Daurah tafsir 2015 sesi 007
7 –istilah ketujuh: Syakwa atau Syikayah ialah rungutan tentang sikap degil manusia. 
Yunus 10:25
وَٱللَّهُ يَدْعُوٓا۟ إِلَىٰ دَارِ ٱلسَّلَٰمِ وَيَهْدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٍ مُّسْتَقِيمٍ 
Dan Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (surga), dan memberikan petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus (Islam).
Mafhum syikayah ialah ayat yang ada didalamnya makna seolah-olah suatu rungutan tuhan terhadap kedegilan pihak lawan. 
Syikayah yang didatangkan didalam Al-Quran berbentuk kata-kata mereka yang degil, yakni jenis tuduhan yang tidak munasabah atau jenis kata-kata yang membawa makna yang mencabar kemampuan pembawa da’wa. (Nabi saw dan pengikut Nabi saw)
Kata-kata sedemikian bertujuan menunduk atau melemahkan pembawa da’wa, sekaligus menjadi penghalang melalui kata-kata mereka itu terhadap yang diseru. Cara mengenali ayat syikayah ialah pada permulaan ayat terdapat قال atau قالوا . Istilah ini dinamakan syikayah yakni bermaksud suatu rungutan atau aduan perihal kedegilan penentang da’wa. 
Contoh Syikayah وَقَالُوا لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ حَتَّى تَفْجُرَ لَنَا مِنَ الْأَرْضِ يَنْبُوعًا (al-isra’ 90) 
-syaitan guna ayat seperti ayat syikayah penentang da'wa, agar berhenti.
Al-Isra' 17:90
وَقَالُوا۟ لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّىٰ تَفْجُرَ لَنَا مِنَ ٱلْأَرْضِ يَنۢبُوعًا 
Dan mereka berkata, “Kami tidak akan percaya kepadamu (Muhammad) sebelum engkau memancarkan mata air dari bumi untuk kami,
8 – istilah kelapan: ayat jenis Zajrun iaitu teguran membina untuk Nabi atau teguran keras untuk penentang da’wa. Kedua-duanya didatangkan  ini menunjukkan sesuatu sikap ke atas manusia. Mafhum zajrun ialah ayat-ayat yang ada didalamnya suatu teguran tegas lagi membina kepada pembawa da’wa atau suatu teguran keras serta kiasan pedas di atas sikap pihak lawan, samada disebabkan sikap mereka membuat tuntutan tidak munasabah atau disebabkan tindakan daripada salah laku mereka. Zajrun juga berlaku terhadap pembawa da’wa (Nabi dan Rasul) di atas perbuatan “khilaful aula” mereka. Harus berhati-hati dalam menghuraikan ayat-ayat sepeti ini kerana ianya berlaku kepada dua golongan yang berlainan aqidah dan cara hidup. 
Contoh Zajrun bagi orang kafir(al-mukmin 83)
فَلَمَّا جَاءَتْهُمْ رُسُلُهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ فَرِحُوا بِمَا عِنْدَهُمْ مِنَ الْعِلْمِ 
Contoh  Zajrun bagi Nabi (at-taubah 43)
. عَفَا اللَّهُ عَنْكَ لِمَ أَذِنْتَ لَهُمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَتَعْلَمَ الْكَاذِبِينَ
Ghafir 40:83
فَلَمَّا جَآءَتْهُمْ رُسُلُهُم بِٱلْبَيِّنَٰتِ فَرِحُوا۟ بِمَا عِندَهُم مِّنَ ٱلْعِلْمِ وَحَاقَ بِهِم مَّا كَانُوا۟ بِهِۦ يَسْتَهْزِءُونَ 
Maka ketika para rasul datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka merasa senang dengan ilmu yang ada pada mereka dan mereka dikepung oleh (azab) yang dahulu mereka memperolok-olokkannya.
At-Taubah 9:43
عَفَا ٱللَّهُ عَنكَ لِمَ أَذِنتَ لَهُمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُوا۟ وَتَعْلَمَ ٱلْكَٰذِبِينَ 
Allah memaafkanmu (Muhammad). Mengapa engkau memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu orang-orang yang benar-benar (berhalangan) dan sebelum engkau mengetahui orang-orang yang berdusta?
