Jumaat, Disember 11, 2020

Tafsir asas quran nota 9(186)12

Tafsir asas quran nota 9(186)12

b. Nasakh juga telah berlaku semenjak zaman nabi sebelum Muhammad lagi. Contohnya ialah nasakh yang berlaku terhadap syari'at Nabi Musa: Di mana umatnya dilarang menangkap ikan pada hari Sabtu, tetapi perbuatan tersebut diharuskan kepada umat Muhammad.

c. Di dalam kitab Taurat ada kenyataan bahawa, Nabi Adam menjodohkan anak lelakinya dengan anak perempuannya. Tetapi bagi umat Nabi Muhammad sekarang perkahwinan antara adik-beradik begitu diharamkan.

d. Selain itu juga Allah menegaskan Islam adalah agama terakhir yang memansukhkan semua agama sebelumnya. Sebagaimana firman-Nya:

Aal-e-Imran 3:85
وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلَٰمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ 
Bermaksud: Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (Aali'lmraan: 85).

Syarat-Syarat Nasakh menurut mereka.
Nasakh mestilah dengan memenuhi syarat-syarat
seperti berikut:
1. Hukum yang dinasakhkan (dimansukhkan) itu adalah hukum syara' yang bukan ditetapkan atau bukan telah diwajibkan kerana zatnya. Contohnya, perkara yang berkaitan dengan akidah dan iman. Selain dari itu ia bukan perkara yang dilarang kerana zatnya. Contohnya kufur.
Begitu juga rnengenai hukum akal yang telah tetap. Contohnya, setiap yang hidup pasti akan
mati. Sementara yang tersebut di atas tidak mungkin dapat dinasakhkan lagi.
2. Hukum yang memansukhkannya, iaitu al-Nasikh (الناسخ) mestilah datang kemudian dan berasingan daripada hukum yang dinasakhkan atau al-Mansukh (المنسخ)

3. Hukum yang dinasakhkan adalah tsabit dengan nas dan tidak ditentukan penggunaannya pada masa-masa tertentu sahaja, serta tidak dikekalkan untuk selama-lamanya.

4. Cara nasakh mestilah berdasarkan syara' dan dengan hukum syara.

5. Konsep nasakh dan mansukh hanya berlaku sewaktu Nabi masih hidup sahaja.

186

Tiada ulasan:

Catat Ulasan