Isnin, November 02, 2020

Tafsir asas quran nota 8(121).

Tafsir asas quran nota 8(121).

kukuh, kuat, kemas, teratur dan tersusun dengan baik, benar, betul dan lain-lain seperti telah disebutkan di atas tadi.
(2) Ada yang mengatakan kesemua ayat-ayatnya mutasyabihaat. Dalilnya ialah firman Allah di bawah ini:

Az-Zumar 39:23
ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ ٱلْحَدِيثِ كِتَٰبًا مُّتَشَٰبِهًا مَّثَانِىَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَهْدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُضْلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنْ هَادٍ 
Bermaksud: Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci al-Qur'an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan
indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada
Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan al-Qur'an itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya" (az-Zumar:23)

Mutasyabihaat dari segi bahasanya bererti saling menyerupai atau bersamaan antara satu dengan yang lain"
Sebabnya semua ayat al-Qur'an itu mutasyabihaat ialah kerana:
(a) Kefasihan dan kesenian bahasanya sama. 
(b) Kebenaran yang terdapat di dalam semua ayat-ayatnya adalah serupa dan sama. 
(c) Setiap ayat di dalamnya merupakan mu'jizat dan turun daripada Allah, ia bukan hasil karangan manusia, semuanya adalah sama antara satu dengan yang lain. 
(d) Saling membenarkan, menyokong dan mentafsirkan satu sama lain. 
(e) Kesamaan dan keserupaan yang sempurna membuatkan ayat-ayatnya tidak bercanggah dan bertentangan antara satu dengan yang lain.

Kedua-dua pendapat yang dikemukakan di atas, baik tentang muhkam atau mutasyabih tidak dipakai dalam ma'na istilahinya, malah ma'na-ma'na yang diberikan itu hanya menurut bahasa 'Arab semata-mata.

121

Tiada ulasan:

Catat Ulasan