Zajrun=teguran membina kepada Nabi.
Minit 25
9 – istilah kesembilan: Tasliyah iaitu pujukan atau penghibur hati(sedih kerana tentangan2 penentang da'wa). Mafhum tasliyah ialah ayat yang ada didalamnya suatu makna pujukan atau makna yang menghiburkan hati pembawa da’wa(nabi dan pengikut nabi yang nenyebar dakwah).  Ayat-ayat seperti ini didatangkan oleh Allah s.w.t supaya pembawa da’wa mendapat ketenangan dan ketabahan didalam menjalankan tugas mereka iaitu menyeru dan mengajak manusia kepada da’wa. Tasliah ada tiga jenis:
 kaedah 1 البِلوى اذا عمّت خفّت 
Penderitaan itu apabila telah menjadi umum dirasai oleh kebanyakan orang ,penderitaan itu dirasa ringan.
Fatir 35:4
وَإِن يُكَذِّبُوكَ فَقَدْ كُذِّبَتْ رُسُلٌ مِّن قَبْلِكَۚ وَإِلَى ٱللَّهِ تُرْجَعُ ٱلْأُمُورُ 
Dan jika mereka mendustakan engkau (setelah engkau beri peringatan), maka sungguh, rasul-rasul sebelum engkau telah didustakan pula. Dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan.
 Kaedah 2 تَرْكُ القَلِيل لِلكَثِير 
Meninggalkan/mengabaikan yang sedikit untuk memperoleh yang banyak.
Contoh satu projek yg sedikit dibiar kerana harap projek yg lebih mahal
Aal-e-Imran 3:196
لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ فِى ٱلْبِلَٰدِ 
Jangan sekali-kali kamu terpedaya oleh kegiatan orang-orang kafir (yang bergerak) di seluruh negeri.
Aal-e-Imran 3:197
مَتَٰعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَىٰهُمْ جَهَنَّمُۚ وَبِئْسَ ٱلْمِهَادُ 
Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat kembali mereka ialah neraka Jahanam. (Jahanam) itu seburuk-buruk tempat tinggal.
Minit 39
 Kaedah 3 تَرْكُ المُبَالَاة بِالمُخَالِفِين بِأَدَاءَ الشُكْرِ عِلِى نِعْمُ المُنْعِم 
Tidak peduli pada penentang dengan cara menyempurnakan kesyukuran terhadap nikmat Allah yang memberi segala nikmat( rohani yang tidak boleh dibeli dengan nikmat dunia).
Ta Ha 20:130
فَٱصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ ٱلشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَاۖ وَمِنْ ءَانَآئِ ٱلَّيْلِ فَسَبِّحْ وَأَطْرَافَ ٱلنَّهَارِ لَعَلَّكَ تَرْضَىٰ 
Maka sabarlah engkau (Muhammad) atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum matahari terbit, dan sebelum terbenam; dan bertasbihlah (pula) pada waktu tengah malam dan di ujung siang hari, agar engkau merasa tenang.
Contoh Tasliah 
contoh 1 وَإِنْ يُكَذِّبُوكَ فَقَدْ كُذِّبَتْ رُسُلٌ مِنْ قَبْلِكَ ( Faatir 4) 
 البلوى اذا عمّت خفّت
 contoh 2فَاصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ (Toha 130) -
 ترك المبالاة بالمخالفين بأداء الشكر على نعم المنعم 
contoh 3 لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ مَتَاعٌ قَلِيلٌ (ali-Imran 196-197) -
 ترك القليل للكثير 10
Daurah tafsir 2015 sesi 008
10 - istilah kesepuluh : Umurmuslihah (امور مصلحة) iaitu amalan-amalan yang memberi kesan pada islah diri. Mafhum umurmuslihah ialah ayat yang ada didalamnya menekankan tentang ibadat khas seperti solat supaya dengan ibadat khas ini kehidupan seseorang yang telah menerima da’wa dari segi adat mereka iaitu “mu’asyaroh, mu’amalah, siasatul madaniyyah dan akhlaq” akan menjadi lebih baik dan lebih teratur. (adat ini di dalam istilah kesebelas dinamakan umurmunazzhimah امور منظمة ) Contoh Umurmuslihah (امور مصلحة) حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى (al-baqoroh 238) -Umurmuslihah Kaedah: Satu kejahatan atau dosa yang telah dilakukan oleh seseorang akan melahirkan di dalam hatinya satu ransangan baru untuk berusaha terus di dalam melakukan kejahatan lain. Begitu juga dengan satu kebaikan yang telah dibuat oleh seseorang akan melahirkan di dalam hatinya satu dorongan baru yang merupakan taufiq Ilahi untuk terus berusaha di dalam amalan kebaikan lain. Oleh itu di mana saja terdapat huraian tentang “umurmunazzhimah” di situ akan diselangi dengan “umurmuslihah”. Ini semata-mata adalah di atas tujuan ini (taufiq kepada kebaikan) – wallohua’lam. 
11- istilah yang kesebelas: “Umurmunazzhimah” iaitu cara hidup bermasyarakat atau peraturan hidup di dalam masyarakat. Mafhum Umurmunazzhimah ialah ayat-ayat jenis kaedah hidup berumahtangga dan bermasyarakat, termasuk nikah kahwin, jual beli, cara memiliki harta, cara membelanjakan harta, pembahagian harta pusaka dan undang-undang jenayah (apabila berlaku keterlanjuran) serta cara-cara “muhakamah” (mengadili). Keadaan ummat muslimah sampai kepada satu tahap, mereka tidak akan mampu untuk memperjuangkan da’wa kepada pihak penentang atau pihak lawan sekiranya kehidupan mereka sendiri kacau bilau, kucar kacir tidak teratur. Dengan kata lain pembawa da’wa tidak mampu mengatasi pihak lawan sekiranya mereka sendiri berpecah belah, tidak bersatu. Maka ayat-ayat jenis umurmunazzhimah ini diturunkan bagi membentuk pembawa da’wa atau penerima da’wa kepada satu cara hidup yang tersusun rapi, teguh dengan cara adil dan saksama dibawah petunjuk wahyu ilahi. Tetapi Umurmunazzhimah tidak akan sempurna jika Umurmuslihah tidak sempurna. Oleh itu dicelah-celah ayat Umurmunazzhimah ini didatangkan ayat Umurmuslihah. Contoh Umurmunazzhimah لِلَّذِينَ يُؤْلُونَ مِنْ نِسَائِهِمْ تَرَبُّصُ أَرْبَعَةِ أَشْهُرٍ (al-baqoroh 227) - mu’asyaroh يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى فَاكْتُبُوهُ (al-baqoroh 282) - mu’amalah وَإِنْ طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا (al-hujurat 9) -muhakamah وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الأمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ (al-nisa’ 83) - siasatul madaniyyah 
12- istilah yang kedua belas: “Idmaj” atau jumlah Mahzufah Mafhum Idmaj ialah suatu jumlah yang tiada disebut didalam Al-quran, tetapi mesti ditakdirkan bagi melahirkan makna sebenar sesuatu ayat, atau dinamakan di dalam istilah lughah (bahasa) arab, iaitu “jumlah muqaddaroh”. Contoh Idmaj مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا (وفي ذالك الموضوع رجال قاعدون) (al-baqoroh 17) - daripada jumlah mahzufah dinamakan “Idmaj” 
