Selasa, November 03, 2020

Tafsir asas quran nota 8(131).

Tafsir asas quran nota 8(131).

Lihat bahagian yang bergaris(atau kurungan) Orang yang tidak mengetahui latar belakang adat dan ritual
orang-orang kafir di zaman Nabi s.a.w dan tidak mengetahui pula sebab nuzul ayat di atas tidak akan faham maksudnya dengan semata-mata memerhati dan membacanya.

(d) Kerana syarat sah atau tidaknya sesuatu perbuatan (seperti sembahyang, zakat, nikah dan sebagainya) tidak jelas (متشابه من الشّروط التي بها يصحِ الفعل أو يفسد). Antara contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah ini:

Al-Baqarah 2:43
وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ 
Bermaksud: Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah kamu bersama-sama orang-orang yang  ruku'  (al-Baqarah:43).

Apakah perintah mendirikan shalat dan menunaikan zakat itu perlu dilaksanakan tanpa sebarang syarat? Tentu tidak. Apakah shalat dan zakat itu dikira sah walaupun syarat-
syaratnya tidak dipenuhi? Tentu tidak. Tidak adakah pula perkara-perkara yang boleh merosakkannya? Tentu ada. Tetapi di dalam ayat yang sama tidak ada keterangan
tentangnya. Maka jadilah ia mutasyabih. Walaupun keterangan tentangnya boleh ditemui dalam ayat-ayat atau dalil-dalil yang lain.
(e) Kerana masa turunnya ayat tidak jelas (مشابه من جهة الزمان). Sedangkan penentuan Nasikh dan Mansukh sesuatu ayat misalnya terhenti atas pengetahuan mengenainya.
Antara contohnya di dalam al-Qur'an ialah firman Allah di bawah ini:

Aal-e-Imran 3:102
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ [ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ]ۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ 

Wahai orang-orang yang beriman![ Bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa] kepada-Nya dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.(Aali " Imraan: 102).

Melalui ayat ini Allah memerintahkan orang-orang yang beriman supaya bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Melalul ayat 16 dari Surah at-Taghaabun yang akan datang pula Allah memerintahkan supaya orang-orang yang beriman bertaqwa kepada Allah menurut kesanggupan mereka sahaja. Di sini sudah ada pertentangan di antara dua ayat berkenaan. Untuk menghilangkan pertentangan itu sesetengah 'ulama'


131

Tiada ulasan:

Catat Ulasan