Jumaat, Disember 11, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 15(35)nota 12(246-251)s

Daurah tafsir 2019 sesi 15(35)nota 12(246-251)s

Surah Fatir
Tertib surah 35
Bilangan ayatnya 45
Bilangan rukuk 5
Surah Makkiyah
Tertib turunnya yg ke 43
Bilangan paragrafnya ada 7
Paragraf 1ayat 1-18 seruan kepada tauhid dan kepercayaan hari akhirat.
Ayat 1-4 Jangan dustakan seruan Rasullah saw 
Ayat 5-8 Seruan percaya kepada hari akhirat.
Ayat  9-13 Dalil2 tauhid
Ayat 14-17 Dalil2 akhirat
Ayat 18 Seruan supaya menyucikan diri
Paragraf 2 ayat 19-23 Perbezaan antara mukmin dan kafir
Paragraf 3 ayat 24-26 Dalil daripada sejarah kebinasaan kaum
Paragraf 4 ayat 27-28 Tauhid rububiyah
Paragraf 5 ayat 29-39
Ayat 29--35 Hukum balasan baik
Ayat 36-39 Hukum balasan buruk
Paragraf 6 ayat 40-41Penolakan terhadap syirik dan dalil2 tauhid
Paragraf 7 ayat 42-45 Ancaman kebinasaan terhadap kepimpinan yg sombong.

Mesej utama 
Percayalah akan seruan al Quran kepada ajaran tauhid dan ajaran adanya hari akhirat dengan menyedari  adanya hukum pembalasan baik dan buruk Allah.Jika tidak kamu akan dibinasakan.

Zaman Diturunkan
Surah Fathir diturunkan di peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah iaitu antara tahun ke-6 hingga ke-10 Kenabian. Pada ketika itu penentangan terhadap seruan Baginda dilancarkan denganbegitu hebat, bahkan perancangan-perancangan jahat juga telah dibuat terhadap Baginda. Di dalam surah ini undang-undang atau sunnatullah dalam memberi balasan baik dan buruk dinyatakan, ancaman kebinasaan dan kemusnahan juga diberikan kepada pemimpin-pemimpin Quraisy yang bongkak.

Perkaitan Surah Fathir Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah Saba', penyembahan terhadap jin dinafikan dan ditolak, di dalam Surah Fathir ini pula penyembahan terhadap para malaikat dinafikan dan ditolak. Kedua-dua surah sama-sama mengisyaratkan kepada sikap-sikap negatif yang terdapat pada orang-orang Quraisy yang sombong.
2. Surah Yasin yang akan menyusul nanti menjelaskan sifat jalal Allah terhadap orang-orang musyrikin Mekah, di dalamnya terdapat perincian tentang kekuasaan Allah dalam membinasakan mereka. Kedua-dua surah memberikan ancaman kebinasaan.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Terdapat dengan banyak sekali dalil-dalil tauhid di dalam Surah Fathir.
(a) Setelah menyebutkan ni'mat-ni'mat Allah, manusia dituntut supaya bersyukur. Bagaimana Allah menciptakan air masin dan air tawar dalam dua sifat yang berbeza tetapi di dalam kedua-duanya terdapat bahan-bahan makanan untuk manusia, di dalamnya juga terdapat mutiara-mutiara untuk perhiasan manusia. Di dalam laut dan sungai terdapat banyak sekali perahu dan kapal yang digunakan untuk mencari rezeki Allah yang lain-lain lagi (Ayat: 12).

Fatir 35:12
وَمَا يَسْتَوِى ٱلْبَحْرَانِ هَٰذَا عَذْبٌ فُرَاتٌ سَآئِغٌ شَرَابُهُۥ وَهَٰذَا مِلْحٌ أُجَاجٌۖ وَمِن كُلٍّ تَأْكُلُونَ لَحْمًا طَرِيًّا وَتَسْتَخْرِجُونَ حِلْيَةً تَلْبَسُونَهَاۖ وَتَرَى ٱلْفُلْكَ فِيهِ مَوَاخِرَ لِتَبْتَغُوا۟ مِن فَضْلِهِۦ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 
Dan tidak sama (antara) dua lautan; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain asin lagi pahit. Dan dari (masing-masing lautan) itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang kamu pakai, dan di sana kamu melihat kapal-kapal berlayar membelah laut agar kamu dapat mencari karunia-Nya dan agar kamu bersyukur.

