Sabtu, Disember 19, 2020

Tafsir asas quran nota 9(193)12

Tafsir asas quran nota 9(193)12

oleh kerana ayat ini diturunkan secara umum menyatakan 'iddah perempuan atau isteri yang kematian suami, sama ada ketika itu ia sedang rnengandung atau tidak mengandung ialah selama empat bulan sepuluh hari. Maka kemudiannya turunlah pula firman Allah yang lain,
iaitu:

At-Talaq 65:4
وَٱلَّٰٓـِٔى يَئِسْنَ مِنَ ٱلْمَحِيضِ مِن نِّسَآئِكُمْ إِنِ ٱرْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَٰثَةُ أَشْهُرٍ وَٱلَّٰٓـِٔى لَمْ يَحِضْنَۚ وَأُو۟لَٰتُ ٱلْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَن يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مِنْ أَمْرِهِۦ يُسْرًا 
Bermaksud: Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haidh, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh 'iddah mereka), maka 'iddahnya ialah tiga bulan dan (demikian) juga 'iddah 
perempuan-perempuan yang tidak berhaidh. Dan
perempuan-perempuan mengandung, tempoh 'iddahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya dan (ingatlah). Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. (at-Talaaq:4)

Ayat ini menerangkan bahawa perempuan mengandung, sama ada yang diceraikan atau pun kematian suami, 'iddahnya ialah melahirkan anak kandungannya. oleh sebab itu ayat ini telah menasakhkan ayat 234 Surah al-Baqarah di atas secara sebahagian. Hal itu kerana hukum 'iddah 
perempuan yang tidak mengandung dan kematian suami, masih dikekalkan berdasarkan kehendak ayat 234 Surah al-Baqarah itu, iaitu selama empat bulan sepuluh hari.

Cara-Cara Berlaku Nasakh
cara-cara berlaku nasakh dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu:
1.Nasakh Ada Ganti
2.Nasakh Tiada Ganti

NASAKH ADA GANTI
Nasakh cara ini ialah dengan menasakhkan hukurn terdahulu, kemudian digantikan dengan hukum baharu. cara nasakh ini dapat dipecahkan pula kepada tiga bahagian, iaitu:

a. Ganti hukum sama dengan yang dinasakhkan

193

Tiada ulasan:

Catat Ulasan