Tafsir asas quran nota 9(173)11
kedua-dua mereka, dengan mengatakan peristiwa Hilal berlaku terlebih dahulu, kemudian baru peristiwa 'Uwaimir lalu ayat-ayat tersebut turun berkenaan dengan kedua-dua
mereka - hingga beliau berkata - tidak ada halangan untuk adanya beberapa sebab bagi turun ayat-ayat tertentu. (Lihat Fathul Baari j.8 m/s 450)"
Bentuk Keenam: Bentuk keenam ialah keadaan di mana beberapa peristiwa tidak mungkin dijama' sebagai sebab nuzul bagi ayat tertentu. Ini kerana jauhnya zaman
masing-masing daripada peristiwa-peristiwa itu berlaku. Riwayat-riwayat yang mengemukakannya pula lebih kurang sama taraf kesahihannya. Dalam keadaan ini ayat yang dikaitkan dengan peristiwa-peristiwa tertentu sebagai sebabnya hendaklah dianggap telah diturun beberapa kali.
Antara contohnya ialah hadits yang diriwayatkan oleh al-Musaiyyab, kata beliau: "Ketika Abu Thalib hampir meninggal dunia, Rasulullah s.a.w. masuk menemuinya. Pada ketika itu Abu Jahal dan 'Abdullah bin Abi Umaiyyah ada dekat Abu Thalib. Nabi s.a.w. berkata, "Wahai Pak Cik, ucaplah ,لا إله إلا الله supaya dapat aku membelamu dengannya di hadapan Allah. Maka Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umaiyah ada dekat Abu Thalib. Nabi saw berkata, Wahai Aba Thalib, apakah engkau tidak suka kepada agama Abdil Mutthalib? Mereka berdua terus bercakap-cakap dengan Abu Thalib sehinggalah dia berkata "Aku berada di atas agama "Abdil Mutthalib.
Pada waktu itu Nabi s.a.w. berkata, Aku pasti akan beristighfar untukmu selagi aku tidak ditegah. Maka turunlah ayat:
At-Taubah 9:13
أَلَا تُقَٰتِلُونَ قَوْمًا نَّكَثُوٓا۟ أَيْمَٰنَهُمْ وَهَمُّوا۟ بِإِخْرَاجِ ٱلرَّسُولِ وَهُم بَدَءُوكُمْ أَوَّلَ مَرَّةٍۚ أَتَخْشَوْنَهُمْۚ فَٱللَّهُ أَحَقُّ أَن تَخْشَوْهُ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
Bermaksud: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka. (at-Taubah: 113).
(Hadits riwayat Bukhari, Muslim, Nasaa'i, Ahmad, Haakim dan lain-lain).
Di dalam riwayat-riwayat lain pula tersebut dua lagi sebab bagi turunnya ayat 113 Surah at-Taubah tadi.
(i) Hadits yang dikemukakan oleh at-Tirmidzi dan lain-lain daripada 'Ali. At-Tirmidzi menghasankannya. Kata 'Ali, "Pernah aku mendengar seseorang beristighfar untuk kedua ibu bapanya yang musyrik. Terus aku bertanya, "Engkau beristighfar untuk kedua ibu
173
Tiada ulasan:
Catat Ulasan