Selasa, November 03, 2020

Tafsir asas quran nota 8(132).

Tafsir asas quran nota 8(132).

berpendapat ayat 102 dari Surah Aali "Imraan dimansukhkan oleh firman Allah di bawah ini:

At-Taghabun 64:16
فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسْتَطَعْتُمْ وَٱسْمَعُوا۟ وَأَطِيعُوا۟ وَأَنفِقُوا۟ خَيْرًا لِّأَنفُسِكُمْۗ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِۦ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ 
Bermaksud: Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta ta"atlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu. Dan sesiapa
yang dipelihara dari tabiat bakhilnya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. (at-Taghaabun: 16).

Tetapi pendapat ini tidak kuat, kerana tidak dapat dipastikan mana satu daripada dua ayat di atas diturunkan dahulu dan mana yang diturunkan kemudian. Kerananya ia menjadi mutasyabih. Adalah lebih baik dipakai kedua-dua ayat tersebut berlandaskan qaedah jama', dengan mengatakan ayat 102 dari Surah Aali 'Imraan itu berkaitan dengan "aqidah atau amalan-amalan agama yang wajib. Sementara ayat 16 dari Surah at-Taghaabun pula
berkaitan dengan amalan-amalan sunat dalam agama yang dilakukan dengan anggota badan.
Daripada keterangan yang lalu dapat disimpulkan bahawa apa yang dibincangkan oleh para mufassirin berhubung dengan perkara-perkara yang termasuk dalam mutasyabihaat itu tidak terkeluar daripada pembahagian yang telah dibentangkan sebelum ini. Ia secara
ringkasnya ada tiga macam.

(l) Mutasyabihaat yang langsung tidak ada jalan untuk mengetahuinya, seperti hakikat sifat-sifat Allah dan perkara-perkara ghaib yang lain.

(2) Mutasyabihaat yang dapat diketahui melalui kajian dan penguasaan qaedah-qaedah tertentu, seperli qaedah bahasa'Arab, qaedah Usul Fiqh dan sebagainya.

(3) Mutasyabihaat yang dapat diketahui dan dicapai oleh sesetengah orang yang mantap ilmu agamanya sahaja. Ia berada di antara mutasyabihaat dari bahagian (1) dan
mutasyabihaat dari bahagian (2) tadi. Dengan kemantapan ilmunya ia dapat menentukan makna lafaz-lafaz musytarak misalnya berpandukan tanda-tanda dan petunjuk-petunjuk
tertentu.

132

Tiada ulasan:

Catat Ulasan