Rabu, Disember 30, 2020

Daurah tafsir 2019 sesi 16(39)nota 13(268)

Daurah tafsir 2019 sesi 16(39)nota 13(268)

penyebaran aqidah tauhid. Di dalam Surah Shad selepas itu disebutkan tentang kedegilan dan kesombongan orang-orang musyrikin, akhir sekali di dalam Surah az-Zumar ini manusia diminta supaya memilih jalan tauhid dan untuk jalan itu mereka digalakkan berhijrah jika perlu.

3. Di dalam Surah as-Shaffat beberapa kali para nabi disifatkan dengan مُخلَصِين  iaitu orang-orang yang dipilih sepenuh masa untuk menegakkan tauhid dan menyeru manusia kepadanya. Di dalam Surah az-Zumar ini manusia diminta supaya menerima tauhid خالص setelah menerima da'wah para nabi yang مُخلَصِين

Beberapa Kata Kunci Dan Tema Utama Surah
1. Di dalam Surah az-Zumar terdapat pengenalan tentang al-Qur'an. Dinyatakan bahawa al-Qur'an diturunkan oleh Allah dengan benar, ia bersih daripada segala
kebengkokan dan ia merupakan kalam yang terbaik dan sangat besar kesannya kepada jiwa manusia,
oleh itu manusia hendaklah beribadat dan taat kepada Allah, tuhan yang menurunkannya tanpa
mencampurbaurkan ibadat kepadaNya dengan ibadat kepada yang lain.
(a) Qur'an adalah sebuah kitab yang diturunkan daripada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana secara beransur-ansur kepada Nabi s.a.w. (Ayat 1).

Az-Zumar 39:1
تَنزِيلُ ٱلْكِتَٰبِ مِنَ ٱللَّهِ ٱلْعَزِيزِ ٱلْحَكِيمِ 
Kitab (Al-Qur'an) ini diturunkan oleh Allah Yang Mahamulia, Mahabijaksana.


(b) Al-Qur'an adalah sebuat kitab yang benar, orang yang menerima petunjuk daripadanya akan mendapat faedah untuk dirinya sendiri dan orang yang tidak mengambil faedah daripadanya maka Nabi s.a.w. tidaklah ditugas sebagai penjaga dan pengawalnya. (Ayat: 41).

Az-Zumar 39:41
إِنَّآ أَنزَلْنَا عَلَيْكَ ٱلْكِتَٰبَ لِلنَّاسِ بِٱلْحَقِّۖ فَمَنِ ٱهْتَدَىٰ فَلِنَفْسِهِۦۖ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَاۖ وَمَآ أَنتَ عَلَيْهِم بِوَكِيلٍ 
Sungguh, Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al-Qur'an) dengan membawa kebenaran untuk manusia; barangsiapa mendapat petunjuk maka (petunjuk itu) untuk dirinya sendiri, dan siapa sesat maka sesungguhnya kesesatan itu untuk dirinya sendiri, dan engkau bukanlah orang yang bertanggung jawab terhadap mereka.

(c) Al-Qur'an bersih daripada sebarang kebengkokan, ia diturunkan dalam Bahasa Arab supaya manusia terselamat daripada dosa (Ayat: 28).
Az-Zumar 39:28

قُرْءَانًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِى عِوَجٍ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ 

(Yaitu) Al-Qur'an dalam bahasa Arab, tidak ada kebengkokan (di dalamnya) agar mereka bertakwa.


(d) Al-Qur'an mengandungi kalam yang paling cantik dan paling istimewa, kandungannya diulang berkali-kali, orang yang takut kepada Allah akan gementar apabila mendengar dan membacanya, ia adalah satu petunjuk yang melembutkan hati manusia yang menerimanya (Ayat:23).

Az-Zumar 39:23

ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ ٱلْحَدِيثِ كِتَٰبًا مُّتَشَٰبِهًا مَّثَانِىَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَهْدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُۚ وَمَن يُضْلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنْ هَادٍ 

Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) Al-Qur'an yang serupa (ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gemetar karenanya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka ketika mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan Kitab itu Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk.

(e) Al-Qur'an menggunakan bermacam-macam contoh dan perbandingan untuk memahamkan manusia supaya mereka dapat mengambil nasihatnya (Ayat:27).

Az-Zumar 39:27

وَلَقَدْ ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ فِى هَٰذَا ٱلْقُرْءَانِ مِن كُلِّ مَثَلٍ لَّعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ 

Dan sungguh, telah Kami buatkan dalam Al-Qur'an ini segala macam perumpamaan bagi manusia agar mereka dapat pelajaran.


268

Tiada ulasan:

Catat Ulasan