Ahad, November 08, 2020

Tafsir asas quran nota 9(155)10

Tafsir asas quran nota 9(155)10


Aal-e-Imran 3:103
وَٱعْتَصِمُوا۟ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا۟ۚ وَٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَآءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِۦٓ إِخْوَٰنًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمْ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ 


Bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu ta'at akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu niscaya rnereka akan
rnengembalikanmu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. (100) 
Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhamrnad saw)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya dia telah beroleh petunjuk hidayat ke jalan yang betul (lurus). (101). 
Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah
kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (102)
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah ni"mat Allah kepadamu ketika kamu bermusuh- musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan ni"mat Islam), maka menjadilah kamu dengan ni"mat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu sernasa jahiliah),lalu Allatr selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan ni'mat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepadamu ayat-ayat keteranganNya. supaya kamu mendapat petunjuk.(103). (Aali' Imraan: 100-103)"

Tujuan ayat-ayat itu diturunkan ialah untuk mengingatkan umat Islam agar berwaspada terhadap hasutan dan fitnah yang ditimbulkan oleh Ahlil Kitab (Yahudi dan Nashara). Ia
juga bertujuan mengancam mereka daripada perselisihan dan perpecahan, selain menggalakkan mereka supaya bersatu-padu dan bersaudara.

(2) Kesilapan teruk yang berlaku dalam sesuatu perbuatan atau pekerjaan seseorang. Lalu Allah menurunkan firmanNya untuk memperbetulkan kesilapan itu dengan menyatakan hukumnya. Keadaan seperti itu pernah berlaku kepada salah seorang sahabat yang tersasul dalam bacaan Surah al-Kaafirun ketika sedang bersembahyang kerana mabuk.
Maka turunlah ayat berikut:

155

Tiada ulasan:

Catat Ulasan