Selasa, Disember 15, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 15(36)nota 12(254)

Daurah tafsir 2019 sesi 15(36)nota 12(254)

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Perkataan سُبْحَٰنَ digunakan 2 kali di dalam Surah Yasin (Ayat: 36 dan 83).

Ya Sin 36:36
سُبْحَٰنَ ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْأَزْوَٰجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ 
Mahasuci (Allah) yang telah menciptakan semuanya berpasang-pasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka sendiri, maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.
Ya Sin 36:83
فَسُبْحَٰنَ ٱلَّذِى بِيَدِهِۦ مَلَكُوتُ كُلِّ شَىْءٍ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ 
Maka Mahasuci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu dikembalikan.



(a) Tuhan yang menciptakan segala sesuatu berpasangan tidak mempunyai kekurangan dan kecacatan,
Dia sendiri tidak mempunyai pasangan, Dia tidak mempunyai isteri. (Ayat: 36).

(b) Tuhan yang berkuasa penuh terhadap segala-galanya dan tempat kembali segala-galanya Maha suci
daripada segala kekurangan dan ke'aiban (Ayat: 83).


2. Perkataan  عَزِيزِ juga 2 kali digunakan di dalam surah ini (Ayat: 5 dan 38).

Ya Sin 36:5
تَنزِيلَ ٱلْعَزِيزِ ٱلرَّحِيمِ 
(sebagai wahyu) yang diturunkan oleh (Allah) Yang Mahaperkasa, Maha Penyayang,
Ya Sin 36:38
وَٱلشَّمْسُ تَجْرِى لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَاۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ ٱلْعَزِيزِ ٱلْعَلِيمِ 
dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan (Allah) Yang Mahaperkasa, Maha Mengetahui.



(a) Tuhan yang menurunkan al-Qur'an bersifat ; عَزِيزِ (perkasa), Dia berkuasa untuk memasukkan ke dalam neraka orang-orang yang menolak seruannya (Ayaf 5).

(b) Matahari beredar ke tempat yang ditetapkan bagiinya, itu adalah taqdir (sistem yang telah ditentukan) oleh Tuhan yang Maha Perkasa ( عَزِيزِ) (Ayat 38).



3. Perkataan رَّحِيمِ juga digunakan 2 kali di dalam surah ini (Ayat: 5 dan 58).
(a) Tuhan yang menurunkan al-Qur'an juga bersifat dengan sifat Maha Penyayang atau Maha
Mengasihani, dengan sifat itulah dia memasukkan orang-orang yang menerima ajaran al-Qur'an ke
dalam syurga. (Ayat: 5).

(b) Segala arahan dan perintah untuk keselamatan ahli syurga datang dari Tuhan yang bersifat رَّحِيمِ(Ayat:58).

Walaupun Surah Yasin adalah surah yang menyatakan sifat jalal Allah, namun beberapa kali perkataan رَّحِيمِ dan رحمة tersebut di dalamnya.

4. Di dalam surah ini terdapat juga dalil-dalil rahmat Allah walaupun secara keseluruhannya ia merupakan surah jalaliyyah (surah yang menyatakan sifat jalal Allah).

(a) Orang-orang kafir telah berkata kepada para rasul bahawa tuhan الرحمن tidak menurunkan apa-apa,

254

Tiada ulasan:

Catat Ulasan