Khamis, November 12, 2020

Tafsir asas quran nota 9(159)10.

Tafsir asas quran nota 9(159)10.

(a) Lihat firman Allah herikut:

Al-An'am 6:145
قُل لَّآ أَجِدُ فِى مَآ أُوحِىَ إِلَىَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُۥٓ إِلَّآ أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُۥ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ ٱللَّهِ بِهِۦۚ فَمَنِ ٱضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ 
Bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya
melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah" Kemudian sesiapa yang terpaksa(memakannya kerana dharurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" (al-An'aam:145)"

Ayat ini secara zahimya menghadkan benda-henda yang haram dimakan kepada apa-apa yang tersebut di dalamnya sahaja. Sedangkan jika diteliti kepada sebab turunnya, maka bukan begitu seharusnya ia difahami. Itulah sebabnya Imam as-Syafi'e berkata, "Oleh kerana orang-orang kafir mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah dan menghalalkan yang diharamkanNya dan sudah menjadi tabi'at mereka pula melawan dan menyalahi segala hukum Allah, maka ayat ini diturunkan sernata-mata untuk
membatalkan hukum dan sikap mereka yang salah itu. Allah seolah-olahnya berfirman,
"Apa yang kamu haramkan itulah yang halal dan apa yang kamu halalkan itulah sebenarnya yang haram." Keadaan firman Allah ini sama seperti apabila dikatakan
kepada seseorang misalnya, "Hari ini jangan sama sekali engkau makan makanan-makanan yang manis." Lalu jawabnya, "Hari ini saya hanya akan makan makanan
manis." Maksud jawapannya itu tidak lebih daripada membantah dan melawan sahaja.
Demikian juga firman Allah tadi, ia tidak bermaksud menyatakan apa yang tidak boleh dan apa yang boleh dimakan sebenarnya. Maksud sebenarnya ialah menyatakan yang haram itu tidak lain melainkan apa yang kamu telah halalkan. Ia berupa bangkai, darah,
daging babi dan binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Ayat itu diturunkan bukan dengan maksud menyatakan selain benda-benda yang tersebut tadi
haial semuanya. Maksud sebenarnya ialah menyatakan haramnya benda-benda yang tersebut itu, bukan halalnya segala benda yang lain selain yang disebutkan itu. 

Imamul

159

Tiada ulasan:

Catat Ulasan