Khamis, Disember 17, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 15(36)nota 12(252-256)s

Daurah tafsir 2019 sesi 15(36)nota 12(252-256)s

Surah Yasin
Tertib surah 36
Bilangan ayatnya 83
Bilangan rukuk 5
Surah Makkiyah
Tertib turunnya ialah yg ke 41
Bilangan paragrafnya ada 6
Paragraf 1ayat 1-12 Membuktikan kebenaran kerasulan Muhamad
Paragraf 2 ayat 13-32 Balasan buruk kerana tidak mempercayai kerasulan dan balasan baik kerana mempercayainya.
Paragraf 3 ayat 33-50 Syukur terhadap nikmat2 dan tauhid kuasa dan kehendak Allah.
Paragraf 4 ayat 51-68 Hal ehwal kiamat ,syurga dan neraka.
Paragraf 5 ayat 69-70 Pengenalan tambahan tentang Muhamad saw.
Paragraf 6 ayat  71-83 Sifat2 kudrat dan kehendak Allah.

Mesej utamanya.
Percayalah kepada seruan tauhid ,kepercayaan kepada akhirat dan kebenaran alquran yg dibawa oleh Muhamad setelah percaya bahawa tuhan2 selain Allah tidak mempunyai kuasa dan ikhtiar.Sebaliknya Allah pula mempunyai kuasa dan kehendak yg tidak terbatas.Selain itu percaya  pula bahawa Muhamad adalah rasulNya.


Zaman Diturunkan
Surah Yasin diturunkan pada peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w. antara tahun ke-6 hingga ke-10 kenabian, pada ketika itu Rasulullah dituduh sebagai penyair. Surah ini merupakan surah jalaliyyah iaitu surah yang menyatakan keagungan, kehebatan, kebesaran dan keperkasaan Allah.

1. Penggunaan ضمير (kata ganti) dalam bentuk جمع متكلم dalam surah ini,  yang memberi erti Kami 
telah digunakan sebanyak 45 kali, ia merangkumi pengunaan      ضمير منفصل   seperti   أنا dan  نحن atau  ضمير متصل  seperti perkataan نُقرِقُ، نَشَا،  نُحْيِي ، لَدَينَا، أَغْشَينَا، جَعَلْنَا  .
Penggunaan bentuk ضمر seperti ini adalah untuk
menyatakan keagungan, kebesaran, kehebatan dan keperkasaan seseorang. Hanya sekali sahaja digunakan bentuk مفرد untuk Allah di dalam surah ini iaitu pada firmanNya: وَأَنِ ٱعْبُدُونِىۚ (sembahlah kamu akan Daku)(Ayat:61)

Ya Sin 36:61
وَأَنِ ٱعْبُدُونِىۚ هَٰذَا صِرَٰطٌ مُّسْتَقِيمٌ 
dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus.”

 Oleh kerana ia berkait dengan tauhid ibadat dan uluhiyyah maka bentuk mufrad itulah yang selayaknya digunakan, سبحان الله

2. Mizaj Jalali Surah Yasin
Orang yang membaca surah ini dengan penuh sedar dan faham akan terkesan dengan mizaj jalali yang terdapat di dalamnya, ia akan menguasai jiwa dan pemikiran manusia yang membacanya.  غير الله  tidak akan menghantui fikirannya lagi, dia akan percaya sepenuhnya tentang kekuasaan dan iradat Allah, setiap ayat yang dibacanya semakin memperteguh perasaan yang menguasai dirinya dan apabila sampai ke penghujung surah, kekuasaan mutlaq Allah yang tergambar pada firmanNya كن فيكون  membawa pembacanya ke mercu ketinggian dan ucapan terakhir di dalam surah ini sebaik saja didengar akan mendorong seseorang terus bersedia menghadapi alam akhirat.

Kelebihan Surah Yasin
Tidak terdapat satu pun hadits sahih berhubung dengan kelebihan Surah Yasin, yang ada hanyalah beberapa hadits dha'if, ada juga antara hadits yang menyatakan maudhu'. Kebanyakan orang membacanya semata-mata untuk mendapatkan pahala atau untuk mendapat apa-apa hajatnya.

Perkaitan Surah Yasin Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah Fathir telah disebutkan akibat orang-orang yang berasa diri mereka paling kuat, Surah
Yasin ini pula memperincikan sifat-sifat iradat dan kuasa mutlaq Allah sebagai dalil kepada tauhid qudrat dan iradatnya.
2. Di dalam Surah Yasin ini dikatakan kepada Rasulullah bahawa engkau memang salah seorang rasul,
di dalam Surah as-Shaffat akan datang, khidmat para rasul diakui dan dihargai apablla diucapkan "Salam" kepada mereka.


Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Perkataan سُبْحَٰنَ digunakan 2 kali di dalam Surah Yasin (Ayat: 36 dan 83).

