Ahad, Disember 27, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 145

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 145
*sesi 2

2-Kitab Iman⁸⁸

_____________
⁸⁸ Sebelum meneruskan perbincangan tentang hadits- hadits Kitabul Iman, elok kiranya terlebih dahulu dibincangkan tentang apakah maksud di sebalik susunan tajuk kitab dan tajuk hab Imam Bukhari ini, iaitu Kitabul Iman selepas Kitahul Wahyi. Sebagaimana telah dibincangkan di bawah tajuk kitab yang lepas, bahawa segala perkara yang berkaitan dengan agama, sama ada yang berhubungan dengan 'aqidah (اعتقاديات) atau yang berkaitan dengan amalan (عمليات), semuanya berpunca daripada wahyu. Antara kandungan ajaran agama yang terpenting yang berpunca daripada wahyu ialah iman. Kepentingan dan keutamaan iman tidak pernah diatasi perkara-perkara lain semenjak Nabi Adam a.s. diturunkan ke dunia lagi. Iman adalah suatu perkara asas yang paling penting. Kerana dengan tiadanya iman, segala amalan lain tidak akan diterima. AlQur'an sendiri telah menyatakan kepentingan iman selaku perkara pokok yang mengesahkan amalan setiap orang manusia. Antara ayat-ayat yang menjelaskan tentang peranan iman dałam mengesah dan menafikan amalan seseorang ialah:
Al-Furqan 25:23
وَقَدِمْنَآ إِلَىٰ مَا عَمِلُوا۟ مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَٰهُ هَبَآءً مَّنثُورًا 
Bermaksud: dan Kami hadapi segala amalan yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amalan iłu (bagaikan) debu yang berterbangan. (al-Furqaan:23).


An-Nur 24:39
وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَعْمَٰلُهُمْ كَسَرَابٍۭ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ ٱلظَّمْـَٔانُ مَآءً حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَهُۥ لَمْ يَجِدْهُ شَيْـًٔا وَوَجَدَ ٱللَّهَ عِندَهُۥ فَوَفَّىٰهُ حِسَابَهُۥۗ وَٱللَّهُ سَرِيعُ ٱلْحِسَابِ 
Bermaksud: dan orang-orang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorangana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya tempat iłu, dia tidak mendapatinya sesuatu apapun; dan didapatinya (ketetapan) Allah disisi amalnya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amalnya dengan cukup; dan Allah adalah sangat cepat perhitunganNya. (an-Nuur:39).


Amalan yang sehebat dan sebanyak mana sekalipun jika tidak dibina di atas dasar iman, tidak lebih daripada sebuah istana pasir. Biar bagaimana besar dan cantik tersergam sekalipun, ia tetap tidak akan mendatangkan apa-apa manfa'at dan pasti akan roboh menyembah bumi pada bila-bila masa saja .

Hakikat inilah yang mendorong Imam Bukhari terus menyusulkan Kitabul Iman sebagai tajuk ke duanya selepas Kitabul Wahyi.
Melalui susunan ini juga, Imam Bukhari ingin mengingatkan bahawa di antara manusia dan Penciptanya Yang Maha Agung yang dipanggil Tuhan, wujud suatu hubungan. Hubungan tersebut dieratkan oleh jalinan kasih dan sayang. Hubungan kasih sayang atau rahmat yang dimaksudkan sudahpun digambarkan oleh Tuhan Yang Maha Agung apabila sering menggelarkan diriNya sebagai ar-Rahman dan ar-Rahim (Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang). Bukti kasih sayangNya yang paling jelas kepada hamba-hambaNya ialah penurunan wahyu sebagai petunjuk dan rahmat daripadaNya.
Namun konsep ketuhanan yang diterapkan di dałam agama-agama atau falsafah-falsafah lain selain Islam ternyata amat berbeza. 'Tuhan' di dalam agama-agama atau falsafah-falsafah

145

Tiada ulasan:

Catat Ulasan