliau juga adalah yang terakhir rneninggal dunia di kalangan mereka. Selain merupakan salah seorang daripada enam orang ahli majlis Syura, Sa'ad juga merupakan orang yang pertama memanah fi-sabilillah dan salah seorang yang mahir berkuda. Keistimewaan-
keistitnewaan beliau tidak terkira banyaknya. Beliau meriwayatkan sebanyak 270 (duaratus puluh) buah hadits. Sa'ad bin Abi Waqqaash meninggal dunia pada tahun 55H ketika bemmur 74 tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhir di dalam mahligainya di al-'Aqiq yang terletak
sejauh 10 batu dari Madinah. Jenazah beliau di bawa ke Madinah dan disembahyangkan di sana.
Marwan yang pada ketika itu merupakan gabenor Madinah telah mengimami sembahyang jenazahnya. Sa'ad bin Abi Waqqaash adalah salah seorang sahabar disemadikan di tanah perkuburan Baqi.

²⁴² Maksud hadits ialah da'waan itu dibuat oleh seseorang setelah dia memeluk agama Islam dan sudah pun mengetahui tentang keharamannya. 

²⁴³ Haramlah kepadanya syurga ini boleh ditafsirkan dengan beberapa cara: 
(1) Sekiranya seseorang itu menganggap perbuatannya halal padahal dia sudah mengetahui tentang keharamannya tanpa sebarang keraguan lagi, syurga itu memang diharamkan kepadanya dan tempatnya ialah di neraka. Ini kerana hanya Allah s.w.t. jua yang boleh menghalalkan atau mengharamkan sesuatu. 
(2) orang itu tidak boleh memasuki syurga yang istimewa. (3) Orang itu tidak boleh memasuki syurga dengan cepat, selamat, atau bersama mereka yang disifatkan oleh
Allah swt. sebagai orang yang berjaya. 
(4) Dia akan diseksa terlebih dahulu sebelum dibenarkan
memasuki syuga, kecuali Allah s.w.t. mengampunkannya.

Antara kesimpulan yang dapat dipetik daripada hadits ini ialah: 
(1) Dilarang mendakwa seseorang sebagai bapa sebenar,
padahal ia bukan bapa sebenar. Sama ada untuk diri sendiri atau untuk orang lain. 
(2) perbuatan memalsukan bapa itu secara tidak langsung akan memalsukan ma'lumat-ma'lumat lain yang
bersangkut-paut dengan seorang bapa, misalnya hukum mahram, wali, masalah pusaka, urusan nikah kahwin dan perkara yang berkaitan dengannya. 
(3) Perbuatan melanggar undang-undang dalam keadaan tahu dan sedar adalah lebih teruk daripada sebaliknya, sekiranya ia dilakukan dengan niat menghina undang-undang. 
(4) Adakalanya sesuatu perbuatan kelihatan remeh sahaja,
tetapi akibatnya buruk sekali. Agama Islam menerangkan kepada manusia apakah perbuatan-perbuatan berbahaya yang kelihatan remeh itu dan melarang mereka daripadanya. Begitu juga dengan perbuatan-perbuatan yang kelihatan kecil, tetapi ganjarannya besar sekali. Islam tentu
akan menggalakkan penganut-penganutnya supaya mengerjakannya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan