Isnin, November 02, 2020

Tafsir asas quran nota 8(129).

Tafsir asas quran nota 8(129).

Bahagian yang bergaris atau kurungan  di dalam firman Allah di atas adalah yang berkenaan. Menurut keterangan lbnu 'Abbaas, Mujahid dan az-Zamakhsyari tertib asal ayat itu ialah: الكتاب قيّما ولم يجعل له عوجا . Kerana  قيّما menjadi hal kepada الكتاب. Ia sepatutnya terletak terus selepasالكتاب
. Tetapi di sini ia dipisahkan dengan satu jumlah (ayat) lain yang sepatutnya terletak selepasnya. Antara rahsia kenapa Allah mengatur ayat itu demikian pada pandangan al-
'Allamah Mahmud al-Aalusi ialah oleh kerana lafaz قيّما merupakan sifat musyabbahah dan sighah mubalaghah, tidak mengapa kalau ia dipisahkan daripada Sahibul Halnya".

Oleh kerana tidak ada pula benda (khususnya kitab) di dunia ini yang langsung tidak ada kurang dan cacatnya, maka segera diletakkan  ولم  يجعل له عوجا   terus seleps الكتاب. Tujuannya ialah untuk menafikan kekurangan atau kecacatan di dalam  yang diturunkan itu. Kerana pada kebiasaannya menurut hukum adat, tidak ada benda yang
langsung tidak kurang. Sedikit sebanyak tentu ada kurang dan cacatnya.Ia ditaqdimkan (didahulukan) untuk ihtiraas (menjaga supaya tidak disalah faham) dan ihtimaam
(mengambil berat tentang sesuatu yang patut diambil berat).

Mutasyabih dari sudut ma'na terdapat di dalam ayat-ayat yang mengandungi cerita  tentang sifat-sifat Allah dan juga hal ehwal alam akhirat.

Mutasyabih dengan sebab lafaz dan ma'na pula terbahagi kepada lima bahagian.
(a) Kerana bilangan, jumlah atau kuantiti dan umum serta khusus sesuatu perkara tidak
jelas (متشبه من جهة الكمية). Antara contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah dibawah ini:

At-Taubah 9:5
فَإِذَا ٱنسَلَخَ ٱلْأَشْهُرُ ٱلْحُرُمُ فَٱقْتُلُوا۟ ٱلْمُشْرِكِينَ حَيْثُ وَجَدتُّمُوهُمْ وَخُذُوهُمْ وَٱحْصُرُوهُمْ وَٱقْعُدُوا۟ لَهُمْ كُلَّ مَرْصَدٍۚ فَإِن تَابُوا۟ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُا۟ ٱلزَّكَوٰةَ فَخَلُّوا۟ سَبِيلَهُمْۚ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 
Apabila telah habis bulan-bulan haram, maka perangilah orang-orang musyrik di mana saja kamu temui, tangkaplah dan kepunglah mereka, dan awasilah di tempat pengintaian. Jika mereka bertobat dan melaksanakan shalat serta menunaikan zakat, maka berilah kebebasan kepada mereka. Sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.


Bermaksud: Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu  menemuinya dan tawanlah mereka dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya. Jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu). Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani. (at-Taubah : 5).

129

Tiada ulasan:

Catat Ulasan