(b) Dalil-dalil افاقي untuk tauhid juga terdapat di dalam surah ini, manusia diseru supaya berfikir tentang air, bagaimana ia dapat menghasilkan buah-buahan beraneka warna. Manusia juga diseru supaya berfikir tentang bukit-bukau, tanahnya juga beraneka warna. Oleh itu manusia hendaklah beriman kepada tuhan yang esa, tuhan yang begitu hebat dan agung kuasanya (Ayat: 27).

Fatir 35:27
أَلَمْ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجْنَا بِهِۦ ثَمَرَٰتٍ مُّخْتَلِفًا أَلْوَٰنُهَاۚ وَمِنَ ٱلْجِبَالِ جُدَدٌۢ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَٰنُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ 
Tidakkah engkau melihat bahwa Allah menurunkan air dari langit lalu dengan air itu Kami hasilkan buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.


(c) Manusia juga diseru supaya berfikir tentang kejadian manusia, binatang-binatang dan ternakan-ternakan. Warnanya juga berbeza-beza, tetapi natijah yang betul daripada pemikiran dan kajian yang dibuat hanyalah akan diperolehi ilmuan-ilmuan yang takut kepada Allah (Ayat: 28).

Fatir 35:28
وَمِنَ ٱلنَّاسِ وَٱلدَّوَآبِّ وَٱلْأَنْعَٰمِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَٰنُهُۥ كَذَٰلِكَۗ إِنَّمَا يَخْشَى ٱللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ ٱلْعُلَمَٰٓؤُا۟ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ 
Dan demikian (pula) di antara manusia, makhluk bergerak yang bernyawa dan hewan-hewan ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Di antara hamba-hamba Allah yang takut kepada-Nya, hanyalah para ulama. Sungguh, Allah Mahaperkasa, Maha Pengampun.


(d) Di dalam surah ini juga dinyatakan tentang tauhid iradat, segala rahmat berada di tanganNya, jika Dia membukanya maka tiada siapa yang dapat menahannya dan jika Dia menahannya maka tiada siapa pula yang dapat memberinya. Tuhan Maha perkasa, Maha kuat dan Maha bijaksana (Ayat:2).

Fatir 35:2
مَّا يَفْتَحِ ٱللَّهُ لِلنَّاسِ مِن رَّحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَاۖ وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُۥ مِنۢ بَعْدِهِۦۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ 
Apa saja di antara rahmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, maka tidak ada yang dapat menahannya; dan apa saja yang ditahan-Nya maka tidak ada yang sanggup untuk melepaskannya setelah itu. Dan Dialah Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.



(e) Di dalamnya juga terdapat dalil-dalil أنفسي  untuk membuktikan kebenaran tauhid, manusia difahamkan bahawa semua mereka memerlukan Allah, sedangkan Allah pula tidak memerlukan harta dan tidak juga pujian, kerana Dia Maha kaya lagi Maha terpuji (Ayat:15).

Fatir 35:15
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلْفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلْغَنِىُّ ٱلْحَمِيدُ 
Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah Yang Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji.


(f) Antara dalil أفاقي yang dikemukakan di dalam surah ini untuk membuktikan kebenaran tauhid ialah kenyataan bahawa kuasa Allah jua yang membuatkan langit dan bumi tidak berganjak dari peraturan dan keadaan yang ditetapkan baginya, Allahlah yang memegangnya. Andai kata ia berganjak dan beralih daripada kedudukan sebenarnya ke tempat lain, nescaya tiada siapa pun غير الله (selain Allah) yang dapat menahannya. Allah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun, walaupun Dia Maha Kuasa namun tetap dibiarkannya orang-orang musyrikin untuk seketika, Dia tidak terus menurunkan azab kepada mereka(Ayat:41).

Fatir 35:41
إِنَّ ٱللَّهَ يُمْسِكُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضَ أَن تَزُولَاۚ وَلَئِن زَالَتَآ إِنْ أَمْسَكَهُمَا مِنْ أَحَدٍ مِّنۢ بَعْدِهِۦٓۚ إِنَّهُۥ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا 
Sungguh, Allah yang menahan langit dan bumi agar tidak lenyap; dan jika keduanya akan lenyap tidak ada seorang pun yang mampu menahannya selain Allah. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun.


