Isnin, November 02, 2020

Tafsir asas quran nota 8(128).

Tafsir asas quran nota 8(128).

dengan mereka) dan (sebaliknya) berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain), sampai dua, tiga atau empat.

(b)Mutasyabih kerana tafshil (متشابه للتفصيل والبسط)Antara contohnya di dalam al-quran ialah firman Allah di bawah ini:

Ash-Shura 42:11
فَاطِرُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِۚ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًا وَمِنَ ٱلْأَنْعَٰمِ أَزْوَٰجًاۖ يَذْرَؤُكُمْ فِيهِۚ لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ 
Bermaksud: Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang
ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang serupa
denganNya. Dialah yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (as-syura:11).


Pada bahagian yang bergaris di bawahnya di dalam firman Allah di atas itulah ada apa yang dinamakan 'Mutasyabih kerana tafshil' (متشابه للتفصيل والبسط). Kerana huruf ك yang
bercantum di permulaan perkataal  مثله itu adalah huruf tambahan ( زائدة  ). Jika tidak dikatakan ia huruf tambahan , niscaya tidak akan benar ma'nanya. Kalau dikatakan  ليس مِثّلَهُ شيء، tanpa huruf ك itu, niscaya lebih mudah difaham oleh manusia biasa.

(c) Mutasyabih kerana susunan ayat (متشابه لنظم الكلم). Antara contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah di bawah ini:
Al-Kahf 18:1
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ ٱلْكِتَٰبَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ 
Al-Kahf 18:2
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعْمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا 
Bermaksud: Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamtraNya Al-Kitab (Al-Quran) dan Dia tidak mengadakan sebarang kebengkokan di dalamnya(1) sebagai bimbingan yang lurus dan betul, untuk memperingatkan siksaan yang sangat pedih dari sisiNya dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal saleh" bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik" (2) (al-Kahfi:1-2).

128

Tiada ulasan:

Catat Ulasan