Ya Sin 36:36
سُبْحَٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْأَزْوَٰجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ 
Mahasuci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.
Ya Sin 36:83
فَسُبْحَٰنَ ٱلَّذِى بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ كُلِّ شَىْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ 
Maka Mahasuci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu dikembalikan.


(a) Tuhan yang menciptakan segala sesuatu berpasangan, tidak mempunyai kekurangan dan kecacatan,Dia sendiri tidak mempunyai pasangan, Dia tidak mempunyai isteri. (Ayat: 36).

(b) Tuhan yang berkuasa penuh terhadap segala-galanya dan tempat kembali segala-galanya ,Maha suci
daripada segala kekurangan dan ke'aiban (Ayat: 83).


2. Perkataan  عَزِيزِ juga 2 kali digunakan di dalam surah ini (Ayat: 5 dan 38).

Ya Sin 36:5
تَنزِيلَ ٱلْعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ 
(sebagai wahyu) yang diturunkan oleh (Allah) Yang Mahaperkasa, Maha Penyayang,
Ya Sin 36:38
وَٱلشَّمْسُ تَجْرِى لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَاۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ ٱلْعَزِيزِ ٱلْعَلِيمِ 
dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan (Allah) Yang Mahaperkasa, Maha Mengetahui.



(a) Tuhan yang menurunkan al-Qur'an bersifat ; عَزِيزِ (perkasa), Dia berkuasa untuk memasukkan ke dalam neraka orang-orang yang menolak seruannya (Ayaf 5).

(b) Matahari beredar ke tempat yang ditetapkan bagiinya, itu adalah taqdir (sistem yang telah ditentukan) oleh Tuhan yang Maha Perkasa ( عَزِيزِ) (Ayat 38).



3. Perkataan رَّحِيمِ juga digunakan 2 kali di dalam surah ini (Ayat: 5 dan 58).
(a) Tuhan yang menurunkan al-Qur'an juga bersifat dengan sifat Maha Penyayang atau Maha Mengasihani, dengan sifat itulah dia memasukkan orang-orang yang menerima ajaran al-Qur'an ke dalam syurga. (Ayat: 5).

(b) Segala arahan dan perintah untuk keselamatan ahli syurga datang dari Tuhan yang bersifat رَّحِيمِ (Ayat:58).

Walaupun Surah Yasin adalah surah yang menyatakan sifat jalal Allah, namun beberapa kali perkataan رَّحِيمِ dan رحمة tersebut di dalamnya.

4. Di dalam surah ini terdapat juga dalil-dalil rahmat Allah walaupun secara keseluruhannya ia merupakan surah jalaliyyah (surah yang menyatakan sifat jalal Allah).

(a) Orang-orang kafir telah berkata kepada para rasul bahawa tuhan الرحمن tidak menurunkan apa-apa, kamu hanya pendusta. (Ayat:15).

Ya Sin 36:15
قَالُوا۟ مَآ أَنتُمْ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا وَمَآ أَنزَلَ ٱلرَّحْمَٰنُ مِن شَىْءٍ إِنْ أَنتُمْ إِلَّا تَكْذِبُونَ 
Mereka (penduduk negeri) menjawab, “Kamu ini hanyalah manusia seperti kami, dan (Allah) Yang Maha Pengasih tidak menurunkan sesuatu apa pun; kamu hanyalah pendusta belaka.”

(b) Manusia yang degil tidak dapat mengambil pengajaran daripada apa-apa yang berlaku pada masa lalu, mereka juga tidak berfikir tentang masa depan, kerana itulah mereka boleh menolak seruan rahmat daripada Tuhan الرحمن (Ayat: 45).

Ya Sin 36:45
وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ ٱتَّقُوا۟ مَا بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَمَا خَلْفَكُمْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ 
Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Takutlah kamu akan siksa yang di hadapanmu (di dunia) dan azab yang akan datang (akhirat) agar kamu mendapat rahmat.”

(c) Jika Allah mahu, boleh saja Dia menenggelamkan kapal-kapal di lautan atau dengan rahmat khususnya boleh juga ia memberi sedikit lagi kehidupan dan peluang kepada orang-orang yang berada di atas kapal itu. (Ayat 44).

Ya Sin 36:44
إِلَّا رَحْمَةً مِّنَّا وَمَتَٰعًا إِلَىٰ حِينٍ 
melainkan (Kami selamatkan mereka) karena rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai waktu tertentu.


(d) Orang-orang mu'min yang percaya kepada tauhid berkata: "Kalau Tuhan الرحمن hendak merugikan dan membahayakan saya nescaya tiada tuhan-tuhan yang lain dapat merayu dan memohon syafa'at supaya saya mendapat keuntungan dan selamat" (Ayat:23).

Ya Sin 36:23
ءَأَتَّخِذُ مِن دُونِهِۦٓ ءَالِهَةً إِن يُرِدْنِ ٱلرَّحْمَٰنُ بِضُرٍّ لَّا تُغْنِ عَنِّى شَفَٰعَتُهُمْ شَيْـًٔا وَلَا يُنقِذُونِ 
Mengapa aku akan menyembah tuhan-tuhan selain-Nya? Jika (Allah) Yang Maha Pengasih menghendaki bencana terhadapku, pasti pertolongan mereka tidak berguna sama sekali bagi diriku dan mereka (juga) tidak dapat menyelamatkanku.


(e) Keampunan Allah dan pahala yang besar diberikan kepada orang-orang yang takut kepada tuhan الرحمن walaupun tidak pernah melihatnya (Ayat:11).

Ya Sin 36:11
إِنَّمَا تُنذِرُ مَنِ ٱتَّبَعَ ٱلذِّكْرَ وَخَشِىَ ٱلرَّحْمَٰنَ بِٱلْغَيْبِۖ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ 
Sesungguhnya engkau hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, walaupun mereka tidak melihat-Nya. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.


5. Di dalam Surqh Yasin غيرالله  diperlekeh dan dihina untuk membuktikan aqidah tauhid.
(a) غيرالله tidak dapat menyelamatkan siapa pun yang tenggelam (Ayat: 43).

Ya Sin 36:43
وَإِن نَّشَأْ نُغْرِقْهُمْ فَلَا صَرِيخَ لَهُمْ وَلَا هُمْ يُنقَذُونَ 
Dan jika Kami menghendaki, Kami tenggelamkan mereka. Maka tidak ada penolong bagi mereka dan tidak (pula) mereka diselamatkan,


(b) غيرالله tidak mampu memberikan pertolongan kepada sesiapa pun (Ayat: 75).

Ya Sin 36:75
لَا يَسْتَطِيعُونَ نَصْرَهُمْ وَهُمْ لَهُمْ جُندٌ مُّحْضَرُونَ 
Mereka (sesembahan) itu tidak dapat menolong mereka; padahal mereka itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga (sesembahan) itu.

(c) Rayuan غيرالله dan syafa'atnya tidak berguna jika Allah hendak memudharatkan seseorang (Ayat:23).

Ya Sin 36:23
ءَأَتَّخِذُ مِن دُونِهِۦٓ ءَالِهَةً إِن يُرِدْنِ ٱلرَّحْمَٰنُ بِضُرٍّ لَّا تُغْنِ عَنِّى شَفَٰعَتُهُمْ شَيْـًٔا وَلَا يُنقِذُونِ 
Mengapa aku akan menyembah tuhan-tuhan selain-Nya? Jika (Allah) Yang Maha Pengasih menghendaki bencana terhadapku, pasti pertolongan mereka tidak berguna sama sekali bagi diriku dan mereka (juga) tidak dapat menyelamatkanku.

6. Perkataan keampunan (مغفرة) dan أجر كريم (balasan dan ganjaran yang istimewa) disebut 2 kali di dalam surah ini. Pertama sebagai pendahuluan dan prinsip dan keduanya sebagai bukti hidup.

(a) Orang yang percaya kepada perkara ghaib, takut kepada tuhan  الرحمن  dan mengikut wahyu Allah akan mendapat dua ni'mat. Keampunan Allah dan juga pahala yang istimewa (Ayat: 11).

Ya Sin 36:11
إِنَّمَا تُنذِرُ مَنِ ٱتَّبَعَ ٱلذِّكْرَ وَخَشِىَ ٱلرَّحْمَٰنَ بِٱلْغَيْبِۖ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ 
Sesungguhnya engkau hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, walaupun mereka tidak melihat-Nya. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.

(b) Ahli syurga tidak sahaja mendapat keampunan Allah malah diberikan juga kepadanya pahala dan ganjaran yang istimewa, mereka juga akan dimasukkan dalam kalangan مُكْرَمِينَ (orang-orang yang dimuliakan) (Ayat: 27).

Ya Sin 36:27
بِمَا غَفَرَ لِى رَبِّى وَجَعَلَنِى مِنَ ٱلْمُكْرَمِينَ 
apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang telah dimuliakan.”


7. Melalui sifat kuasa dan kehendak yang mutlaq tauhid kuasa dan tauhid iradat ditsabitkan.
(a) Allah sahaja yang mempunyai kuasa mutlaq, bila Dia hendak melakukan sesuatu, cukup dengan dikatakan كن sahaja, maka jadi terus sesuatu itu (Ayat: 82).

Ya Sin 36:82
إِنَّمَآ أَمْرُهُۥٓ إِذَآ أَرَادَ شَيْـًٔا أَن يَقُولَ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ 
Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu.


(b) Allah juga menguasai dan mengurus segala sesuatu (Ayat: 83). Dia berkuasa menghidupkan kembali
manusia dan mengembalikan mereka kepadaNya.

 Ya Sin 36:83
فَسُبْحَٰنَ ٱلَّذِى بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ كُلِّ شَىْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ 
Maka Mahasuci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu dikembalikan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan