Sabtu, Disember 19, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 15(37)nota 12(258)

Daurah tafsir 2019 sesi 15(37)nota 12(258)

Zaman Diturunkan
Besar sekali kemungkinan Surah as-Shaffat diturunkan di bahagian terakhir peringkat ketiga kehidupan Rasulullah s.a.w. di Mekah antara tahun ke-6 hingga ke-10 Kenabian, pada ketika itu Surah Fathir dan Surah Yasin telahpun diturunkan, pada ketika itu juga orang-orang musyrikin Mekah yang percaya para malaikat adalah anak-anak perempuan tuhan menolak seruan tauhid yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dan memperolok-olokkannya. Mereka menuduh Rasulullah sebagai tukang sihir, mereka juga berkata: "Bagaimana kita boleh tinggalkan tuhan-tuhan kita kerana seorang penyair yang gila?". Maka mereka difahamkan tentang sejarah seruan para nabi di sepanjang sejarah, para nabi yang disifatkan sebagai مُؤْمِن،مُخْلِص danمُحْسِِنْ. Mereka diseru supaya memilih aqidah tauhid yang murni.


Antara Ciri Khusus Surah As-Shaffat
Di dalam Surah as-Shaffat juga ada ayat tarji' yang diulangi berkali-kali iaitu إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ,  كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ,إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ .Lafaz سلام juga berkali-kali tersebut di dalamnya.

As-Saffat 37:40128,160
إِلَّا عِبَادَ ٱللَّهِ ٱلْمُخْلَصِينَ 
tetapi hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa),

As-Saffat 37:80,105,110,121,131
إِنَّا كَذَٰلِكَ نَجْزِى ٱلْمُحْسِنِينَ 
Sungguh, demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

As-Saffat 37:81,111,122,132
إِنَّهُۥ مِنْ عِبَادِنَا ٱلْمُؤْمِنِينَ 
Sungguh, dia termasuk di antara hamba-hamba Kami yang beriman.



Perkaitan Surah As-Shaffat Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam Surah Yasin dikatakan bahawa Rasulullah adalah salah seorang rasul   إِنَّكَ لَمِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ , di dalam Surah as-Shaffat ini pula diceritakan tentang sumbangan para rasul dalam menyebarkan ajaran tauhid dan menegakkannya. Khidmat para rasul itu dihargai dan disanjungi dengan ucapan سَلَٰمٌ عَلَى ٱلْمُرْسَلِينَ 

Ya Sin 36:3
إِنَّكَ لَمِنَ ٱلْمُرْسَلِينَ 
sungguh, engkau (Muhammad) adalah salah seorang dari rasul-rasul,

As-Saffat 37:181
وَسَلَٰمٌ عَلَى ٱلْمُرْسَلِينَ 
Dan selamat sejahtera bagi para rasul.



2. Penafian ibadat kepada para malaikat yang tersebut di dalam Surah Fathir, di dalam surah ini disebutkan dengan lebih jelas dan terbuka lagi.

3. Di dalam Surah as-Shaffat disebutkan khidmat dan sumbangan 9 orang nabi iaitu Nabi Nuh, Ibrahim,
Isma'il, Ishaq, Luth, Musa, Harun, Ilyas dan Yunus. Di dalam Surah Shad selepasnya pula disebutkan sifat أوّابيّة  3  orang nabi iaitu Nabi Daud, Sulaiman dan Ayyub.

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Kepercayaan orang-orang musyrikin Mekah bahawa malaikat adalah anak-anak perempuan Allah ditolak di dalam surah ini.
(a) Di dalam ayat pertama surah lagi telah dikemukakan sumpah Allah dengan menggunakan para malaikat yang berdiri bersaf-saf sebagai menyatakan kesediaan dan siap siaga mereka dalam mematuhi dan menjunjung titah perintah Allah. Keadaan mereka itu membuktikan Allah tidak mempunyai sekutu dalam mengatur dan mentadbir alam ciptaannya. (Ayat: 1).

As-Saffat 37:1
وَٱلصَّٰٓفَّٰتِ صَفًّا 
Demi (rombongan malaikat) yang berbaris bersaf-saf,


258

Tiada ulasan:

Catat Ulasan