Isnin, Disember 28, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 16(39)nota 13(267)

Daurah tafsir 2019 sesi 16(39)nota 13(267)


Zaman Diturunkan
Surah az-Zumar seperti Surah al-Kahfi, diturunkan setelah da'wah secara terbuka bermula. Ia diturunkan di permulaan tahun ke-5 Kenabian sebelum lagi berlaku hijrah ke Habsyah iaitu pada bulan Rejab tahun ke-5 Kenabian. Pada ketika itu seruan al-Qur'an telah sampai hampir ke setiap rumah penduduk Mekah, orang-orang musyrikin Mekah pula tetap berkeras mempertahankan aqidah syirik dan pemujaan terhadap berhala-berhala sebagai suatu jalan untuk menghampirkan diri kepada tuhan. Tindakan zalim
dan kejam orang-orang musyrikin Mekah terhadap penganut Islam pada ketika itu baru bermula tetapi
tidak begitu meluas lagi. Pada ketika itu juga turun Surah al-'Ankabut dan Surah ar-Rum. Di dalam ayat ke-10 Surah az-Zumar sama seperti ayat ke-56 Surah al-'Ankabut sudah pun ada isyarat kepada hijrah ke Habsyah yang akan berlaku وَأَرْضُ اللهِ وَاسِعَةٌ



Ciri Khusus Surah
1. Perkataan   الَّذِينَ كَفَرُوا  dan    كَافِرِينَ berulang kali disebutkan di dalam Sufah az-Zumar sebagai lawan kepada     الَّذِينَ اتَّقَوْاdan الْمُتَّقِينَyang juga disebutkan beberapa kali. Surah ini sebenarnya mengemukakan perbandingan di antara dua golongan tersebut.
2. Di dalam surah ini, hati orang-orang musyrikin Mekah digoncang dengan soalan-soalan seperti أَمَّنْ
(Ayat: 9) dan   أَفَمَن   ayat, 22 dan 24). Ayat-ayat itu dimulakan dengannya sebagai seruan kepada mereka
supaya merenungi dan memerhatikan tanda-tanda kebesaran Allah.

Az-Zumar 39:9
أَمَّنْ هُوَ قَٰنِتٌ ءَانَآءَ ٱلَّيْلِ سَاجِدًا وَقَآئِمًا يَحْذَرُ ٱلْءَاخِرَةَ وَيَرْجُوا۟ رَحْمَةَ رَبِّهِۦۗ قُلْ هَلْ يَسْتَوِى ٱلَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَٰبِ 

(Apakah kamu orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri, karena takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah, “Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sebenarnya hanya orang yang berakal sehat yang dapat menerima pelajaran.

Az-Zumar 39:22
أَفَمَن شَرَحَ ٱللَّهُ صَدْرَهُۥ لِلْإِسْلَٰمِ فَهُوَ عَلَىٰ نُورٍ مِّن رَّبِّهِۦۚ فَوَيْلٌ لِّلْقَٰسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ ٱللَّهِۚ أُو۟لَٰٓئِكَ فِى ضَلَٰلٍ مُّبِينٍ 
Maka apakah orang-orang yang dibukakan hatinya oleh Allah untuk (menerima) agama Islam lalu dia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang hatinya membatu)? Maka celakalah mereka yang hatinya telah membatu untuk mengingat Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.

Az-Zumar 39:24
أَفَمَن يَتَّقِى بِوَجْهِهِۦ سُوٓءَ ٱلْعَذَابِ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِۚ وَقِيلَ لِلظَّٰلِمِينَ ذُوقُوا۟ مَا كُنتُمْ تَكْسِبُونَ 
Maka apakah orang-orang yang melindungi wajahnya menghindari azab yang buruk pada hari Kiamat (sama dengan orang mukmin yang tidak kena azab)? Dan dikatakan kepada orang-orang yang zhalim, “Rasakanlah olehmu balasan apa yang telah kamu kerjakan.”


Kelebihan Surah Az-Zumar
'Aisyah meriwayatkan :
 كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَنَامُ عَلَى فِرَاشِهِ حَتَّى يَقْرَأَ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَالزُّمَرَ
Bermaksud: Nabi s.a.w. tidak tidur di atas tilamnya sebelum membaca Surah Bani Israil dan Surah az-Ztmar. Hadits
riwayat Sunan Tirmizi, Kitab Kelebihan al-Qur'an, hadits 2,920. Tirmizi menghukumnya sebagai hadits
hasan gharib.

Perkaitan Surah Az-Zamar Dengan Surah Sebelum Dan Selepasnya
1. Di dalam surah-surah yang lepas, dalil-dalil تاريخي berupa kisah-kisah Nabi Daud, Sulaiman, Ayyub dan lain-lain dikemukakan, di dalam Surah az-Zumar ini pula manusia digesa supaya menjauhi Thaghut, mereka diseru supaya menerima tauhid yang murni dan menolak aqidah sylril! berpandukan dalil-dalil آفاقي dan أنفسي

2. Surah Yasin adalah surah yang menyatakan sifat jalal Allah, di dalamnya orang-orang musyrikin difahamkan tentang kekuasaan mutlaq Allah, di dalam Surah as-Shaffat selepasnya dibantah kepercayaan para malaikat dan jin mempunyai sifat ketuhanan yang melayakkan mereka disembah dan dipuja. Di dalamnya juga dikemukakan kerja-kerja para nabi yang terpilih dan sumbangan mereka dalam

267


Tiada ulasan:

Catat Ulasan