13- istilah yang ketiga belas “Idkhol Ilahi” – dari segi bahasa disebut “pencelahan Tuhan. Mafhum Idkhal Ilahi ialah yang didatangkan dicelah di antara ayat yang berhubungan di antara satu sama lain. Tujuan didatangkan ayat idkhal ilahi ini ialah supaya ada penekanan khas daripada Allah s.w.t pada penurunan ayat-ayat tersebut. Kadang-kadang Idkhal Ilahi didatangkan sabagai jawapan kepada soalan muqaddar di tengah ayat tersebut. Wallohua’lam. Contoh Idkhal Ilahi وَإِنْ يَكُ كَاذِبًا فَعَلَيْهِ كَذِبُهُ (al-mukmin/ghaafir 25) –didatangkan di celah hujah رجل مؤمن من آل فرعون 
14 – istilah keempat belas: “I’adah” dari segi bahasa ialah pengulangan semula. Mafhum I’adah ialah pengulangan semula kalimah yang telah disebut supaya maksud hukum yang didatangkan pada akhir sesuatu ayat dapat difahami dengan mudah atau kalimah I’adah itu akan mendekatkan semula hukum yang akhir dengan kandungan-kandungan yang panjang sebelumnya- wallohua’lam. Contoh I’adah فَلَوْلا إِذَا بَلَغَتِ الْحُلْقُومَ (al-waqi’ah 83) – iaitu kalimah لولا didatangkan ارتباط hukum dengan khabar 
15- istilah kelima belas : Khotmul Qolbi - ختم القلب - kunci mati mata hati. Mafhum Khotmul Qolbi ialah ayat2 yang didatangkan sebagai keputusan terakhir daripada Allah s.w.t ke atas penentang da’wa. Keadaan in berlaku setelah diberi peluang oleh Allah s.w.t bagi menerima da’wa dengan cara dicipta akal fikiran, penglihatan, pendengaran. Juga didatangkan kepadanya pembawa da’wa daripada Nabi dan Rasul serta pengikut-pengikut mereka. Mereka datang untuk memberi penjelasan dengan dalil dan bukti serta contoh tauladan dan nasihat yang berguna. Dengan adanya semua ini pun, para penentang masih berdegil bahkan melawan terus, maka Allah s.w.t akan menarik balik kebolehan dan peluang itu mengikut “hikmah ilahiah” dan takdir ilahi dan seterusnya dikunci mati segala asbab hidayah yang ada pada diri mereka. Apabila seseorang itu berada pada tahap ini, maka tiada lagi jalan yang boleh menyampaikan kepada haq – perkara ini dinamakan “Khotmul Qolbi”. Tiga perkara disebut tentang Khotmul Qolbi ini: 1. Apa makna “Khotmul Qolbi” 2. Bagaimana cara Khotmul Qolbi berlaku dan kenapa berlaku 3. Siapa yang melakukan Khotmul Qolbi ini Contoh khotmul Qolbi لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا (al-a’raf 179) - apa makna Khotmul Qolbi كَلا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ (al-mutoffifin 14) - bagaimana cara Khotmul Qolbi خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ (al-baqoroh 7) - siapa yang melakukan Khotmul Qolbi أُولَئِكَ الَّذِينَ طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ (an-nahl 108) - siapa yang melakukan Khotmul Qolbi 
16 – istilah keenam belas: Robtul Qolbi – ربط القلب –iaitu peneguhan hati atau keyakinan yang sejati. Mafhum Robtul Qolbi ialah ayat-ayat yang ada didalamnya berita tentang keadaan hati seseorang pembawa da’wa yang istiqomah di dalam pendirianya menegakkan hukum sekalipun didatangi berbagai-bagai ujian dan cubaan. Mereka tetap teguh setelah berjaya menempuh ujian dan dugaan tersebut. Hati mereka akan sampai ke peringkat paling tinggi dan mulia, dan apabila telah sampai keperingkat ini, sukar untuk kembali ke arah kesesatan. Kesemua para sahabat Nabi Muhammad s.a.w telah sampai ke peringkat ini. Wallohua’lam. Contoh Robtul Qolbi وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ (al-kahfi 14) - Ashabul kahfi- setelah mereka sanggup berdiri dan mengeluarkan hujah-hujah di atas pegangan dan pendirian mereka, mereka diberi “Robtul Qolbi” Sila ikuti risalah kedua “ "فوائدتفسيرية (Faedah-faedah ilmu tafsir atau kaedah tafsir)
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan