Jumaat, November 13, 2020

Tafsir asas quran nota 9(160)10.

Tafsir asas quran nota 9(160)10.

Haramain berkata, "Pandangan yang diutarakan oleh as-Syafi'e ifu sangat indah. Kalau tidak ada pandangan beliau, niscaya kita menganggap tidak harus menyalahi pandangan Imam Malik tentang terhadnya apa yang diharamkan pada apa yang tersebut di dalam
ayat berkenaan" (lihat al-Burhaan j.1 m/s 23 dan al-Itqaan j.1 m/s 39).

(b) Lihat pula firman Allah ini:

Al-Baqarah 2:104
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَقُولُوا۟ رَٰعِنَا وَقُولُوا۟ ٱنظُرْنَا وَٱسْمَعُوا۟ۗ وَلِلْكَٰفِرِينَ عَذَابٌ أَلِيمٌ 
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu katakan (kepada Muhammad): "Raa'ina", tetapi katakanlah: "Unzhurna", dan dengarlah (baik-baik apa yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w.). Dan bagi orang-orang yang kafir siksaan yang pedih. (al-Baqarah: 104).

Selagi anda tidak mengetahui sebab turun ayat ini, anda tidak akan memahami kenapa Allah melarang orang-orang yang beriman daripada berkata "Raa'ina" kpd Rasulultrah
s.a.w. Mereka sebaliknya disuruh berkata "Unzhuma" kpd baginda. Padahal kedua-dua perkataan ifu lebih kurang sama saja ma'nanya. "Raa'ina" bererti ra"ikanlah kami, berilah perhatian kpd kami" Unzhurna" juga memberi erti yang lebih kurang sama dengannya.
Perkataan "Raa'ina" malah lebih mengandungi unsur beradab dengan nabi s.a.w. Tetapi kenapa Allah melarang mereka menggunanya?
Setelah mengetahui riwayat Ibnu 'Abbaas baru anda akan faham sebab larangan itu. Kata beliau, "Para sahabat berkata "Raa'ina" kepada Rasulullah apabila mereka hendak memahami dengan lebih mendalam apa-apa yang telah diucapkan oleh baginda. Begitulah kebiasaan mereka di suatu ketika dahulu. Kebetulan perkataan itu menurut
bahasa orang-orang Yahudi memberi erti tidak baik" . Ia merupakan perkataan makian dan sumpah seranah di sisi mereka. Maka mereka mengambil kesempatan menggunakannya untuk nabi s.a.w. Pada zahirnya ia menunjukkan mereka beradab sopan dengan baginda,
tetapi yang rnereka maksudkan sebenarnya ialah dengan ma"na di dalarn bahasa merekayang bererti bodoh, dungu atau penggembala kita. Kata mereka dahulu kita hanya
Mampu menyeranahnya di belakang secara senyap-senyap sahaja, sekarang kita dapat memaki dan menyeranahnya secara terbuka di hadapannya sendiri tanpa disedarinya.
Demikianlah Allah mendedahkan kejahatan dan kebusukan hati orang-orang Yahudi di zaman Rasulullah s.a.w. Maka untuk mengelak daripada Rasulullah dijadikan sebagai

160

Tiada ulasan:

Catat Ulasan