(g) Di dalam surah ini juga dinyatakan tentang kekuasaan dan hikmat kebijaksanaan Allah, jika Allah hendak menghukum dan mengazab manusia kerana dosa-dosanya nescaya Dia dapat menghapuskan mereka semua sekali dari muka bumi ini, tetapi Dia membiarkan mereka hingga ke waktu yang ditentukanNya, apabila tiba waktunya maka Dialah yang akan melihat keadaan hamba-hambaNya
(Ayat:45).

Fatir 35:45
وَلَوْ يُؤَاخِذُ ٱللَّهُ ٱلنَّاسَ بِمَا كَسَبُوا۟ مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهْرِهَا مِن دَآبَّةٍ وَلَٰكِن يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّىۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ بِعِبَادِهِۦ بَصِيرًۢا 
Dan sekiranya Allah menghukum manusia disebabkan apa yang telah mereka perbuat, niscaya Dia tidak akan menyisakan satu pun makhluk bergerak yang bernyawa di bumi ini, tetapi Dia menangguhkan (hukuman)nya, sampai waktu yang sudah ditentukan. Nanti apabila ajal mereka tiba, maka Allah Maha Melihat (keadaan) hamba-hamba-Nya.

(h) Di dalam surah ini juga dinyatakan tauhid kehendak dan pilihan Allah, dalam kehendak dan pilihan Allah jua terletak nasib manusia, Dia dapat membinasakan sekalian manusia dan menggantikannya dengan makhluk yang lain (Ayat:16).

Fatir 35:16
إِن يَشَأْ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ جَدِيدٍ 
Jika Dia menghendaki, niscaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu).


2. Di dalam Surah Fathir juga terdapat penolakan terhadap syirik,surah yang  penuh dengan penolakan terhadap kesyirikan.
(a) Manusia hendaklah ingat akan ni'mat-ni'mat Allah, mereka ditanya: "Adakah mana-mana  غير الله yang memberi rezeki kepada kamu? Jika tiada maka kamu hendaklah menerima Allah jua untuk disembah dan ditaati" (Ayat: 3).

Fatir 35:3
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱذْكُرُوا۟ نِعْمَتَ ٱللَّهِ عَلَيْكُمْۚ هَلْ مِنْ خَٰلِقٍ غَيْرُ ٱللَّهِ يَرْزُقُكُم مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِۚ لَآ إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۖ فَأَنَّىٰ تُؤْفَكُونَ 
Wahai manusia! Ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan selain Dia; maka mengapa kamu berpaling (dari ketauhidan)?


(b) غير الله  diperlekeh dan dicabar supaya menunjukkan apa yang telah diciptakannya, adakah ia telah berkongsi dengan Allah dalam penciptaan sistem langit atau sistem bumi? (Ayat 40).

Fatir 35:40
قُلْ أَرَءَيْتُمْ شُرَكَآءَكُمُ ٱلَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَرُونِى مَاذَا خَلَقُوا۟ مِنَ ٱلْأَرْضِ أَمْ لَهُمْ شِرْكٌ فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ أَمْ ءَاتَيْنَٰهُمْ كِتَٰبًا فَهُمْ عَلَىٰ بَيِّنَتٍ مِّنْهُۚ بَلْ إِن يَعِدُ ٱلظَّٰلِمُونَ بَعْضُهُم بَعْضًا إِلَّا غُرُورًا 
Katakanlah, “Terangkanlah olehmu tentang sekutu-sekutumu yang kamu seru selain Allah.” Perlihatkanlah kepada-Ku (bagian) manakah dari bumi ini yang telah mereka ciptakan; ataukah mereka mempunyai peran serta dalam (penciptaan) langit; atau adakah Kami memberikan kitab kepada mereka sehingga mereka mendapat keterangan-keterangan yang jelas darinya? Sebenarnya orang-orang zhalim itu, sebagian mereka hanya menjanjikan tipuan belaka kepada sebagian yang lain.


