Ahad, Disember 27, 2020

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 181

Sahih bukhari kitab iman sesi 01 181

3-Bab : Perkara-Perkara (Cabang-Cabang) Iman Dan Firman Allah s.w.t..
باب أُمُورِ الإِيمَانِ: 
وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلاَئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ}. وَقَوْلِهِ: {قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ} الآيَةَ

________________________________________________________
Perbuatan yang melibatkan harta benda semata-mata. Sudah tennasuk di zakat. (c) Perbuatan yang melibatkan tubuh badan dan harta benda. Ibadat haji termasuk di dalam bahagian ini. Jihad tidak disebut Rasulullah s.a.w. sebagai rukun Islam kerana sifatnya berkala atau kerana ia bukan merupakan fardhu ain (sesuatu yang wajib atas setiap orang Islam). Antara pengajaran dan panduan yang terdapat di dalam hadits ini ialah: 
(1) Rukun Islam ada lima kesemuanya. Satu daripadanya merupakan juzu' muqawwimnya (komponen yang menentukan ada atau tiadanya Islam seseorang) dan yang empat lagi itu adalah juzu' mukammin (komponen yang menyempurnakannya). 
(2) Lima perkara yang tersebut di dalam hadits ini semuanya adalah fardhu 'ain yang wajib ke atas setiap orang Islam melaksanakannya. 
(3) Walaupun rukun Islam pada sebutan dan pada zahirnya hanya lima sahaja, namun secara simboliknya ia merangkumi hampir kesemua ajaran Islam yang Iain. 
(4) Keharusan menggunakan perkataan Ramadhan sahaja untuk bulan Ramadhan. 
(5) Keharusan mentaqdirkan erti-erti yang sesuai daripada sabda Rasulullah s.a.w. yang tidak jelas atau ringkas. Perkataan lima ( tanpa tamyiz, harus ditaqdirkan dengan rukun. asas, tiang dan Iain-lain sebagai tamyiz. 
(6) Penyaksian terhadap kebenaran para nabi, rasul, malaikat dan Iain-lain di samping penyaksian terhadap kebenaran nabi kita Muhammad s.a.w. tidak diperlukan kerana di sebalik seseorang menyaksikan kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulullah bererti ia juga menerima segala ajaran yang dibawa Baginda s.a.w. 
(7) Rasulul lah s.a.w, seringkali membuat perumpamaan untuk sesuatu prinsip agama yang dikemukakan. Tujuannya ialah untuk mendekatkannya dengan pemikiran orang ramai dan memantapkan lagi kefahaman mereka tentangnya. 
(8) Kadang-kadang sesuatu hadits berbeza kedudukan lafaznya daripada segi dahulu kemudiannya. Dan punca kepada perbezaaan itu ialah Rasulullah s.a,w. sendiri. Sebabnya apabila diteliti tidak kerana Iain melainkan kerana Rasulullah s.a,w. hendak menarik perhatian umatnya kepada sesuatu perkara penting di sebaliknya.

181


Tiada ulasan:

Catat Ulasan