Rabu, Disember 30, 2020

Tafsir asas quran nota 9(202)12

Tafsir asas quran nota 9(202)12

Nasakh Al-Qur'an Atau Hadits Atau Ijma' Dengan Qiyas.
Adalah tidak harus dinasakhkan al-Qur'an atau Hadits atau Ijma' dengan Qiyas, begitu juga tidak harus dinasakhkan Qiyas dengan al-Qur'an atau Hadits atau Ijma'. Hal tersebut kerana syarat sah Qiyas itu ialah dengan tidak menyalahi nas al-Qur'an dan Hadits dan ljma'.
Sekiranya Qiyas itu menyalahi nas-nas tersebut, maka ia tidak sah dan tidak boleh beramal dengannya.

Nasakh Qiyas Dengan Qiyas
Adalah tidak harus qiyas menasakhkan qiyas lain.

Nas Yang Tidak Boleh Dinasakh
Tidak semua perkara yang tersebut di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah boleh dinasakhkan' . Ada di antaranya yang menerima penasakhan ada pula yang tidak boleh. Antara perkara yang tidak boleh dinasakhkan ialah:
1.Ayat-ayat yang menyentuh tentang akidah dan iman. Seperli sifat-sifat Allah, kekuasaan-Nya, perkara-perkara Sam'iyyat yang telah tetap dan jelas. Contohnya: Tentang alam barzah, syurga, neraka dan sebagainya.

2.Ayat mengenai sejarah dan perkara-perkara yang menyentuh tentang nabi-nabi dan umat silam yang diterima oleh Nabi Muhamad s.a.w. melalui wahyu. Contohnya, kisah Ashab al-Kahfi, Zul Qarnain, Nabi Musa dan Firaun, Nabi Nuh dan kaumnya dan sebagainya.

3.Hukum-hukum syara' yang telah diputuskan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. serta melalui ijma' 'ulama'.

4.Hukum tentang semua sifat mulia atau sifat keji yang tidak akan berubah dengan sebab perubahan keadaan dan umat. Contohnya: Keadilan, kebenaran, sifat amanah, kezaliman dan lainnya.

5.Hukum-hukum tentang furu' atau cabanq syara' yang telah dijelaskan berkekalannya oleh syara'. Contohnya: Berjihad dan lain-lain'

Hikmat Nasakh

202

Tiada ulasan:

Catat Ulasan