(c) Kepada orang-orang musyrikin dikatakan dengan terus terang bahawa tidak ada apa-apa kemuliaan pada غير الله segala kemuliaan hanya adapada Allah (Ayat: 10).
Ucapan yang baik dan amalan yang baik jua diterimaNya (Ayat: 10).
مَن كَانَ يُرِيدُ ٱلْعِزَّةَ فَلِلَّهِ ٱلْعِزَّةُ جَمِيعًاۚ
Orang-orang yang merancang keburukan terhadap Rasulullah dan orang-orang Islam akan mendapat azab yang dahsyat dan segala perancangan jahat mereka akan gagal (Ayat: 10).
إِلَيْهِ يَصْعَدُ ٱلْكَلِمُ ٱلطَّيِّبُ وَٱلْعَمَلُ ٱلصَّٰلِحُ يَرْفَعُهُۥۚ

Fatir 35:10
مَن كَانَ يُرِيدُ ٱلْعِزَّةَ فَلِلَّهِ ٱلْعِزَّةُ جَمِيعًاۚ إِلَيْهِ يَصْعَدُ ٱلْكَلِمُ ٱلطَّيِّبُ وَٱلْعَمَلُ ٱلصَّٰلِحُ يَرْفَعُهُۥۚ وَٱلَّذِينَ يَمْكُرُونَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌۖ وَمَكْرُ أُو۟لَٰٓئِكَ هُوَ يَبُورُ 
Barangsiapa menghendaki kemuliaan, maka (ketahuilah) kemuliaan itu semuanya milik Allah. Kepada-Nyalah akan naik perkataan-perkataan yang baik, dan amal kebajikan Dia akan mengangkatnya. Adapun orang-orang yang merencanakan kejahatan mereka akan mendapat azab yang sangat keras, dan rencana jahat mereka akan hancur.


(d) Perbandingan di antara Allah dan مِنْ دُوْنِ الله dikemukakan, Allah dapat memasukkan siang ke dalam
malam dan memasukkan malam ke dalam siang, Dialah yang menundukkan matahari dan bulan, Dialah
yang menjaga dan memelihara manusia, Dialah yang mempunyai kerajaan alam semesta.   مِنْ دُوْنِ الله pula
tidak mempunyai apa-apa kuasa dan pilihan, oleh itu manusia hendaklah menyeru dan berdoa hanya
kepada Allah (Ayat:13).ذَٰلِكُمُ ٱللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ ٱلْمُلْكُۚ وَٱلَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِهِۦ مَا يَمْلِكُونَ مِن قِطْمِيرٍ 

Fatir 35:13
يُولِجُ ٱلَّيْلَ فِى ٱلنَّهَارِ وَيُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِى ٱلَّيْلِ وَسَخَّرَ ٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِى لِأَجَلٍ مُّسَمًّىۚ ذَٰلِكُمُ ٱللَّهُ رَبُّكُمْ لَهُ ٱلْمُلْكُۚ وَٱلَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِهِۦ مَا يَمْلِكُونَ مِن قِطْمِيرٍ 
Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing beredar menurut waktu yang ditentukan. Yang (berbuat) demikian itulah Allah Tuhanmu, milik-Nyalah segala kerajaan. Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tidak mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari.

(e) Di dalam Surah Fathir juga terdapat penolakan dan penafian terhadap hak syafa'at yang diada-adakan oleh manusia, kerabat terdekat pun tidak berguna apa-apa kepada seseorang di hari kiamat kelak,setiap orang memikul dosanya sendiri (Ayat: 18).
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰۚ وَإِن تَدْعُ مُثْقَلَةٌ إِلَىٰ حِمْلِهَا لَا يُحْمَلْ مِنْهُ شَىْءٌ وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰٓۗ

Fatir 35:18
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰۚ وَإِن تَدْعُ مُثْقَلَةٌ إِلَىٰ حِمْلِهَا لَا يُحْمَلْ مِنْهُ شَىْءٌ وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰٓۗ إِنَّمَا تُنذِرُ ٱلَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُم بِٱلْغَيْبِ وَأَقَامُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَۚ وَمَن تَزَكَّىٰ فَإِنَّمَا يَتَزَكَّىٰ لِنَفْسِهِۦۚ وَإِلَى ٱللَّهِ ٱلْمَصِيرُ 
Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang dibebani berat dosanya memanggil (orang lain) untuk memikul bebannya itu tidak akan dipikulkan sedikit pun, meskipun (yang dipanggilnya itu) kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat engkau beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada (azab) Tuhannya (sekalipun) mereka tidak melihat-Nya dan mereka yang melaksanakan shalat. Dan barangsiapa menyucikan dirinya, sesungguhnya dia menyucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allah-lah tempat kembali.

