Isnin, November 02, 2020

Tafsir asas quran nota 8(120).

Tafsir asas quran nota 8(120).

(15) Antara Ayat-Ayat Muhkamaat Dan Ayat-Ayat Mutasyabihaat.
Sebelum pergi lebih jauh, para pelajar Tafsir al-Qur'an perlu mengetahui perbezaan pandangan 'ulama' tentang apa yang dinamakan sebagai ayat-ayat muhkarnaat dan ayat-
ayat mutasyabihaat. Apa yang disepakati sebagai ayat-ayat mutasyabihaat dan apa pula yang tidak disepakati.

Di sana terdapat tiga pendapat 'ulama' Tafsir tentangnya:
(1) Ada 'ulama' mengatakan ayat-ayat al-Qur'an itu semuanya muhkamaat. Dalilnya disisi mereka ialah firman Allah berikut:

Hud 11:1
الٓرۚ كِتَٰبٌ أُحْكِمَتْ ءَايَٰتُهُۥ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِن لَّدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ 
Bermaksud: Alif, Laam, Raa. Al-Qur'an sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan
penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Huud: 1 ).

Bagi mereka sebabnya semua ayat al-Qur'an itu muhkamaat ialah kerana:
(a) Susunan bahasanya semuanya teguh dan kukuh. 
(b) Semua dalil dan buktinya kuat dan teguh. 
(c) Setiap ayatnya benar dan betul. 
(d) Setiap ayat al-Qur'an bersih daripada segala kekurangan dan terpelihara daripada kesilapan, sama ada pada perkataan atau ma'nanya. 
(e) Ia penuh dengan hikmat dan dan mashlahah. 
(f) Al-Qur'an adalah kalam Allah, Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi lvlaha Mendalam llmuNya, maka sudah tentulah ia penuh dengan kebijaksanaan dan ilmu yang tepat dan kemas. 
(g) Tidak ada didalamnya perkara sia-sia dan senda gurau. Semuanya tegas dan bukan main-main (serius). 
(h) Ia terpelihara daripada segala bentuk kebatilan dan penyelewengan.

Apa yang dikemukakan sebagai sebab bagi muhkamnya (teguh dan kukuhnya) semua dalam ayat-ayat al-Qur'an itu terkandung dalam ayat 1 Surah Huud yang dibentangkan di atas.

Pendapat (1) ini sebenarnya memakai perkataan muhkam atau muhkamaat dalam makna bahasa 'Arabnya semata-rnata. Ia tiada kaitan dengan makna istilahinya yang terpakai dalam 'Ulum al-Qur'an. Memanglah menurut bahasa 'Arab muhkam bererti teguh,

120

Tiada ulasan:

Catat Ulasan