Daurah tafsir 2019 sesi 15(36)nota 12(256)
(a) Orang yang percaya kepada perkara ghaib, takut kepada tuhan الرحمن dan mengikut wahyu Allah akan mendapat dua ni'mat. Keampunan Allah dan juga pahala yang istimewa (Ayat: 11).
Ya Sin 36:11
إِنَّمَا تُنذِرُ مَنِ ٱتَّبَعَ ٱلذِّكْرَ وَخَشِىَ ٱلرَّحْمَٰنَ بِٱلْغَيْبِۖ فَبَشِّرْهُ بِمَغْفِرَةٍ وَأَجْرٍ كَرِيمٍ
Sesungguhnya engkau hanya memberi peringatan kepada orang-orang yang mau mengikuti peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, walaupun mereka tidak melihat-Nya. Maka berilah mereka kabar gembira dengan ampunan dan pahala yang mulia.
(b) Ahli syurga tidak sahaja mendapat keampunan Allah malah diberikan juga kepadanya pahala dan ganjaran yang istimewa, mereka juga akan dimasukkan dalam kalangan مُكْرَمِينَ (orang-orang yang dimuliakan) (Ayat: 27).
Ya Sin 36:27
بِمَا غَفَرَ لِى رَبِّى وَجَعَلَنِى مِنَ ٱلْمُكْرَمِينَ
apa yang menyebabkan Tuhanku memberi ampun kepadaku dan menjadikan aku termasuk orang-orang yang telah dimuliakan.”
7. Melalui sifat kuasa dan kehendak yang mutlaq tauhid kuasa dan tauhid iradat ditsabitkan.
(a) Allah sahaja yang mempunyai kuas mutlaq, bila Dia hendak melakukan sesuatu, cukup dengan dikatakan كن sahaja, maka jadi terus sesuatu itu (Ayat: 82).
Ya Sin 36:82
إِنَّمَآ أَمْرُهُۥٓ إِذَآ أَرَادَ شَيْـًٔا أَن يَقُولَ لَهُۥ كُن فَيَكُونُ
Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu.
(b) Allah juga menguasai dan mengurus segala sesuatu (Ayat: 83). Dia berkuasa menghidupkan kembali
manusia dan mengembalikan mereka kepadaNya.
Ya Sin 36:83
فَسُبْحَٰنَ ٱلَّذِى بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ كُلِّ شَىْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Maka Mahasuci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu dikembalikan.
256
Tiada ulasan:
Catat Ulasan