Sabtu, November 21, 2020

Tafsir asas quran nota 9(168)11

Tafsir asas quran nota 9(168)11

Ayat 203 ini menyatakan soalan orang-orang kafir Mekah yang penuh dengan ejekan dan kedegilan. Mereka memerli Nabi s.a"w. dengan berkata, "Bukankah engkau menda'wa
dirimu sebagai seorang nabi dan utusan Allah? Kalau engkau benar-benar nabi dan utusan Allah, tentu engkau dapat mengemukakan mu'jizat yang kami minta supaya
ditunjukkan. Tentu engkau dapat memilih mana-mana satu daripadanya! Tetapi jelas engkau tidak dapat mengemukakan setiap mu'jizat yang kami minta. Sebagai membalas soalan mereka yang penuh dengan ejekan dan cemuhan itu Allah menyuruh NabiNya Muhammad s.a.w. berkata, al-Qur'an itulah mu'jizat yang terbesar bagimu. Ia
mengemukakan bukti-bukti yang nyata dari Tuhanmu, ia juga merupakan petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Jika kamu hendak mendapat manfa'at daripada bukti-bukti yang terkandung di dalamnya dan hendak mendapat petunjuk dan rahmat daripadanya, maka kamu hendaklah dengar baik-baik dan diam apabila ia dibacakan dihadapanmu, jangan pula kamu tidak mahu mendengar, sebaliknya membuat bising"
Apa yang terkandung di dalam ayat ke-203 itulah sebab sebenar bagi ayat ke-204 Surah al-A'raaf.

Bentuk Kedua: Apabila seseorang perawi dari kalangan sahabat atau Tabi'in menyebutkan sesuatu perkara sebagai sebab yang jelas bagi turunnya sesuatu ayat,sedangkan ada pula perawi yang menyebutkan perkara lain sebagai sebabnya dengan ungkapan نزلت الآية في كذا (ayat ini turun berkenaan dengan sekian-sekian) atau أنزلت الآية في كذا(ayat ini diturunkan berkenaan dengan sekian-sekian), maka yang yang harus dipegang dan diambil kira sebagai sebab sebenarnya ialatr riwayat perawi yang pertama" Riwayat kedua haruslah diterima sebagai kesimpulan yang dibuat perawi daripada ayat berkenaan sahaja atau ia hanya merupakan apa yang difahami perawi sebagai perkara yang juga termasuk di bawah ayat berkenaan sahaja.


Contohnya ialah riwayat Ibnu Umar, kata beliau, "Firman Allah (نسائكم حرث لكم) diturunkan berkenaan dengan menyetubuhi isteri-isteri pada dubur-dubur mereka" (Atsar riwayat Bukhari). Sedangkan riwayat Jaabir menyebutkan dengan terang bahawa orang-orang Yahudi berkata, "Anak hasil persetubuhan pada qubul isteri melalui duburnya akan
menjadi juling." Maka Allah menurunkan firmanNya: 
( نسائكم حرث لكم) 
(Hadits riwayatBukhari, Muslim, Tirmidzi, Abu Daud, Daarimi dan lain-lain.

168

Tiada ulasan:

Catat Ulasan