(f) Amaran kepada orang-orang musyrikin dan pembesar-pembesar mereka yang sombong dan angkuh,
mereka hendaklah ingat pelajaran dari sejarah. Berbagai-bagai perancangan jahat telah dibuat terhadap
rasul-rasul yang diutuskan, tetapi akibat buruk daripada perancangan jahat itu mengenai perancang-
perancangnya sendiri, mereka tetap akan binasa. Itulah sunnatullah, adakah orang-orang kemudian juga
menunggu azab dan kebinasaan (sebagaimana yang telah menimpa orang-orang kafir yang telah lalu?
(Ayat: 42-43).
Ayat 42مَّا زَادَهُمْ إِلَّا نُفُورًا 

Fatir 35:42
وَأَقْسَمُوا۟ بِٱللَّهِ جَهْدَ أَيْمَٰنِهِمْ لَئِن جَآءَهُمْ نَذِيرٌ لَّيَكُونُنَّ أَهْدَىٰ مِنْ إِحْدَى ٱلْأُمَمِۖ فَلَمَّا جَآءَهُمْ نَذِيرٌ مَّا زَادَهُمْ إِلَّا نُفُورًا 
Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sungguh-sungguh bahwa jika datang kepada mereka seorang pemberi peringatan, niscaya mereka akan lebih mendapat petunjuk dari salah satu umat-umat (yang lain). Tetapi ketika pemberi peringatan datang kepada mereka, tidak menambah (apa-apa) kepada mereka, bahkan semakin jauh mereka dari (kebenaran),
Fatir 35:43
ٱسْتِكْبَارًا فِى ٱلْأَرْضِ وَمَكْرَ ٱلسَّيِّئِۚ وَلَا يَحِيقُ ٱلْمَكْرُ ٱلسَّيِّئُ إِلَّا بِأَهْلِهِۦۚ فَهَلْ يَنظُرُونَ إِلَّا سُنَّتَ ٱلْأَوَّلِينَۚ فَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ ٱللَّهِ تَبْدِيلًاۖ وَلَن تَجِدَ لِسُنَّتِ ٱللَّهِ تَحْوِيلًا 
karena kesombongan (mereka) di bumi dan karena rencana (mereka) yang jahat. Rencana yang jahat itu hanya akan menimpa orang yang merencanakannya sendiri. Mereka hanyalah menunggu (berlakunya) ketentuan kepada orang-orang yang terdahulu. Maka kamu tidak akan mendapatkan perubahan bagi Allah, dan tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi ketentuan Allah itu.

3. Dalil adanya akhirat.
Allah melepaskan angin lalu angin membawa awan ke tanah yang mati kemudian menyiraminya, maka hiduplah tanah itu. Begitulah Allah menghidupkan orang yang mati (Ayat 9).

Fatir 35:9
وَٱللَّهُ ٱلَّذِىٓ أَرْسَلَ ٱلرِّيَٰحَ فَتُثِيرُ سَحَابًا فَسُقْنَٰهُ إِلَىٰ بَلَدٍ مَّيِّتٍ فَأَحْيَيْنَا بِهِ ٱلْأَرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَاۚ كَذَٰلِكَ ٱلنُّشُورُ 
Dan Allah-lah yang mengirimkan angin; lalu (angin itu) menggerakkan awan, maka Kami arahkan awan itu ke suatu negeri yang mati (tandus) lalu dengan hujan itu Kami hidupkan bumi setelah mati (kering). Seperti itulah kebangkitan itu.

4. Perbezaan di antara orang kafir dan orang mu'min juga dinyatakan dalam surah ini. Orang mu'min hidup, dia mendengar seruan al-Qur'an, orang kafir pula mati kerana kedegilan dan kesombongannya, dia tidak dapat mendengar kebenaran. Walaupun mereka mempunyai telinga tetapi mereka tetap tuli (Ayat:22).

Fatir 35:22
وَمَا يَسْتَوِى ٱلْأَحْيَآءُ وَلَا ٱلْأَمْوَٰتُۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُسْمِعُ مَن يَشَآءُۖ وَمَآ أَنتَ بِمُسْمِعٍ مَّن فِى ٱلْقُبُورِ 
dan tidak (pula) sama orang yang hi-dup dengan orang yang mati. Sungguh, Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang Dia kehendaki dan engkau (Muhammad) tidak akan sanggup menjadikan orang yang di dalam kubur dapat mendengar.

5. Berhubung dengan kekuasaan di bumi. tiga sikap manusia dikemukakan di dalam surah ini.
(a) Jawatan kepemimpinan dilucutkan daripada orang-orang Yahudi, dan rasul terakhir diutuskan dari
kalangan Bani Isma'il, lalu terdapat tiga golongan di kalangan Bani Isma'il, golongan pertama ialah
golongan yang menzalimi diri sendiri, golongan yang kedua memilih jalan pertengahan dan golongan yang ketiga pula terkedepan dalam perkara-perkara kebajikan dan kebaikan. Golongan ketiga inilah yang terbaik (Ayat: 32).

Fatir 35:32
ثُمَّ أَوْرَثْنَا ٱلْكِتَٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَاۖ فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِۦ وَمِنْهُم مُّقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌۢ بِٱلْخَيْرَٰتِ بِإِذْنِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلْفَضْلُ ٱلْكَبِيرُ 
Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menzhalimi diri sendiri, ada yang pertengahan dan ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang besar.

(b) Allah s.w.t. telah menjadikan manusia khalifah di bumi, setelah itu kalau ada orang yang kafir maka akibat buruknya menimpa dirinya sendiri, kekufurannya semakin menambahkan kerugian kepadanya
(Ayat:39).

Fatir 35:39
هُوَ ٱلَّذِى جَعَلَكُمْ خَلَٰٓئِفَ فِى ٱلْأَرْضِۚ فَمَن كَفَرَ فَعَلَيْهِ كُفْرُهُۥۖ وَلَا يَزِيدُ ٱلْكَٰفِرِينَ كُفْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ إِلَّا مَقْتًاۖ وَلَا يَزِيدُ ٱلْكَٰفِرِينَ كُفْرُهُمْ إِلَّا خَسَارًا 
Dialah yang menjadikan kamu sebagai khalifah-khalifah di bumi. Barangsiapa kafir, maka (akibat) kekafirannya akan menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran orang-orang kafir itu hanya akan menambah kemurkaan di sisi Tuhan mereka. Dan kekafiran orang-orang kafir itu hanya akan menambah kerugian mereka belaka.

6. Manusia diperintah supaya menjadikan Iblis dan syaitan sebagai musuh.
Dinyatakan kepada manusia bahawa Iblis dan syaitan adalah musuhnya, Iblis dan pasukannya mahu manusia masuk neraka, kerana itu manusia hendaklah menganggap Iblis dan syaitan sebagai musuhnya. (Ayat:6).

Fatir 35:6
إِنَّ ٱلشَّيْطَٰنَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَٱتَّخِذُوهُ عَدُوًّاۚ إِنَّمَا يَدْعُوا۟ حِزْبَهُۥ لِيَكُونُوا۟ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ 
Sungguh, setan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, karena sesungguhnya setan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.


7. Rasulullah s.a.w. ditenangkan dengan diberitahu bahawa rasul-rasul terdahulu juga telah didustakan.
Ini bukan perkara baharu, tetapi segala keputusan kembali kepada Allah jua:(Ayat:4)(Ayat:25-26)

Fatir 35:4
وَإِن يُكَذِّبُوكَ فَقَدْ كُذِّبَتْ رُسُلٌ مِّن قَبْلِكَۚ وَإِلَى ٱللَّهِ تُرْجَعُ ٱلْأُمُورُ 
Dan jika mereka mendustakan engkau (setelah engkau beri peringatan), maka sungguh, rasul-rasul sebelum engkau telah didustakan pula. Dan hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan.

Fatir 35:25
وَإِن يُكَذِّبُوكَ فَقَدْ كَذَّبَ ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ جَآءَتْهُمْ رُسُلُهُم بِٱلْبَيِّنَٰتِ وَبِٱلزُّبُرِ وَبِٱلْكِتَٰبِ ٱلْمُنِيرِ 
Dan jika mereka mendustakanmu, maka sungguh, orang-orang yang sebelum mereka pun telah mendustakan (rasul-rasul); ketika rasul-rasulnya datang dengan membawa keterangan yang nyata (mukjizat), zubur, dan kitab yang memberi penjelasan yang sempurna.

Fatir 35:26
ثُمَّ أَخَذْتُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ۖ فَكَيْفَ كَانَ نَكِيرِ 
Kemudian Aku azab orang-orang yang kafir; maka (lihatlah) bagaimana akibat kemurkaan-Ku.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan